Emmm.
Kawan-kawan aku ni kalau bergurau mendalam maksud dia. Budak-budak sekarang sebut 'deep'. Menusuk ke dalam jiwa terus. Kalau jenis yang kepala angin, aku rasa dah boleh bertekak kejap rasanya.
Ok. Kisah dia begini.
Tersebutlah kisah pagi tadi. Kebiasaannya budak-budak masuk showroom akan beri salam. 'Budak' kat sini refer kepada Sales Advisor lah.
Entah apa angin entah, ada sorang budak ni masuk showroom. Dia menonong je masuk. Kepala berserabut agaknya. Aku malas nak ambik port, aku pandang malas sambil layan komik Initial D kat henpon.
Aku pun kadang malas nak layan dia. Serabut je perangai. Ramai yang suka cucuk dia, bikin dia panas. Hahaha.
Tiba-tiba ada yang menegur.
"Masuk dalam bukan reti bagi salam, dah meninggal kang minta orang sedekah Al-Fatihah.."
sinis dia menyambung sambil membalas whatsApp customer. Yang menegur ni pun jenis suka sakat orang. Tapi itulah, kadang pedih juga ayat yang terkeluar dari mulut dia.
Terkedu kejap budak yang masuk tadi.
Pada masa yang sama yang menegur tadi beri salam. Budak tu jawab salam, kemudian memanjat tangga naik ke ofis.
Lepas budak tu berlalu. Masing2 memandang budak yang menegur tadi. Ada yang tersenyum. Ada yang tergelak kecil.
Makan dalam betul ayat dia...
Sent from my ASUS
19 August, 2015
05 August, 2015
Cerita Aku dan Kau
Satu langkah aku maju mendekati, dua langkah kau berlalu pergi. Makin jauh aku mengekori, bertambah jarak kau dan aku ini.
Jadi, aku berhenti.
Kau pun turut sama; berhenti.
Aku berpaling memandang jalan yang telah dilalui. Kini kian menyepi. Aku memandang kau lagi. Samar.
Rintik hujan turun membasahi. Susuk kau terlindung dibalik butiran hujan yang dingin menyelimuti diri aku yang kini semakin sunyi.
Perlahan aku berundur pergi.
Biarkanlah aku sendiri.

26 July, 2015
Vape vs Rokok
Hmmm.
Salam lebaran.
Raya kan sebulan.
Vape vs Rokok.
Aku bukanlah nak bercerita mendalam tentang baik buruk vape atau e-cigar ni berbanding rokok. Alah, senang ceritanya aku bukanlah menyebelahi mana-mana pihak pun. Baik kiri mahupun kanan.
Apa yang aku nak sentuh sikit ni berkenaan sikap atau attitude mereka. Tak salah kalau nak berawan nano ni. Duit korang, suka hati korang la kan nak berawan nano kan.
Apa yang aku tak senang tentang segelintir bebudak yang berawan nano ni kan. Sikap mereka yang terlebih-lebih. Macam nak menunjuk yang diorang lebih style dari orang
sekeliling. Aduiii.. sakit mata aku tengok. Orang cakap perangai serupa budak baru nak up. Depan budak kecil dia hembus, dalam ruang tertutup dia hembus.. senang cerita mana tempat dia rasa nak hembus, selamba dia hembus. Isunya bukanlah asap atau bau-bauan tu. Isunya sikap. Aish..
Sebut pasal budak pula, tadi, baru tadi aku tengok depan mata aku lah tadi. Seorang budak kecil yang masih bersekolah rendah menghisap vape di tempat awam; kedai mamak, sambil menunggu abang dia. Gila. Selama ni aku tengok kat Facebook je, orang bising. Ni live depan mata pula dia berawan nano. Kalau adik aku, aku dah rembat dia. Bukan aku tak nak tegur, masyarakat kita sekarang ni pantang ditegur terus melenting. Contohnya, tu, kes gaduh kat wangsa maju tu. Apa nak jadi la sekarang ni.
Bila cakap budak pula, terkait dengan perempuan pula. Kalau dulu, perempuan yang menghisap rokok tak kisah dia bertudung atau tidak. Seboleh-bolehnya dia cuba selindung rokok yang dia hisap dari mata orang sekeliling. Tapi ada juga yang open;selamba tunjuk. Ok tak kisah. Tapi masih dalam keadaan sopan biasanya; perempuan belakang lorong terkecuali. Haha. Apabila vape ni secara tiba-tiba jadi trend. Macam pesta pulak aku tengok perempuan-perempuan ni menghembus tanpa segan silu. Sama ada di tempat awam atau gambar, mahupun video yang dimuat naik. Rosak oi rosak.
Lagi satu, pada yang tak pernah merokok sebelum ini, mungkin agaknya terkena kejutan budaya pun terjebak sama mengikut trend menghisap vape ni. Bila dah terjebak secara mengejut, tu yang munculnya sikap menunjuk. Adoihlaa..
Aku bukan nak bash mereka yang menghisap rokok atau vape ni. Pada aku sikap dan adab tu kena la jaga sikit walau itu duit korang, hak korang.
Okeh.
Adios.

Subscribe to:
Posts (Atom)