01 December, 2010

alien: Orang kita - lah

Kalau entri yang serius camni ramai yang baca, siap kerut-kerut dahi
Macamne kalau entri makan - makan, pasti perut asyik berbunyi je kan
Entri yang lawak, gelak - gelak kering gusi pulak kan
Kalau entri yang ala - ala gedik camni, rasa macam nak kaki kan
Hohoho

Kalau entri bawah ni?

-----------------------------------

Orang jalan kaki
Orang naik basikal
Orang naik bas
Orang naik motosikal
Orang naik kereta
Orang naik kapal laut
Orang naik kapal terbang



Secara lahiriahnya kita lihat pecahan orang mengikut cara mereka bergerak.
Macam kelas sejarah peradaban manusia pulak dah.

Melihat dari segi ekonominya pula adalah peningkatan taraf hidup.
Boleh juga dikatakan perkembangan penggunaan teknologi dalam kehidupan seseorang.
Macam process tumbesaran, merangkak, bertatih, berjalan .. dan seterusnya kan.

Hehehe

Dari segi lainnya pula,
Dapat dilihat manusia itu kadangkala tidak merasa puas dengan apa yang dimilikinya.
Jarang yang bersyukur.


Betul tak?

Cuba fikir ..



---------------------------------

Jadi macam mana,
Ada rasa apa - apa tak lepas baca entri tu?




30 November, 2010

alien: tanggungjawab sosial juga

Macam yg Mofasad cakap dalam entri dia.

Kita juga ada tanggungjawab sosial juga.
Disamping menulis entri - entri yang merilekskan minda, perlu juga diselit sedikit point - point yang positif atau entri - entri yang membina.
Kata - kata motivasi, semangat, ingatan dan beberapa point yang dirasakan penting dan perlu untuk membentuk dan membina jiwa yang kental.

Dengan itu.
Sedikit sebanyak mereka yang membaca dapat sesuatu apabila singgah di salah satu entri kita, kita dapat memberi sesuatu kepada mereka walau sesuatu itu kecil pada kita tapi mungkin besar nilainya pada sesetengah orang.

Ia semacam tersembunyi harta yang bernilai di balik timbunan huruf - huruf yang kalau dikumpulkan boleh jadi setinggi menara 100 tingkat barangkali. Kalau huruf - huruf itu boleh dijual, tentu sudah jadi jutawan. Boleh pusing dunia berkali - kali. Hujung minggu pula, boleh bersantai di Bulan sambil menghayati keindahan Bumi.

Selain bernilai,
Satu kata - kata itu juga lebih tajam dari pedang, sama seperti dalam sebuah penulisan. Satu kata - kata senyap yang hadir dari kotak minda mungkin juga dipengaruhi perasaan juga. Mampu menusuk dan membunuh jika digunakan dengan cara yang sadis dan kejam. Membunuh perasaan, jiwa dan peribadi. Hohoho
Pesan orang dulu, elakkan emosi dari mengusai minda, buruk padahnya.

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. tuan hamba"
pesan Sang Nila Utama kepada Taruna.





Kita bertanggung jawab atas apa yang kita tulis, sama juga apa yang kita cakap atau apa juga yang kita buat.
Ingat tu ..


Eh, masing - masing dah kerut dahi perah minda ker?

"Why so serious - lah !!"
Hak hak hak





29 November, 2010

alien: itu kepala


Ini adalah kepala
Kenapa kepala?
Kerana...

Pusat pengoperasian badan
Adanya organ penting = otak
Belum ada lagi wujud otak mekanikal
atau sistem penjanaan otak macam dalam Pendekar Laut tu

Darah berjalan tak lancar boleh jadi sakit kepala
Migraine .. pitam
Mental block
Rasa mengantuk
Pening

Saraf rosak boleh membawa padah
Boleh jadi tiga suku
Lumpuh atau strok

Mengalami tekanan melampau juga boleh beri kesan
Jadi depress atau murung
Berfikiran negatif
Tiada motivasi, hilang semangat

Itulah kepala
Penting, sebab itu
Ia terletak di atas setara dengan kepentingan otak
otak = akal = minda



Hohohoho
"..insan yang cemerlang datang daripada akal, hati yang tenang dan jiwa yang mantap.."

Ingat tu tau