Sehari ini, aku tiada semangat. Berbuka pun sekadar yang ada, itulah yang aku hadap. Mungkin penat menghadap masalah yang kerap mengetuk pintu aku.
Namun, macam orang selalu cakap. Selepas mendung pasti akan cerah. Yelah, kalau pun cerahnya sekejap, aku tetap gembira.
Gembira yang sedikit itu seperti dadah yang merangsang semangat yang sedikit luntur.
Ya,
Terima kasih kepada penyebab gembira kecil itu. Sesungguhnya ia memberi makna besar buat aku.
25 July, 2013
24 July, 2013
alien : bulan nan seorang
Melihatkan bulan yang seorang di langit cerah, mengingatkan aku kembali pada satu judul buku yang pernah aku baca lama dulu. Mungkin 10 tahun dahulu, isinya aku memang sudah lupa. Hanya tajuknya yang masih segar dalam fikiran aku, Bulan Bugil Bulat. Itu judulnya. Sebuah karya dari Indonesia. Sebuah buku koleksi cerpen.
Jarang sekali aku melihat bulan yang besar pada malam yang sebelumnya seperti malam yang ini. Memang besar. Indah. Bulat. Membuat sesiapa yang melihatnya terpana. Subhanallah. Maha suci Allah, Tuhan pencipta alam.
Memandangkan bulan sudah mengambang penuh; purnama. Ia juga mengingatkan pada kita yang bulan Ramadhan sudah sampai di pertengahan. Tidak lama lagi ia akan sampai ke penghujung. Tidak lama lagi.
Dulu, aku pernah berharap agar Ramadhan berpanjangan, akan tetapi Syawal juga bulan yang mulia. Syawal tetap akan kunjung tiba. Syawal juga ada keistimewaannya.
Salam Ramadhan semua.
Aku ingin terus menemani bulan yang seorang pada malam ini dan malam-malam seterusnya hingga ke hujung Ramadhan

22 July, 2013
alien: dugaanNya
Ya Tuhan,
Ramadhan yang kali ini betul-betul menduga jiwa. Berkali-kali sabar. Hanya kepada Mu aku bergantung harap. Hanya kepada Mu aku mengadu. Hanya kepada Mu aku bercerita tentang diri yang lemah ini. Hanya kepada Mu aku memohon pertolongan.
Ya Tuhan.
Aku memohon dan berserah kepada Mu.

Subscribe to:
Posts (Atom)