06 July, 2010

ALIEN : Ada apa dengan malam ini

Software AutoCAD masih duduk selesa di atas meja aku.
Menikmati malam yg gelap di dalam opis ditemani oleh kalendar Shell pemberian rakan opis aku.
Sambil berbual dengan mesin kira jenama CITIZEN yang dah lama peninggalan aka pusaka HR Manager aku.
Bersama timbunan kertas yang setia tidak berganjak. Berdiri megah Ring File ibarat menara.

Sambil memerhati nota kecil berborak bermain riang bersama sticky note yang ditemani oleh si pembaris.
Puncher dan Stapler berlagak seperti jaga untuk memastikan keselamatan penghuni-penghuni meja aku gayanya.
Buku nota bersaiz buku sekolah terbaring lesu di penjuru. Ntah kenapa.

Cik Talipon membisu bila malam tiba.. Hehehe

Sok pagi lah baru aku melayan DVD AutoCAD tu. Di harap beliau dapat bergaul mesra seperti apa yang terfikir di benak fikiranku

Jadi malam ini jangan nakal-nakal ye..

Kehkehkeh

ALIEN say: Selamat Bertunang Lagi

Selamat bertunang:
Encik Saiful Adzri (DD) dan Sharifah Rashidah (Cdot)

Kisah berlaku pada 26hb June 2010, hari sabtu. Aku selaku ketua Yakuza aka Oyabun daerah yang dirahsiakan tempatnya mendapat jemputan dari Gangste Kecik aka Cdot akan majlis pertunangannya di rumah mak ayah dia Subang. Kedua - dua penama di atas adalah rakan aku  semasa menuntut ilmu di Shah Alam. 

Niat di hati memang nak hadir membikin onar di majlis tersebut. Hehehe. Tapi apakan daya, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Dengan khidmat FB aku ucapkan "Tahniah". Apa pun karang majlis kahwin aku datang bersama kuncu-kuncu aku lah.

Si Ketua Ssamseng pun tidak dapat hadir. Katanya terpaksa turun padang kerana berlaku kekacauan di daerah takluknya. Daerah yang terpaksa di rahsiakan namanya. Hehehe. Katanya ada kumpulan yang membuat onar di kawasan nya. Jadi kawalan ketat terpaksa dilaksanakan disamping rundingan dilakukan dengan kumpulan tersebut.

Jadi, cepat-cepat lah naik pelamin ye kamu berdua. Tempoh bertunang katanya darah manis. Err, camne drg tau ye. Tah-tah nyamuk yang cakap kot. Kalau camni kena prepare Ridsett ngn Fumakilla la siap-siap. Hehehe

Sorang lagi dah lepas.. Next !!!

ALIEN say: Selamat Bertunang

Selamat bertunang:
Encik Raja Azwan dan Julia

Kisah berlaku pada Ahad yang lalu, iaitu 4 Julai 2010. Aku, Cikgu Apai dan Sars si pekerja swasta yang berdedikasi menyertai rombongan pertunangan salah seorang bekas rakan serumah iaitu Azwan si pekerja yang cemerlang di Sungai Besar. Tapi aku, apai dan sars gerak asing. Tak gerak sekali dengan keluarga Azwan. 

Manakala Najib si juru cakap SIRIM tidak dapat hadir dan menyertai rombongan. Cikgu dan pekerja swasta suspek beliau berdating dengan gadis. Dalam kes ini aku tidak terlibat. Kehkehkeh. Biarkan la, masing-masing dah besau-besau.. dah keroje.. dah bulih dah nak ikut jejak langkah si pekerja cemerlang ni.

Encik Femaw tokey sayoor plak bizi melayan pelawat yang hadir ke ladang sayurnya. Tak cukup tangan katanya, tu yg tak folow tu. Mana nak melayan pelawat lagi, nak melayan pemborong lagi. Pekerja beliau cuti pada hari itu. Yelah, hari sabtu setengah hari.. Ahad Public Holiday.. Isnin boleh lah.. Hehehe

Apa pun, si pekerja cemerlang dah selamat di tunangkan. Bukan oleh kadi sebab ni majlis tunang je bukan nikah.
Jadi semoga cepat-cepat la salam dengan kadi ye, jangan tangguh-tangguh. Orang cakap tak elok tunang lama-lama, berat dugaannya. Jangan tanya aku betul ke tidak sbb aku belum mengalaminya tau.

Well.. dah selamat sorang. 
Next !!!