30 June, 2011

alien: aku nak cerita sikit, jom baca.. jom.. jom..

Mari bayangkan ini,

Satu petang yang indah dan tenang. Ketika orang ramai bepusu-pusu beredar dari pejabat. Ada yang mengejar bas, ada yang bertemu janji, ada yang kejar drama di TV misalnya. Kau pula sedang berada dalam kereta. Mendengar celoteh DJ radio dan melayan lagu sentimental yang diputarkan sinonim dengan petang yang tenang, atau paling tidak pun kau sedang mendengar bebelan kekasih kau yang duduk di sebelah. Kau anggap saja bebelan itu seperti paduan orkestra yang indah dah jarang sekali dimainkan. Anggap saja begitu, pasti jiwa kau yang sedang kacau akan terasa sungguh tenang.


Okeh. Bukan hal bebelan kekasih kau yang ingin aku kisahkan. Lupakan sebentar kekasih kau yang berada di sebelah. Biarkan lagu sentimental atau alunan orkestra tadi menerawang di udara. Menghibur jiwamu pada petang itu.

Keadaan kau tenang. Kau memandu dengan penuh hemah dan fokus sambil penglihatanmu menerawang ke arah kiri dan kanan jalan. Keadaan jalan yang agak sesak dan pergerakan kenderaan yang perlahan membolehkan kau membuat memerhati keliling. Hatta kau juga punya waktu untuk mengorek telinga, mengorek hidung atau boleh saja melihat wajahmu di cermin. Bimbang adanya jerawat membuat onar di muka. Err, cek sekali gigi mu itu. Mungkin ada cili terselit, buat malu saja apabila kamu bercakap dengan gadis di tol yang biasanya menawan. Kekasih kau? kan aku cakap lupakan sebentar kewujudannya.


Matamu ketika itu melihat seseorang di tepi jalan. Orang itu sedang bercakap di telefon bimbit. Dia memakai baju biru dan berseluar hitam. Dia betul-betul berdiri di tepi lalu lintas sambil bercakap dengan riang di telefon bimbitnya tanpa peduli atau kisahkan hal yang berlaku di depannya. Misalnya, ada sekeluarga 3 orang yang melintas yang berpakaian merah kusam. Ada seorang pakcik yang berambut putih tak jauh dari dia. Jika kau perhatikan orang itu, memang dia tidak perasan semua itu. Tak ambil kisah.


Lagu sentimental atau alunan orkestra tadi masih lagi menjadi halwa telinga kau. 


Ada sesuatu yang menarik pada lelaki yang sedang bercakap di telefon bimbit yang memakai baju biru dan berseluar hitam itu yang membuat kamu memerhatikannya. Ye, orang itu lelaki. Apa yang kau fikir?

Sesuatu telah membuat kau memerhati saja lelaki itu. Seperti kau dapat membaca sesuatu tapi kau sendiri tidak tahu. Bukan kerana paras lelaki itu yang mirip pelakon terkenal, Salman Khan, Amitha Bachan atau Rajnikan. Bukan. Sesuatu yang kau sendiri sukar ungkaikan. Sukar sekali.


Dalam pada kau sedang meneka-neka. Dan alunan lagu sentimental atau alunan orkestra tadi menghiasi deria pendengaran kau, kau terkejut. Memang ada satu kejadian yang tidak terjangka berlaku pada lelaki itu, yang berada dihadapan kau selang sebuah kereta jaraknya dari tempat kau berada. Kau tergamam. Tersentak.

Sebuah motosikal yang dinaiki dua orang lelaki menghampiri lelaki itu dan cuba merampas telefon bimbit lelaki itu. Sia-sia. Lelaki itu tersedar dari dunia gembiranya. Dia memegang kemas telefon bimbitnya dan mematahkan serangan peragut tersebut.

Pakcik yang berambut putih tergamam.
Sekeluarga 3 orang yang berbaju merah kusam juga tergamam.
Kau pun tergamam serentak itu kau tersedar kekasih kau disebelah telah menarik muka, muncung sedepa. Kini kau pula ditimpa masalah yang berat setelah lelaki itu selamat dari cubaan ragut yang tidak berjaya. Sungguh bertuah lelaki itu. Tapi kau, kau kurang bertuah petang itu. Kekasihmu yang sensitif terasa jauh hati. Tiada siapa nak membantu kau, kau selesaikan masalah kau sendiri. Bukan salah aku.



Moral of the story:
Sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada
Bahaya itu selalu mengintai untuk menyerang
Pastikan pertahananmu kental menangkis

Ahha~

*satu kejadian ragut yang gagal yang benar berlaku dan telah diceritakan dengan cantik untuk hiburan dan pengajaran pembaca sekalian





alien: Yang selalu mudah kasihan kat orang, tapi jarang orang kasihan kat dirinya

Hari ini pejabat tempat aku bekerja menerima seorang pekerja baru
Junior !!
Taklah, dia bukan bekerja bawah aku
Bidang tugasan pun berlainan
Em, dia bekerja di bawah bos yang memiliki rekod memberhentikan 9 orang pekerja yang digaji di bawahnya selama aku berada di sini menghampiri tahun ke 2.

Fuhh~
Mungkin aku tergolong dalam 9 orang itu sekiranya aku bekerja dengan bos itu. Ini fakta, kenyataan yang memang tak boleh disangkal lagi.
Realitinya, aku berkerja dengan 2 orang engineer lain.
Fuhhh~

Aku harap pekerja baru ini dapat bertahan lama selagi aku masih ada di sini. Em. Harap mental pekerja baru itu kental dan padu menghadapi kerenah bos yang telah memberhentikan 9 orang pekerja yang digaji di bawahnya selama aku berada di sini menghampiri tahun ke 2.

Atau mungkin aku akan menyaksikan korban ke 10?
Apakah... mungkin dia korban bos itu yang ke 10..
Biar masa menentukan..
Err, kelihatan jahat aku berfikiran negatif untuk bos itu
Tapi, sebenarnya aku kesian 9 orang pekerja itu..
mengalami tekanan mental
Dan aku kesian pekerja baru itu ..
yang akan menjadi orang yang ke 10 mengalami tekanan mental

Harapnya tidaklah,
Harapnya...



Yang selalu mudah kasihan kat orang, tapi jarang orang kasihan kat dirinya:

29 June, 2011

alien: jangan pernah sakiti masa

Masa itu selalunya pantas
Pantas menjerut leher kita
Pantas mencantas dan memenggal tanpa belas
Pantas sampai tidak kenal penat
Pantas dan pantas dan pantas
Sampai kita terasa lelah sendiri
Tiada daya bersaing dan mengejar waktu itu

Iya kah?

Atau kita sendiri yang biar masa itu berlalu
Berjalan sendiri tanpa kita peduli
Tidak sedar tika ia berada dengan kita

Bukan kah begitu?
Selalunya
Selalunya
Itulah yang berlaku

Yang kemudiannya kita kata masa itu kejam
Masa itu cemburu dengan kita
Masa itu tiada perasaan belas
Masa itu
Masa itu
Macam - macam kita tuduh masa
Sedangkan masa itu bersih
Ianya suci
Tiada pernah kelihatan ada cacat celanya
Kita yang alpa dan lupa
Tidak menghargainya waktu keberadaannya bersama kita

Sudahlah !!
Hentikan menyalahkan masa
Hentikan tuduhan liar padanya
Biarkan masa itu melaksanakan tugasnya

Biarkan
Biarkan