20 February, 2020

Dato' Menteri Besar Selangor: Selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Hello there,

I just signed the petition "Dato' Menteri Besar Selangor: Selamatkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara" and wanted to see if you could help by adding your name.

Our goal is to reach 7,500 signatures and we need more support. You can read more and sign the petition here:

http://chng.it/n6jynNqQGJ

Thanks!
Mohd

23 November, 2019

827: Waktu Menanti

Tak aku nafikan,
penantian itu satu hal yang menyerabutkan, hal yang menyesakkan, hal yang menyempitkan

Hufffff.. 

Selangkah lagi yang akan membawa ke penamat. Langkahan yang penting. Langkahan yang... amat penting.

Semoga langkah yang satu ini terus maju ke depan, tidak ia lemah dah berakhir di situ. 

Amin. 



19 November, 2019

826: Tidurlah

Kalau dah malam, tidurlah. Tak perlu fikir yang pelik-pelik. Hentikan fungsi otak, tutupkan mata. Biarkan yang berlalu itu berlalu.

Tapi semalam aku punya mimpi pelik. Dalam mimpi tu ada aktiviti bonceng skandal aku yang dulu naik moto, tanam bunga dengan jiran, melawan zombie, race rally yang last sekali sebelum aku terjaga. Punya lah pelik.

Sejak aku selalu dikecewakan ini, aku dah lali dengan segala perasaan yang datang. Memanglah ada rasa sakit itu ada, nak mengadu kepada siapa. Kepada orang rasanya tak perlulah, ada yang mengungkit dan ambil kesempatan. Dah pernah berlaku dulu. Sakit otak aku.

Kepada Tuhan lah aku memohon, Tuhan jagakan lah dia untuk aku yang belum mampu menjaga diri ini. Biarpun dia lupa, aku tetap ingatkan dia.

Jiwang.






18 November, 2019

825: Mohon Keberkatan Umur

Assalamualaikum,

18 November tarikh ini
Ertinya, usia aku meningkat setahun lagi

Selamat hari lahir pada diri ini

..

04 November, 2019

824: Teruk

Hampir setahun berlalu, perjalanan aku masih berliku. Apa yang dibuat belum terhasil, sering juga membuat aku terasa tertekan. Aish.

Kerap aku berdiam sendirian. Senyuman ku ukir bila dihadapan mereka sedikit palsu. Heh. Tiada siapa yang peduli sangat pun. 

Pada dia yang ku kasih, aku paham perasaan mu itu. Pernah aku katakan yang aku ini tidak memiliki bulan atau bintang. Tapi, aku rasa ralat seperti telah membuat kau sedikit kecewa. 

Kepada kedua ibu bapa, aku rasa mereka tahu tapi mungkin mereka tidak mahu mengganggu. Maafkan anak mu ini masih belum mampu memberi apa melainkan tenaga ini. 








823: Memulakan Kisah









Bulan lepas terbang ke Terengganu sempena majlis graduasi adik di Unisza. Disebabkan hampir terlewat, masing-masing berlari jalan laju menuju ke pintu masuk yang sepatutnya sudah tutup.

Alhamdulillah, rezeki. Masih dibenarkan masuk ke dalam pesawat.

Yang lain duduk di belakang, aku tiket terakhir beli duduk di hadapan. Diorang kata area ViP, entah aku rasa sama aje cumalah sarung kepala kerusi berwarna merah berbanding yang belakang berwarna hitam.

Sebab masuk lambat, no kerusi aku 4E telah diduduki oleh 4D. Aku rilek aje buat apa kabut. Lagi pun dah tiada yang nak masuk, aku duduk di 4D dengan santai. Lagipun 4D dan 4F tu keduanya gadis, mungkin mereka itu kawan. Jadi biarlah.

Tiba-tiba gadis 4D ke tandas. Setelah kembali, dia memeriksa tiketnya dan bertanya untuk kepastian. Laju 4F menjawab, 4D itu tempat aku duduk. Ringkas. Bermakna mereka bukanlah kawan.

Eh, takkan aku nak duduk ditengah itu, keraslah aku nanti diapit gegadis. Aku tetap di tempat aku tadi dan berkata kepada 4D untuk mengambil tempat di tengah itu.

Peramugara mungkin terdengar perbualan kami, dia menawarkan aku sebaris ruang kerusi yang kosong untuk aku duduk. Yeah, terima kasih bro. Aku berpindah ke tempat yang ditawarkan oleh Peramugara itu. Fuhhh.

Kapal terbang naik.
Kapal terbang mendarat.

Selaku seorang yang Gentleman, haha. Aku membiarkan penumpang lain untuk turun. Aku perhati, gadis 4D laju bangun untuk turun melintasi aku. Tak lama itu, gadis 4F pula bangun akan tetapi dia menghampiri kerusi aku dan berdiri di tepi kerusi aku membelakangi aku, penumpang lain melaluinya.

Adakah dia ingin menarik perhatian aku. Setelah beberapa ketika barulah dia mengambil beg dia dan berjalan pergi sambil menjeling kepada aku.

Malangnya ketika itu aku terlupa membawa kad. Haha. Jadi aku membiarkan gadis itu berlalu mencari jalan kepada jodohnya yang pasti bukannya aku.









Semalam pula, memandu ke Bangi. Ke UKM lebih tepat lagi. Kali ini tiada yang nakal yang mahu menarik perhatian aku sepanjang hari.

Dalam shuttle bas yang hanya ada aku dan satu keluarga itu, aku aman menikmati perjalanan yang lima minit ke dewan graduasi.

Alhamdulillah, semuanya selamat.
Semoga kedua adik aku yang baru selesai graduasi itu dimurahkan dan dipermudahkan rezeki.

Amin










02 November, 2019

822: Tentang Rasa

Sekali sekala bila berseorangan ni dia datang. Perasaan kecewa, perasaan letih, perasaan sedih, perasaan lemah, pendek kata perasaan yang negatif. 

Kemudian hilang motivasi. Kemudian rasa macam dah kecewakan diri sendiri dan orang sekeliling.

Kemudian bila dah tenat, tidur je lah ubat dia. 




31 October, 2019

821: Tiga Bulan


2 biji telur. 

Boleh buat kenyang sampai ke waktu minum petang. Mungkin tidak pada orang lain. 



820: Siapa itu dalam mimpi ini

Mimpi yang baik (sholeh) adalah dari Allah dan mimpi (buruk) adalah dari setan. (Bukhari)

Ok.
Kisah dia simple dan mudah je. Straight forward, mimpi yang tak complicated tapi menjadi tanda tanya.

Dua hari lepas aku bermimpi baru berkahwin. Sebab suasana dalam mimpi tu seperti baru lepas selesai majlis. Cumanya muka perempuan atau isteri aku dalam mimpi tu tak jelas lah, biasalah mimpi. Kadang jelas kadang tidak.

Sempatlah juga aku panggil dia "Sayang" sebelum mimpi itu bernoktah dan aku terjaga.

Bila aku terjaga aku jadi terpinga-pinga, siapakah perempuan itu. Mungkin kah dia atau mungkin kah dia yang lain.





30 October, 2019

819: Ada Lagi

Masih ada lagi ke, semua yang pernah singgah blog aku ini. Semoga kalian semua sihat belaka ya.

2016.
2019.

Hampir 3 tahun lah aku tinggal aktiviti menaip kisah yang mengarut yang rasanya mungkin tiada siapa yang membaca melainkan aku saja. Membaca pun sekadar mengimbau kenangan juga sebagai hiburan.

Masih janggal terasa di sini.

Kebiasannya aku ada di Twitter, itu pun sebagai pemerhati. Atau di Facebook, itu pun promosi bidang kerja aku. Atau di instagram, sekadar berkongsi gambar dan sedikit cerita.

Itulah.
Inilah salam perkenalan.

Assalamualaikum.




28 October, 2016

Refleksi Diri

Melihat kepada buah tangan terbaru dari En Mamat Khalid, Rock Bro!!. Umpama aku melihat ke dalam cermin dan melihat sisi aku terpamer sedikit pada watak yang dibawa oleh setiap pelakon.

Ahhh

Mencari sinar dalam hidup ini, terkadang aku alpa dan lalai. Leka dengan apa yang dunia tawarkan.

Tapi

Sebagai manusia itu adalah ujian. Memang, ujian yang datang itu kita merasakan berat. Berat untuk kita pikul.

Dalam Rock ada scene mereka makan meegi, makan kentang.. Susah. Aku pun pernah merasa. I feel you bro. Walau aku bukan seorang ahli muzik. Situasi kami sama. Ada misi dan cita-cita ...

Ahh, malas untuk aku cerita kisah lama. Nanti perasaan kecewa kembali.

Ada masa, aku rasa kesal dan sesal apa yang telah aku lalui dan apa yang telah berlaku. Haha. Ada masa aku pernah seperti berputus harapan. Terasa hidup seperti kosong dan tiada motivasi.

Aku diam agak lama.
Setelah diam beberapa lama, aku cuba bangkit dan cuba berusaha untuk berjalan walaupun sukar.

Hmmm

Namun aku bersyukur masih diberi rezeki untuk hidup dan bernafas hingga hari ini.

Walau susah mana, juga ada waktu aku menyusahkan keluarga. Adoi.. Mereka tetap masih sayang aku yang menyusahkan ini. Kadang aku terasa macam membebankan mereka, aku sendiri segan.

Aku sayang mereka.

Semoga Tuhan permudahkan segala urusan keluarga aku dan juga urusan aku.

Permudahkanlah Ya Allah.


21 July, 2016

Masih Hujan

Ketika bulan Julai hampir ke penghujungnya, aku lihat tiada tanda-tanda hujan mahu berhenti. Hujan masih turun, kadangkala lebat, kadangkala renyai. 

Langit pula gelap tika malam. Tiada bulan mahupun bintang yang menyumbangkan sekelumit cahaya. Gelap. 

Aku pula masih berteduh dan berharap hujan akan reda semula. 

Sent from my ASUS

24 June, 2016

Terus Yakin

Apabila sendirian, ketika berbaring, duduk, berjalan, mahupun memandu kereta berseorangan. Aku kerap berfikir. Berfikir tentang jalan - jalan yang aku selusuri ini. Patutkah aku teruskan berjalan atau patutkah aku mengambil persimpangan jalan yang lain.

Jalan yang aku lalui kini agak berliku - liku. Kadang - kadang penat juga untuk ditempuh, untuk dihadam.

Untuk menghilangkan lelah, kebiasaannya aku akan berhenti seketika di kedai mamak yang berhampiran sambil menghirup secawan teh sambil memerhatikan gelagat manusia di depan mata. Kadang kala aku juga memerhatikan gelagat manusia di dunia maya yang sering kali membuat aku tertawa sendiri.

Jujurnya, kadangkala aku juga hampir berputus asa. Aku sendiri persoalkan kemampuan aku untuk bertahan lagi.

Bulan puasa bakal tiba ke penghujung dan hari raya bakal menjelma.

Semoga Tuhan Yang Maha Kuasa memberi aku kekuatan bagi menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.



Sent from my ASUS

16 June, 2016

Mengapa Negatif

Kadang kala aku sendiri naik muak bilamana membuka laman sosial sejak dua tiga hari ini. Muak bukan apa. Penuh komen negatif terpampang di sana sini apabila satu isu itu timbul.

Ada yang bercakap tanpa asas, ada yang mencarut, ada yang mengutuk dan bermacam-macam lagi. Pastinya mereka mahu menonjolkan diri dan merasakan diri mereka yang terbaik dari yang lain.

Kadang aku rasa macam nak masuk campur. Tapi, aku rasa membuang masa. Sebab, mereka yang fikirannya dipenuhi dengan perkara negatif dari mulanya amatlah sukar untuk dijadikan positif melainkan suatu perkara yang terkesan terjadi dalam hidup mereka.

Aku rasa, aku belum cukup kuat untuk menjadi faktor pencetus benih positif dalam fikiran mereka. Aku hanya mampu berdoa mereka agar berubah pada suatu hari nanti.

Aku pun tak salahkan mereka jadi begitu, mereka jadi begitu pun bersebab.

Baru-baru ini pelancaran Perdana menjadi mangsa kritikan hebat. Kalau mereka berada di tempat aku, aku bersyukur kerana Perdana akhirnya dilancarkan. Bukan aku saja, mereka yang seperti aku akan bersyukur.

Bukan apa, bila Perdana dilancarkan. Ia petanda permusuhan PM dan Proton sudah mulai pulih. Selain itu, model kereta baru seperti Persona dan Saga dapat dilancarkan mengikut apa yang dirancangkan.

Apa salahnya Perdana meminjam chasis dan design Honda. Di Malaysia Proton dan Honda terletak dibawah satu kumpulan, iaitu kumpulan DRB. Sama formulanya dengan Perodua yang duduk di bawah UMW yang di dalamnya ada Toyota. Lagipun Proton akan menggunakan enjin Petronas untuk model Perdana mereka pada masa akan datang.

Selain itu, khalayak juga perlu faham. Di dalam bidang automotif, design atau binaan chasis sama adalah perkara biasa. Kalau tidak salah aku, chasis Ford pernah diguna pakai untuk beberapa jenama lain. Kos RnD untuk sebuah kenderaan adalah tinggi. Ini bukan seperti membina lego. Untuk menjimatkan kos operasi, mereka meminjam chasis jenama lain. Pinjam di sini bukan percuma. Perlu bayar juga, akan tetapi, kos itu tidak terlalu tinggi.

Kebiasaannya untuk automotif, perkara yang mereka paten adalah teknologi. Teknologi yang dipaten ini boleh dijual kepada pembuat kenderaan yang tidak mempunyai kepakaran membangunkan teknologi tersebut. Ya, sekali lagi aku nak bagitahu. Kos RnD untuk membangunkan teknologi juga tinggi disamping jangka masa yang diambil juga lama. Untuk jalan mudah adalah membeli teknologi bagi pengeluar kereta yang tidak mempunyai dana yang cukup besar.

Proton sendiri pun ada membuat RnD mereka, contohnya, terciptanya enjin CamPro. Selain itu bagi memperbaiki prestasi, Proton ada membeli Lotus. Mereka inginkan kepakaran Lotus dari segi pemanduan. Kalau korang perasan Proton ada dua pemanduan untuk jenis kereta mereka. Pertama Lotus Handling, kedua Proton Handling. Di mana Lotus Handling itu diselaraskan dengan chasis dan design kereta mereka untuk prestasi pemanduan yang sporty; suprima dan preve. Manakala, Proton Handling adalah untuk gaya keselesaan untuk pemanduan.

Ada yang menyalahkan Proton, mereka kata 31 tahun pengalaman masih lagi seperti anak kecil. Kalau korang rajin membaca, banyak syarikat pembuat kereta besar di dunia sudah bertukar tangan. Abang - abang besar yang banyak pengalaman pun banyak yang goyah inikan pula adik kecil.

Berapa lama sangat 31 tahun tu. Sedangkan kita manusia ni umur 67 tahun masih lagi banyak buat silap dan tak sempurna.

Terpulang pada anda nak berkata. Duit anda bukan duit anda pun, sebab nanti kerajaan ambil balik melalui cukai. Hahaha. Duit anda itu bukan milik anda sepenuhnya, ada bahagian orang lain; derma.

Terpulang.


Sent from my ASUS

14 June, 2016

Apa Yang Terjadi

Pandangan yang selama ini aku lihat tenang dan mengilhamkan. Entah kenapa tiba-tiba ia berubah sekejap tadi.

Aku merasakan kosong yang terpancar dari pandangan itu.
Sepertinya aku dapat merasa kesedihan dalam jiwa itu.
Mengapakah begitu?
Ingin aku tanyakan apa yang berlaku.

Namun, aku tersedar.
Siapakah aku untuk bertanya begitu.



Sent from my ASUS

Berdiri Sahaja-lah

Oww..
Berdiri saja.
Tiap kali pun dah diingatkan. Hanya berdiri sahaja. Jangan melangkah atau kau akan jatuh. Jatuh itu sakit.

Memandang dari sini memanglah gayat kalau kau tak biasa. Tapi, tak lama. Kau akan biasa. Kau akan rasa serasi.

Dua pilihan saja.
Berdiri saja atau melangkah jatuh.
Pilih.


Sent from my ASUS

08 December, 2015

Disember tiba

Alhamdulillah syukur dipanjangkan usia kita hingga ke saat ini. Diberi peluang untuk kita melihat esok hari. Diberi ruang untuk kita perbaiki diri.
Alhamdulillah...

Lama betul aku tinggal blog ni, lama tak berinteraksi dengan anonymous di laman maya ini. Anonymous yang jumlahnya beberapa orang sahaja. Aku pasti.

Bulan November selalu orang gelar bulan yang basah, lembab; hujan. Bulan itu juga ada beberapa peristiwa yang mengganggu ketenangan dan ketenteraman jiwa aku. Tapi, itulah hidup. Selagi bernafas, selagi terdaya aku harus terus melangkah dan melangkah dan melangkah dan melangkah...

Pada aku peristiwa aku alami itu kecil dan terpencil jika dibandingkan mereka yang di luar sana. Mereka lebih menderita dan lebih sengsara. Tragis dan sadis.

Alhamdulillah syukur dipanjangkan usia aku hingga ke saat ini. Diberi peluang untuk aku melihat esok hari. Diberi ruang untuk aku perbaiki diri.
Alhamdulillah...



Sent from my ASUS

19 September, 2015

Nota

Petang tadi aku ada banyak masa yang aku tak guna lagi. Jadinya aku guna masa tu untuk menonton sebuah filem melayu yang bertajuk 'Nota'.

Pelakon utama dia, Hans Isaac dan Maya Karin. Pelakon yang jadi orang Sarawak tu aku tak tahu nama dia. Tapi cun juga lah dia berlakon.

Nota ni filem bunuh-bunuh. Hahaha.
Semua orang mati. Buaya pun mati. Habis tu, siapa yang selamat? Tengok la sendiri, ada dah kat Youtube.

Aku nak komen sikit je pasal Maya Karin ni, aku suka tengok dia berlakon ceria-ceria sebab bila dia senyum nampak dia comel sikit lah. Tapi dalam filem ni, banyak pula dia murung. Aku pun jadi stress.

Tapi tak kisahlah.
I'm falling in love with Maya.
Hahah,

Cuma satu nak cakaplah, kalau tengah stress tu janganlah tengok Nota ni. Bukan apa takut salah hadam boleh bertambah stress tau. Awal-awal aku dah pesan nih, jangan cakap aku tak pesan.




Sent from my ASUS

01 September, 2015

Satu pagi merdeka

Satu pagi yang merdeka
Aku lihat sengsara di sini sana
Si miskin terus ditindas si kaya
Yang berkuasa menyalah guna kuasa
Pemuda pemudi leka dan alpa

Aku sendiri jadi lupa
Apakah hari ini sudah merdeka?



Sent from my ASUS

19 August, 2015

Sarapan Pagi Yang Deep Gila

Emmm.
Kawan-kawan aku ni kalau bergurau mendalam maksud dia. Budak-budak sekarang sebut 'deep'. Menusuk ke dalam jiwa terus. Kalau jenis yang kepala angin, aku rasa dah boleh bertekak kejap rasanya.

Ok. Kisah dia begini.
Tersebutlah kisah pagi tadi. Kebiasaannya budak-budak masuk showroom akan beri salam. 'Budak' kat sini refer kepada Sales Advisor lah.

Entah apa angin entah, ada sorang budak ni masuk showroom. Dia menonong je masuk. Kepala berserabut agaknya. Aku malas nak ambik port, aku pandang malas sambil layan komik Initial D kat henpon.

Aku pun kadang malas nak layan dia. Serabut je perangai. Ramai yang suka cucuk dia, bikin dia panas. Hahaha.

Tiba-tiba ada yang menegur.
"Masuk dalam bukan reti bagi salam, dah meninggal kang minta orang sedekah Al-Fatihah.."
sinis dia menyambung sambil membalas whatsApp customer. Yang menegur ni pun jenis suka sakat orang. Tapi itulah, kadang pedih juga ayat yang terkeluar dari mulut dia.

Terkedu kejap budak yang masuk tadi.

Pada masa yang sama yang menegur tadi beri salam. Budak tu jawab salam, kemudian memanjat tangga naik ke ofis.

Lepas budak tu berlalu. Masing2 memandang budak yang menegur tadi. Ada yang tersenyum. Ada yang tergelak kecil.

Makan dalam betul ayat dia...





Sent from my ASUS