19 October, 2008

Pandu dengan berhemah . . .



Pemandu berhemah dan cermat dapat menyelamatkan nyawa kita semua. Itu yang biasa kita dengar org perkatakan dan bualkan. Tapi hakikat dia, berapa ramai sgt la yang memandu mengikut peraturan jalan nie. Bagi drg, bawak laju asal cepat sampai. Tak hirau pengguna jalan yg lain. Mungkin di sebabkan kecuaian drg, org lain yg menerima padah..

Ni lagi satu sikap rakyat kita yg gua rasa, sukar la nak diubah sampai bila-bila. Drg anggap, jalan tu medan berlumba dan tunjuk jaguh. Hasil nya tercetus la golongan yg dikenali sebagai mat rempit, mat kereta dan lain-lain yg berkaitannya. Drg merasakan seperti drg pelumba jalanan yang mempunyai skill tinggi yg setaraf dengan Rossi, Biaggi, Wazi, Hamilton dan seangkatan dengan nya. Apa yg drg ikut adalah kelajuan mereka membawa kenderaan sewaktu berlumba. Drg x memikirkan keselamatan, di litar lumba keselamatan adalah paling utama. Sbb itu kita lihat kiri kanan litar ada tayar yg tersusun, pasir n batu yg akan memperlahan kenderaan dan sebagainya. Manakala pakaian mereka adalah kalis api dan tahan lasak.
Tetapi, adanya keselamatan begitu.. kecelakaan tidak dapat dielakkan dan akan berlaku jua. Kerana kerosakan jentera, tayar meletup dan sebagainya. Tetapi impak dari kecelakaan itu tidak terlalu teruk kerana langkah keselamatan yg telah diambil dan disediakan. Bila kita bandingkan dengan realiti jalan raya kita nie. Gua rasa cam langit dan bumi. Kanan kiri jalan raya kita..longkang, pokok, besi penghadang jalan, tembok konkrit dan segala macam benda keras. Sekali kita silap dan terlanggar bende kiri kanan kita, xtau r gua nak kata aper. Kalo lu orang selamat anggota badan, alhamdulillah.. syukur umur panjang. Tapi kalo patah itu, patah ini dan hilang upaya. Lu org dah menyusahkan org lain nak menjaga lu org.
Ingat2 la, anggota badan kita nie bukan ade spare part jual kat mane2. Ingatah org yg tersayang. Gua bukan apa, risau tgk kereta, lori, moto, bas dan segala macam kereta kat jalan tue.. bawak laju giler ah. Xkira la kawasan sekolah ker, pembinaan ker, hospital ker..drg x kisah. Dalam kepala laju dan laju dan laju.
Gua seram la. Tetiba jalan depan berlubang dalam tue.. dan x sempat ngelak..atau sempat alih ke lorong lain. Tapi, dah semua laju, kenderaan kat lorong tue x sempat elak..sambar je ar jawab die..Jadi bunyik la "Dusyum~!!"
Jalan jadi sesak, ambulan dan polis mungkin bomba akan datang dan mengawal kawasan tue. Anda dah menyusahkan org lain, kenderaan lain terpaksa bersesak2 dan mungkin ada yg terlewat utk suatu urusan yg penting. Jadi, lu org x pikir ke semua tue..
Gua sedar, gua pun bawak laju. Tapi ikut r tempat dan keadaan, kalo jalan kosong orait la. Kalo time tgh byk kereta x payah la bawak laju. Risiko byk la..
Orait r, gua undur diri dulu..


15 October, 2008

jadilah diri sendiri..


gua x paham betul la perangai rakyat malaysia nie..
suka sangat meniru2 dan mengagungkan unsur2 yg datang dari luar.. kalo yg diikut itu membawa kebaikan dan boleh meningkatkan taraf hidup dan peradaban mereka, gua x kisah la..
nie yg ditiru adalah segala masalah atau gejala sosial yg boleh membawa kepada kehancuran..
senang citer, mende negatif diorang ambik dan diorang buang kebanyakan mende yg positif.

cam dulu, ex-PM kenalkan dasar pandang ke timur aka Japan. Die suh kita blaja cara hidup org japan, cara die uruskan bisness, cara komunikasi, teknologi sana dan sesuaikan ngn masyarakat kita untuk berubah jadi maju. Hasil die, negara jadi maju dan ekonomi tambah baik. Elok sebenarnya kalau kita perhatikan gaya hidup org di negara maju nie. Kita boleh belaja cara drg tingkatkan ekonomi dan taraf hidup diorang.

kita x disuruh meniru gaya pemakaian drg.
kita x disuruh meniru gaya hidup mereka yg bebas cam haram tue.
senang cite kita x disuruh blaja ilmu negatif yg mereka tunjuk tue.
tapi tue r, rakyat malaysia yg gua sayang nie.. suka ambil yg keruh dan buang yg jernih.
kalo sampai biler2 la perangai ini tak diubah, gelap masa depan malaysia nie.

gua x risau la kalo yg meniru tue org gile atau pendatang asing. Yang gua kisah adalah remaja masa kini. Diorang la yang akan memimpin dan memacu malaysia agar menjadi sebuah negara yang terbilang pada masa akan datang. Tapi, kalo dah setiap tahun gejala sosial makin meningkat dan meningkat. Teruk la !!

aduyai..
ibu bapa, jiran, sedara mare, masyarakat sekitar, jabatan berkuasa, persatuan-persatuan dan sewaktu dengannya la.
anda semua adalah harapan dan acuan untuk membentuk remaja dan rakyat yang berdaya saing di masa depan.
anda juga adalah guru yg perlu mendidik mental mereka agar x mudah terpengaruh dgn segala mende negatif yg menarik yg datang dihadapan mereka.

jadilah diri anda sendiri.
xpayah la berangan nak jadi org itu org ini.
pernah ke org itu org ini terfikir nak jadi diri anda?
hehehe...

sebaliknya blaja dan lihat apa yg org itu dan org ini buat untuk berjaya.
drg pun bukan meniru.
drg jadi diri sendiri..
gua bukan nak kata apa..
cumer sekadar nasihat jer..
ok..
chow dulu..


09 October, 2008

Kami the movie - Review


Selamat Hari Raya !!


Kpd sesiapa yg belum menjejakkan kaki ke pawagam untuk menonton filem Kami The Movie, anda dipersilakan untuk berbuat demikian secepat yg mungkin. Sokonglah produk tempatan. Ini antara filem melayu yg lain dari yang lain. Ia menggambarkan kisah dan konflik yg berlaku di zaman remaja.


Kepada yg pertama kali mendengar cerita Kami, ia adalah sambungan dari siri bersiri yang pernah disiarkan di 8tv tak lama dulu atau penamat kepada siri tersebut. Cerita ini mengisahkan konflik atau permasalahan yg berlaku antara lima kawan iaitu Ali, Abu, Lyn, Adii dan Sofea. Walau pelakon die adalah muka baru dalam industri lakonan, tetapi lakonan yg bersahaja dan berkesan telah mereka tunjukan.


Diarahkan oleh Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, ia adalah sebuah filem yang menarik. Ia membawa kita mengenal erti sebenar kawan atau sahabat dan juga lawan. Erti sebenar hidup kita dimana tidak semua orang di sekeliling kita mempunyai nasib yang baik dan serupa dgn kita. Setiap org ada masalah mereka sendiri dan juga rahsia yg perlu disimpan untuk kebaikan diri mereka sendiri atau masyarakat sekitar mereka. Seperti kata pepatah setiap org mempunyai jerangkung di dalam almari. Iaitu mempunyai sisi gelap mereka masing2 yang mungkin ingin disembunyikan atau dilupakan dan menjalankan hidup baru.


Filem ini juga menggambarkan kehidupan remaja masa kini yang penuh pancaroba dimana mereka perlu menempuh masalah yg datang yg berkaitan dgn masalah samseng, dadah dan masalah peribadi mereka sendiri. Dunia remaja tidak lepas dari hiburan. Dalam filem ini mereka berlima berhibur dengan menyertai "gig" yg dianjurkan di sekitar kuala lumpur serta memberi sokongan kepada kawan mereka Ali yang menubuhkan kumpulan muzik bernama "The Disaster". Cerita ini berkembang, satu persatu rahsia terungkai dan terjadi suatu peristiwa yg menyedihkan kepada mereka berlima. Apakah peristiwa tersebut...dan apakah kesudahan cerita ini?






Saksikan Kami The Movie di pawagam berhampiran anda. Anda tidak akan menyesal dengan harga tiket yg anda bayar..
Aku bagi 4 bintang...
Chow