Sabtu lepas kami sempat singgah ke kedai cendol yg besar setelah pulang dari kenduri kahwin. Ya, besar. Jarang sekali kedai cendol mempunyai saiz yang besar.
Berhampiran Stesen Komuter Sungai Gadut, Negeri Sembilan.
Kedai Cendol Leman Dawi. Kedai cendol yang besar dan pernah masuk ke dalam rancangan Majalah 3. Top satu Malaysia tu.
Seperti yang dirakamkan di television, pemilik seorang yang ramah melayan pelanggan. Cendol tambah percuma, aka makan sampai muntah. Ada juga disediakan air percuma, minum sampai kembung.
Ketibaan kami bertiga disambut dengan hujan yang lebat. Menyendol di waktu hujan adalah
heaven, percayalah.
Pilihan cendol yg ada adalah cendol jagung, pulut dan kacang. Dan di atas meja ada disediakan cendol kosong, gula merah dan ais utk sesiapa yg ingin menambah.
Secara asasnya cendol di situ adalah santan, cendol, gula merah dan jagung/kacang/pulut. Tiada tambahan bahan lain seperti sagu biji atau cincau seperti di tempat-tempat lain. Mungkin bagi sesetengah orang tiada bahan tersebut hilang sedikit
feel ketika menyendol.
Di kedainya, En Leman juga tidak menggunakan ais kisar utk cendolnya. Bagi penggemar cendol ais kisar, terutama ais kisar secara tradisional. Kenikmatan menyendol akan sedikit terganggu.
Pada aku, cendol di situ tidak cukup
'kaw'dari segi rasa atau mungkin
overrated seperti makanan Itali. Heh. Dua orang rakan aku juga sependapat dengan aku.
Walaubagaimanapun, layanan dan sikap pemurah pemilik kedai telah mengimbangi faktor itu dan menjadikannya satu tarikan kepada para pengunjung di situ.
Apa-apa pun terima kasih lah Encik Leman kerana berjaya memenuhkan perut kami dengan cendol petang itu.
Haha.
P/S:
Terkini,
Cendol Bakar di daerah Kuala Selangor pula menjadi tarikan. Entah bila nak singgah sana pula.