Yang belit tali di sebelah tangan, aku saje
yang dua tiga lagi depan aku, pegang tali gitu-gitu
bila lembu balas tarik kaki dia
aku pun tertarik samalah
Memang patutlah
dah masing-masing pegang-lepas-pegang-lepas tali
takut tangan melecet katanya
Ahai,
Lenguh lengan kanan aku semalaman lawan tarik dengan lembu
Salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah
ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari
iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha
iaitu pada 10 Zulhijah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban itu bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia
bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah
kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha
melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan
datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu
jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan
ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)