30 June, 2010

ALIEN berceloteh : Lipas tiada kaki

Recently tu cakap bahasa Inggeris.
Baru-baru ini pula cakap bahasa Melayu.

Jadi aku rasa macam menjadi lipas kudung pulak akhir-akhir ini.
Bukan kehendak aku, tekanan kerja yang datang ibarat pasang surut air.
Boleh lemas jugaklah kalau air pasang. Tapi bila air surut, macam-macam boleh kita dapat.
Korek selut jumpa kerang, siput.. ikan pun ada.
Iskh2..

Aku dah mengharungi air pasang ni, skang tengah tunggu air surut beransur-ansur.
Letih la kalau hari-hari balik lewat, esok masuk awal.

Ada juga aku cuba bina rakit untuk ke bahagian yang lain.
Tapi bahan-bahan belum cukup.
Terpaksa mengharungi pasang surut air yang aku sendiri pun tak tahu berapa lama aku dapat tahan.

Letih kalau kerja ini asyik dikerjakan.
Ada kawan aku sorang tu asyik cerita kisah masalah dia, aku penat nak paham masalah dia.
Kadang aku cuba lari dari dia untuk meregangkan otak aku yang sarat ni. Bukan la lari macam marathon tu.
Makna lari ialah mengelak dengan memberi alasan la, untuk refresh balik minda kan.
Kita perlu juga masa untuk diri sendirikan.. rehatkan diri, buat apa kita suka kan..

Pada aku, bukan aku tanak kongsi masalah aku kat dia pulak, dah dia pun bermasalah malas la aku nak tambah masalah dia kan.
Keh-keh.. baik aku selesaikan masalah aku sendiri.

Ada masalah gelak.. senyum
Kadang baca komik main PS tengok tV..
Kasi rehat sikit otak, asyik bekerja selesaikan masalah org lain je.
Kang terkehel otak susah la aku.. hehehe

Tapi skang ni aku tengah pikir satu masalah jugak.. tentang masa depan..
Fikir.. fikir..

ALIEN : Terbang ke Jepun

Finally, Japan out of world cup.
Defeated by Paraguay by penalty.

Overall, match quite ok.

Jepun:
Tiada percubaan terus untuk Freekick yang aku harapkan dari Honda dan Endo. Mungkin kerana pertahanan Paraguay yang begitu ramai yang bertahan menyukarkan sepakan terus untuk Freekick.
Ada beberapa gerakan cantik dari para pemain jepun, tetapi tiada penyudahan yang berkesan.
Kelincahan serangan jepun berjaya ditangkis oleh ketegapan pertahanan lawan. Sesekali mereka terlepas bola tatkala berlari untuk counter attack.. ceh

Paraguay
Bermain dengan slow dan steady. Sesekali melancarkan serangan yg agak berbahaya tetapi dapat di selamatkan oleh Kawashima dan Tulio.
Mereka menggunakan kelebihan fizikal untuk menyekat gerakan lawan mereka dan ternyata mereka berjaya.
Mereka berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya setelah sepakan Komano menggegar palang gol ketika penentuan sepakan penalti.

Pada aku game agak slow la..
Dapat bola kat Paraguay je jadi slow, mata aku lama-lama jadi kuyu. Huhuhu
Bila Jepun counter dengan laju baru aku bersemangat, tapi tu la.. sangkut dek kekangan yang mantap dari pemain Paraguay dan kesilapan pemain jepun sendiri. Ouh...
Mereka tidak berjaya mengulangi prestasi kejayaan mengalahkan Denmark.

Untuk rekod, dengan tertewasnya Jepun.ini bermakna pasukan dari benua Asia belum lagi berjaya menewaskan pasukan dari Amerika Selatan untuk setakat ini.. Iskh2..

Oh, website yahoo sport kata pasukan England dah selamat tiba di kampung halaman.
Bola itu bulat.. at least England dapat bertanding di pentas dunia.

Malaysia bila lagi?

Malaysia Boleh !!!
Malaysia Boleh !!!

Come on team Malaysia !!!
Bangkit la...
Bersama mencipta kegemilangan yang kian lama sudah malap !!!

28 June, 2010

ALIEN : Status FB Yang Mengarut

Aku pasti ramai antara pengguna FB giat dan gigih mengupdate status mereka tatkala menyaksikan World Cup match antara German dan England yang berkesudahan 4 gol untuk German dan 1 gol saje untuk England.

Dan tatkala gol Frank Lampard yang masuk ke gawang dan melantun keluar kembali dan tidak disaksikan oleh penjaga garisan, ketika itu meriah sungguh pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati kepada linesman aka pengadil perlawanan. Tak lepas laptop atau HP atau PDA atau BB atau iPhone di tangan. Sambil meng'comment' status rakan-rakan sambil mengupdate status sendiri. Kutuk pengadil.. kutuk Rooney, James kompom lagi teruk kena.. Kutuk sikit takpe, ada gak yg emo.. siap mencarut la hape la. Iskh2

What a game..
German main cantik jugak..laju
Tak terkejar oleh taipan aku di PDA menggunakan stylus..
PDA biase2 je.. bukan cap ayam, bukan juga HP mahupun HTC.. tak mampu lagi.

Aku ada update gak status, tapi tidak serakus peminat di luar sana yang rata-ratanya penyokong England. Aku tak tengok full match. Tapi sempat la tengok 2 gol yang telah melenyapkan semangat juang England yang berjaya merobek maruah mereka lantas menjatuhkan reputasi Fabio Capello.. menangis fan England, terdiam kaku lesu mereka menyaksikan pasukan mereka bermain macam budak sekolah. Manakala German bermain seperti main bola di waktu petang.. riadah. Hek

Sambil mata aku tengok PDA.. sambil jeling-jeling kat match depan mata. Sambil-sambil membahan rakan-rakan yang mengharap kejaiban oleh Heskey.. err.. Rooney, Lampard dan Gerrard yang mana keajaiban tidak berlaku.. Aku bayangkan Walcott lari laju membawa bola melepasi defend dan meng'ayam'kan neuer sambil mengkuis bola ke gawang.. tapi apakan daya Walcott digugurkan oleh  Capello kan.. Huhuhu

Apapun di harap penyokong England tidak membakar stadium la kan.. mahupun men'vandalism'kan harta awam di Afrika tu yer.. tak memasal FA England yang kene saman. Jangan la pulak esok tayar kenderaan semua kat atas ye..
Hehehehe

Wakil tunggal asia: Jepun bakal beraksi setelah Korea Selatan kalah kepada Uruguay.
Moga Honda dan Endo bakal menggegar Afrika.
Go Nippon !!!!