13 December, 2011

alien: menanti saat itu

Seisi ruang bumi telah diterokai,
sedalam laut telah pun direnangi,
namun belum jua berjumpa,
indah helaian bulu menawan,
yang dahulu pernah singgah,
di hujung jari jemari.

Cenderawasih,
mungkin belum masanya,
untuk kita berjodoh semula.

Akan aku nanti saat itu tiba.

:13dec11















11 December, 2011

alien: senyum dalam tiada daya

Yes !!
Yes !!

Fan Chants:  
He score when he wants
he score when he wants 
Robin Van Persie, he score when he WANT !!!!!!!!!!!!!!

Arsenal 1 - 0 Everton

Dari banyak peluang yang dicipta,
satu je yang masuk.
Masuk dengan penuh gaya pada ulang tahun ke-125
Nice~



 
 
 
 

Brrrrr~

Malam gerhana bulan, kena hujan
Akibatnya, terasa macam nak demam
Eh, aku tak berdaya nak tengok gerhana tu
Haa chium!!

07 December, 2011

alien: misi mustahil (spider si labah-labah)

Suatu petang yang agak redup tetapi berbahang.
Angin bertiup laju, awan sedikit gelap tanda hujan mahu turun.

Seekor labah-labah secara diam-diam tanpa suara.
Eh, labah-labah ada suara ke?
Labah-labah itu melakukan satu aksi lagak ngeri.
Membuat abseiling dari atas bumbung menjunam terus ke bawah.
Tanpa sebarang bunyi.
Walau ketika itu hujan maha lebat telah turun.
Disertai guruh dah kilat.
Labah-labah itu dengan beraninya tanpa diganggu emosi atau faktor sekitar melakukan apa yang dilakukan. Penuh pengalaman dan skill yang tinggi.
Menuju tepat ke bibir, bibir cawan yang berisi air limau ais.

"Perh, labah-labah nak curik air aku woooo..."
sambil menjauhkan cawan itu dari jangkauan labah-labah itu.

Misi gagal.
Labah-labah itu tidak berjaya mendarat.
Perbuatannya telah disedari oleh tuan punya air; aku.
Dengan pantas labah-labah itu menggulung semula talinya dan naik ke atas.


Ahahai~
Labah-labah pun tahu enaknya air limau di waktu hujan.