13 January, 2015

Tuhan Maha Kuasa

Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang. Siang tadi aku pergi balai, bukan buat report pun, bukan juga jumpa pegawai pun. Tujuan aku ke sana adalah dengan niat menambah dana polis yang sedia ada.

Aku bukan apa, masih tak puas hati dengan lori yang menyebabkan aku disaman. Puii! Punya lori. Bagi signal kiri, siap bagi aku jalan. Aku igt dia nak berhenti kiri atau masuk simpang kiri. Oleh kerana niat lori itu terbatal, aku telah disaman atas kesalahan memotong di double line. Puii! Punya lori.

Dengan pasrah dan akur maka aku pun menjadi salah seorang penyumbang dana. Maka keluarlah wang dari poket aku. Kaching! Kaching! Bunyi dia. Huhuhu.

Dengan rasa lapar, aku pun mengikat perut. Haha. Sedih je bunyi dia kan.

Tapi. Alhamdulillah.
Seorang taukeh dengan baik hatinya membawa ayam goreng kedai atok aka KFC ke showroom dengan niat membelanja mereka yang memberi business padanya. Business tinted lah.

Nampak tu. Rezeki yang tak terjangka datang. Bersyukur kita pada Tuhan. Kenyang. Errrrkkk. Sendawa dulu baru mengantuk.

Tapi itulah, ajaib juga sebenarnya. Sebab pada malam sebelumnya aku sebenarnya teringin makan KFC, tahu-tahu datang sendiri depan mata. Seronok gile ah.

Power juga kuasa minda aku ni.
Kehkehkehkehkeh.
Kalaulah, kalaulah aku minta esok kau yang di sana datang, agaknya kau yang di sana respon tak ye?

Ahahahahaha.
Berangan!

No comments: