08 October, 2012

alien: lagenda kucing hitam

Seekor kucing baka tempatan.
Saiznya sedang-sedang, tidak besar sangat tidak kecil sangat.

Kucing itu, kalau tengok dari jauh nampak gebu.
Bulunya pula kemas dan rapi.
Warnanya hitam bersinar apabila terkena sinar matahari.

Bila kucing hitam itu melompat melepasi mayat.
Mayat akan hidup kembali.

LEGEND!



Ini bukan kucing hitam yang kita cari,, haha


















06 October, 2012

alien: pilihan burger durasi masa terhad

Andai diberi pilihan antara Burger Samurai dan Zinger Double Down,
mana yang anda pilih?

Burger Samurai
   VS

Zinger Double Down


Aku pilih Burger Samurai dari McDonalds.

Sebab?
Keadaan KFC Zinger Double Down yang agak berminyak telah membuatkan aku muak.
Jadi, just imagine. Atas bawah berminyak. Dua kali berminyak.
Aku tidak nafikan daging ayam dia memang lembut ketika digigit dan dikunyah.
Akan tetapi, oleh kerana berminyak ..
Burger Samurai berjaya memenangi lidah aku.


Tahniah Burger Samurai.




04 October, 2012

alien: aku lihat kau, kau lihatlah aku

Iyalah.
Biarpun ketika panas terik tengah hari keluar mencari sesuap nasi.


















Ataupun waktu pagi,
melangkah kaki ke tempat kerja mencari rezeki.


















Sentiasalah berhati-hati.
Selalulah beringat.
Bukan kita sahaja pengguna jalan raya itu.
Ia adalah jalan raya bersama.
Bersama-samalah kita menjaga keselamatan kita-kita.

"Pandu cermat, jiwa selamat..."

Err, duit kita pun selamat. 
Haha