14 August, 2012

alien: akta 114A

Akta 114A?
Apa kah akta 114A itu ?

Jom baca sini: Akta 114A dan kesan kepada anda.
Kredit kepada yang memberi penerangan itu.

Akta yang berat sebelah dan sedikit kejam.
Akta yang boleh menjatuhkan orang andai ia dimanipulasi.
Pergh.

Dengan reputasi aku yang memang sedia tidak ada.
Kalau jatuh bededuk! hancur berkecai.
Aku akan mengadjust ruangan komen demi keselamatan.
Hehehe..

Pada mereka yang suka ber FB, ber twitter, ber Blog, ber Word Press dan ber-ber-ber macam-macam lagi. Sedikit peringatan untuk anda, berhati-hatilah.




13 August, 2012

alien: kamu!

Hampir sebulan tirai itu dinaikkan,
dan pagi ini dengan tekad aku turunkannya
seiring dengan tamatnya acara olimpik pada pagi tadi.

Namun,
di sebaliknya aku kekal berdiri
menantikan saat ia untuk dinaik kembali
dalam ruangan yang gelap dan sunyi itu
untuk mengucapkan 'Hai' padamu untuk sekian kali.




: menantikan peluang berbicara dengan kamu lagi


10 August, 2012

alien: ragam orang rambut putih palsu

Hanya kerana dia atlet muda..
dan kerana dia ada masa depan yang cerah dalam bidangnya..
dia kini bebas.

Heh.
Bagaimana orang yang pakai rambut putih palsu itu buat keputusan yer?


Kisah lanjut silalah ke thesundaily.com
kisah seorang Noor Afizal Azizan pemain bowling terlampau.
Harapnya sempena bulan baik ini, dia mendapat pencerahan atas peluang yang dihadirkan oleh orang yang memakai rambut putih palsu itu.

Harapnya-lah..