16 March, 2010

ALIEN: Mendarat di Soltura

Di suatu petang tatkala angin air cond bertiup sepoi-sepoi.
Di sampingku terletak segelas cawan yang tidak berisi.
Buntu fikiran aku tatkala kerja - kerja yang penting sudah di siapkan.

Kerja - kerja remeh...
Ahh, biarkan dahulu. Waktu pulang sudah hampir, takde mood nak meng update dan mengemas perkara remeh yang terselit dan bersepah di atas meja aku ni yang dah seperti keadaan hidup masyarakat majmuk. Kertas kerja, brochure, fail nipis, kertas yang dah diguna, kertas conteng dan pelbagai lagi kertas bergaul mesra atas meja aku. Membuat petempatan yang aman disebelah mesin taip yang berteknologi tinggi atau lebih mesra di panggil laptop.

Aku pun melayari internet macam biasa.
Menghabiskan sisa-sisa masa yang ada.

Sedang melayari dan menyelam ke dalam lautan maklumat, aku singgah di emel aku.
Ada emel baru. Pengirim tidak ku kenali.

Jemputan untuk mendarat di sebuah planet bernama Soltura.
Apa itu Soltura?
Check it here.

Aku baru je mendarat dan mendaftarkan diri di planet tersebut.
Belum sempat meneroka dan bermesra dengan penduduk di planet tersebut.
Esok-esok nanti aku review la korang.
Esok-esok tau...

Hak3

12 March, 2010

ALIEN : Terkurung


Rasa kosong
Rasa nak muntah
Rasa seperti penukul menghentam kepala
Berdenyut 
Hampir menghamburkan isinya 
Sistem pernafasan menjadi tidak teratur

Pandang kiri, pandang kanan. Serba tak kena.
Resah, gelisah.
Macam diikat kaki dan tangan
Dipasung di sebatang tiang di padang pasir terbiar
Terbiar sepi 
Terjemur kering di bawah matahari
Menggigil di simbah hujan diselimuti malam

Tak bebas
Helang yang terkurung dalam sangkar
Mundar mandir resah
Naluri dan sifat kejadiannya luntur 
Tumpul tak berdaya

Tanda-tanda sudah kelihatan, perasaan gundah dah terserlah
Tinggal menunggu masa kembali menguasai langit
Persoalannya.. 
Bilakah masanya

09 March, 2010

ALIEN say: Hidupan Angkasa

Kelakar pun ada
Kesian pun ada

Sekali pandang bole la dia register untuk ke angkasa lepas
Dua kali pandang bole la masuk rancangan Raja Lawak.. pesaing untuk Juara baru; Kecik..


Walau ada suara mengatakan, Alex patut menjadi juara. Kecik di tempat kedua dan Idlan ditempat ketiga.
Tapi, dah keputusan muktamad.. rancangan pun dah habis. Yang penting adalah bagaimana mereka mengharungi cabaran untuk beraksi di dunia sebenar.

Tapi aku bukan nak bercerita tentang Raja Lawak Astro. Bagi aku, juri dan pengacara lebih lawak dari peserta. Hak3. Mereka lebih berpengalaman... so so so la kan..

Okeh, lupakan kisah mereka kerana kisah mereka tidak ada kaitan dengan kisah yg aku Copy dan Tampal ni..

Sila lihat gambar dibawah dengan penuh perasaan "WoW~!!!"