19 May, 2011

alien: refleksi kata hati jiwa


"Em, bait kata di bawah aku sulam menjawab puisi dengan puisi dari seseorang. Percubaan pertama. Nampak mengarut. Bagi aku sesuai menjawab isi darinya, entah apa katanya aku belum tahu lagi. Cuba baca. Apa rasa di jiwa kalian?"
-aku yang bertanya, 12.19am-

_______________________________________
Aku selalu sahaja bermimpi dan bermimpi
anggap segalanya tidak berlaku hanya sekadar mimpi
entah mengapa terasa gelapnya realiti memaksa aku meraba mencari
walau sedikit cahaya mengintai memujuk aku pergi
jauh dan meminggir dari gelap yang tiada erti


Sapu saja air matamu
jangan pernah ditangisi meratap hilangnya rasa cinta itu
diri akur lerainya genggaman kunci rasa jiwa walau tanganku erat memegang
ujian dari alam menghentam menggegar dan menggoncang dunia kita
aku tidak berdaya lagi
aku lemah sendiri
sejuk di sini sana
terbujur badanku lemah kaku

sejuk ..

Bantulah capai tangan ini
aku sejuk di sini




-gambar dipinjam dari sini

9 comments:

uncle gedek said...

kalau sejuk jangan capai tangan...

capai selimut!

Anonymous said...

peluk bantal pon best gak

Siti Noor Aminah said...

itu la mak pesan, jgn main ujan. kan dh sejuk. boleh demam tau

ZR said...

kalu dah org tak ingin..genggam erat mcm ne sekali pun tetap pergi..krn rasa cinta kerna dua menjadi satu...

mirachantek said...

ko buat la unggun api woi

Unknown said...

pehal cahaya tu pujuk ko suh ko pergi

Dr K said...

hahahhaa..

komen pakcik gedek memang tak boleh blah

Faaein Talip Roy said...

aku tak paham jiwa2 seni ni.. hehehe..

alien said...

gedek!:
baik pakcik.
saya igt pesan pakcik

redza:
a`ah best
lelap tak hengat

GC:
hehehe
dulu kecik2 main hujan tak demam pun

Kazaztan Team:
em
betul

mirachantek:
camne naik buat weh
kayu semo basah

JIJI YU:
cahaya harapan namanya tu
hehehe

Daddy Ziyyad:
pakcik tu jujur orangnya
direk trus komen dia
keh3

Faaein Talip Roy:
kehkehkeh