Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts

30 July, 2011

alien: selamat hari lahir kawan

Hari ini adalah hari lahir seorang kawan
26 tahun yang lalu dia dilahirkan di dunia ini
Diberi ruang untuk bertempat di sini; di bumi

Selamat hari lahir kepadanya
Semoga diberi rahmat dan keberkatan
Amin ..

Oh, aku tak pinta banyak
Aku cuma katakan padanya untuk ceria pada hari lahirnya
Cukuplah. Permintaan dari seorang kawan
Ahha~




06 August, 2010

alien: membakar pekat malam

Lama rasanya tiada kisah bergambar dalam blog ni.
Kebanyakan kisah dalam blog ni adalah kata - kata yang terluah  bagi menggambarkan apa yang aku gambarkan untuk korang semua gambarkan apa yang aku sampaikan. Agak sukar kan apabila menggunakan kata - kata untuk menggambarkan apa yang kita cuba sampai bagi memberi gambaran kepada mereka yang lain. Mungkin akan ada akal yang akan menggambarkan gambaran lain, tidak sama dengan gambaran kita. Tidak semua perkara boleh disampaikan dengan kata - kata. Dengan gambar mungkin lebih bermakna ~
Hek..

Tapaya cakap banyak, ini kisah kami berkumpul secara haram di sabtu malam yang lalu. Ber BBQ bersama rakan sebelum bulan puasa. Bagi aku lebih kepada gantian kepada ekspedisi Broga yang terbatal pada hari sebelumnya.


Ini Kami . . .
8 orang manusia berjaya hadir memeriahkan suasana malam yg dingin tu. Gambar di ambil dengan menggunakan 'tripod' rekaan sendiri. Keh2
Eh, eh.. yang sorang tu khusyuk makan tak peduli kamera. Balas dendam kat ayam bakar tu, mana taknye.. sejam hidupkan api tambah sejam membakar ayam hanya diberi secawan air. Kejam2.. 


Yeh, selepas sejam berusaha.. api berjaya dihidupkan. Masing - masing belum pakar mengguna kertas surat khabar untuk menghidupkan arang. Kat rumah pakai dapur gas, mudah je. Hehehe
Yang baju putih tu 'pakar' memadam api arang ketika ia hampir marak. Tu sebab sejam baru hidup api arang tu. Kekeke
Ya, baju itam tu aku aaa..


Ini hidangan yg berjaya di telan rakus oleh manusia yang hadir pada malam itu. Antara menu yang hadir adalah Ayam BBQ yang rasanya ala - ala Grilled Chicken Burger McDonald tu, Kentang bakar pakai oven, Choleslow, Mee Hoon kicap, Hot Dog daging, Epal, Oren, Sirap, Air Mineral, Ice Cream Vanilla, Coke untuk buat Float. Tidak di lupa sos cili bersama sos lada hitam sebagai penyeri.

Agenda malam tu:
Borak - borak
Makan
Gelak - gelak
Makan
Seram - seram
Makan
Serius - serius
Makan
Tawa - tawa
Makan

Tepat pukul 12.00 tengah malam, baru masing - masing sedar diri nak balik rumah. Teruk gile... Keh2
Masing - masing pulang ke rumah dengan puas ditambah dengan kejayaan Selangor yang berjaya memenangi Liga. Dua kali puas~
Hehehe


Dan ini kami juga...
Masing-masing tunjuk 'V'..
Yang sorang tu masih dalam misi membalas dendamnya.
Hehehe. Jgn marah aaa..
Aku?
Rileks je macam Charlie Wax tu.
Hehehe






09 October, 2008

Kami the movie - Review


Selamat Hari Raya !!


Kpd sesiapa yg belum menjejakkan kaki ke pawagam untuk menonton filem Kami The Movie, anda dipersilakan untuk berbuat demikian secepat yg mungkin. Sokonglah produk tempatan. Ini antara filem melayu yg lain dari yang lain. Ia menggambarkan kisah dan konflik yg berlaku di zaman remaja.


Kepada yg pertama kali mendengar cerita Kami, ia adalah sambungan dari siri bersiri yang pernah disiarkan di 8tv tak lama dulu atau penamat kepada siri tersebut. Cerita ini mengisahkan konflik atau permasalahan yg berlaku antara lima kawan iaitu Ali, Abu, Lyn, Adii dan Sofea. Walau pelakon die adalah muka baru dalam industri lakonan, tetapi lakonan yg bersahaja dan berkesan telah mereka tunjukan.


Diarahkan oleh Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak, ia adalah sebuah filem yang menarik. Ia membawa kita mengenal erti sebenar kawan atau sahabat dan juga lawan. Erti sebenar hidup kita dimana tidak semua orang di sekeliling kita mempunyai nasib yang baik dan serupa dgn kita. Setiap org ada masalah mereka sendiri dan juga rahsia yg perlu disimpan untuk kebaikan diri mereka sendiri atau masyarakat sekitar mereka. Seperti kata pepatah setiap org mempunyai jerangkung di dalam almari. Iaitu mempunyai sisi gelap mereka masing2 yang mungkin ingin disembunyikan atau dilupakan dan menjalankan hidup baru.


Filem ini juga menggambarkan kehidupan remaja masa kini yang penuh pancaroba dimana mereka perlu menempuh masalah yg datang yg berkaitan dgn masalah samseng, dadah dan masalah peribadi mereka sendiri. Dunia remaja tidak lepas dari hiburan. Dalam filem ini mereka berlima berhibur dengan menyertai "gig" yg dianjurkan di sekitar kuala lumpur serta memberi sokongan kepada kawan mereka Ali yang menubuhkan kumpulan muzik bernama "The Disaster". Cerita ini berkembang, satu persatu rahsia terungkai dan terjadi suatu peristiwa yg menyedihkan kepada mereka berlima. Apakah peristiwa tersebut...dan apakah kesudahan cerita ini?






Saksikan Kami The Movie di pawagam berhampiran anda. Anda tidak akan menyesal dengan harga tiket yg anda bayar..
Aku bagi 4 bintang...
Chow