06 May, 2011

alien: aku yang serba salah

Telefon berbunyi.

Klak!
Gagang di angkat.

Hello.. haa, ok..
Extension you ape?
Seorang rakan opis bertanya. Berbangsa India. Masih muda.
Usianya dalam lingkungan 20an. Seorang gadis dengan rambut yang sedikit panjang diikat kemas.

106.. 
Aku balas pendek.

Sivaji ! (Bukan nama sebenar)
Dia memberitahu.
Ah. Aku mengangguk perlahan.

Talian dipindahkan dan telefon di sebelah kiri aku berdering.
Aku mengangkat perlahan. Malas.

Hello..

Telefon balik .. telefon balik ..
Suaranya yang agak sedikit kuat memaksa aku menjauhkan gagang dari telinga.

Patah kata dan butir yang sama.
Tiap kali, apa yg ingin dikatanya sama.
Tiap kali aku menjawab panggilannya.
Tiap kali itulah patah dan butir yang sama aku dengari.
Menyuruh aku menelefonnya semula. Tiada lain.
Jadi, tiada salahnya kalau tidak fokus.
Patah kata yang sama.
Butir yang sama.
Demi tugas, aku akur.

Ok.. ok..

Klak.
Aku meletakkan gagang.

Aku mencapai telefon bimbit yang terletak di antara laptop dan rak besi yang berada di sebelah kanan. Mencari nombor di kalangan nombor-nombor yang ada. Lambat - lambat mendail nombor yang tertera di skrin telefon bimbit menggunakan telefon opis. Apalah punya kedekut. Cakap beberapa minit pakai telefon bimbit bukan mahal mana. Kurang - kurang hantar lah sms, acceptable kan.

Tuut.. tuuut.. tuutt.. 
Nada berbunyi. Menunggu talian untuk disambung.

Haaa.. Hello.. Hello..
Sekali lagi, aku menjauhkan sedikit gagang dari telinga.
Tapi kali ini aku fokus.
Ya.
Demi tugas.




05 May, 2011

alien: hari gembira untuk para pekerja

Em.. ya
Next week baru ada.. Isnin

Ha'ah.. Isnin
Oh.. tu lah, tahu
Ha'ah confirm.. hari Isnin
Ok


Klak !

Telefon di letak semula di tempatnya
Aku tahu mereka kecewa
Aku tahu mereka perlukannya
Kasihan

Apa yang aku boleh buat

Aku senyum saja
Kerana juga aku serupa macam mereka





04 May, 2011

alien: berpeluh jugak haaa

Selagi masih lagi belum rasmi. Selagi masih belum muktamad.
Selagi itu aku masih menanti dan menunggu.
Apa yang aku tahu dalam masa terdekat. Tapinya bila?
Aku masih menunggu kata putus.

Perkara ini pun masih samar - samar.
Antara iye dan tidak.
Pergi atau tangguh.


Iskh. Berat jugak tugasan kali ini.
Masa discussion nampak mudah.
Nak implement .. tanggungjawab beb, berpeluh jugak haa.


Andai jadi.
Kena la terbang seorang diri.
Tapikan, ape de hal .. dah biasa sendiri.
Heh.