31 October, 2019

820: Siapa itu dalam mimpi ini

Mimpi yang baik (sholeh) adalah dari Allah dan mimpi (buruk) adalah dari setan. (Bukhari)

Ok.
Kisah dia simple dan mudah je. Straight forward, mimpi yang tak complicated tapi menjadi tanda tanya.

Dua hari lepas aku bermimpi baru berkahwin. Sebab suasana dalam mimpi tu seperti baru lepas selesai majlis. Cumanya muka perempuan atau isteri aku dalam mimpi tu tak jelas lah, biasalah mimpi. Kadang jelas kadang tidak.

Sempatlah juga aku panggil dia "Sayang" sebelum mimpi itu bernoktah dan aku terjaga.

Bila aku terjaga aku jadi terpinga-pinga, siapakah perempuan itu. Mungkin kah dia atau mungkin kah dia yang lain.





30 October, 2019

819: Ada Lagi

Masih ada lagi ke, semua yang pernah singgah blog aku ini. Semoga kalian semua sihat belaka ya.

2016.
2019.

Hampir 3 tahun lah aku tinggal aktiviti menaip kisah yang mengarut yang rasanya mungkin tiada siapa yang membaca melainkan aku saja. Membaca pun sekadar mengimbau kenangan juga sebagai hiburan.

Masih janggal terasa di sini.

Kebiasannya aku ada di Twitter, itu pun sebagai pemerhati. Atau di Facebook, itu pun promosi bidang kerja aku. Atau di instagram, sekadar berkongsi gambar dan sedikit cerita.

Itulah.
Inilah salam perkenalan.

Assalamualaikum.




28 October, 2016

Refleksi Diri

Melihat kepada buah tangan terbaru dari En Mamat Khalid, Rock Bro!!. Umpama aku melihat ke dalam cermin dan melihat sisi aku terpamer sedikit pada watak yang dibawa oleh setiap pelakon.

Ahhh

Mencari sinar dalam hidup ini, terkadang aku alpa dan lalai. Leka dengan apa yang dunia tawarkan.

Tapi

Sebagai manusia itu adalah ujian. Memang, ujian yang datang itu kita merasakan berat. Berat untuk kita pikul.

Dalam Rock ada scene mereka makan meegi, makan kentang.. Susah. Aku pun pernah merasa. I feel you bro. Walau aku bukan seorang ahli muzik. Situasi kami sama. Ada misi dan cita-cita ...

Ahh, malas untuk aku cerita kisah lama. Nanti perasaan kecewa kembali.

Ada masa, aku rasa kesal dan sesal apa yang telah aku lalui dan apa yang telah berlaku. Haha. Ada masa aku pernah seperti berputus harapan. Terasa hidup seperti kosong dan tiada motivasi.

Aku diam agak lama.
Setelah diam beberapa lama, aku cuba bangkit dan cuba berusaha untuk berjalan walaupun sukar.

Hmmm

Namun aku bersyukur masih diberi rezeki untuk hidup dan bernafas hingga hari ini.

Walau susah mana, juga ada waktu aku menyusahkan keluarga. Adoi.. Mereka tetap masih sayang aku yang menyusahkan ini. Kadang aku terasa macam membebankan mereka, aku sendiri segan.

Aku sayang mereka.

Semoga Tuhan permudahkan segala urusan keluarga aku dan juga urusan aku.

Permudahkanlah Ya Allah.