08 January, 2015

Insiden di pagi yang tenang

Satu petang di kedai kopi. Aku nampak tenang bersantai di kerusi sofa yang disediakan sambil menikmati secawan air asam boi. Ditambah pula cuaca yang sejuk-sejuk segan hujan macam mahu turun atau tidak.

Aku tengah fikir, apa yang aku fikirkan janganlah ditanya. Amat kompleks untuk aku huraikan satu-satu.

Teringat pula aku akan insiden pagi tadi sewaktu aku memandu secara santai ke tempat kerja. Terasa macam aku memandu di litar lumba pula situasinya.

Sebuah lori membawa muatan berisi bahan binaan boleh la dianggap sebagai safety car yang memimpin kenderaan di belakang. Sedang enak aku melayan lagu yang dimainkan di radio, aku terlihat sebuah kereta keluar dari simpang sebelah kanan yang boleh diibaratkan kereta itu baru keluar pit stop. Nak kata laju tu tidaklah. Dia cuba menyelit di kalangan kereta yang dipandu perlahan di belakang safety car tadi. Akan tetapi...

Skreettt! Dummmm!
Berlaga dgn sebuah kereta yang berada selang dua buah kereta dihadapan aku.

Hadoii, speed 40kmj-50kmj pun boleh berlaga. Masya Allah. Apa nak jadi entah.

Pada konklusi aku, kereta yang dilanggarnya itu mungkin tidak perasan atau mungkin tidak mahu bertoleransi dengan kereta yang melanggarnya itu. Soalnya, dimanakah sikap berhemah pemandu-pemandu kita.. Iskh2

By the way, terima kasih kepada Shafarina yang sudih singgah ke blog aku ni ye.

Terima kasih.

Eh. Hujan dah turun tatkala aku selesai menaip.
Hehehe



07 January, 2015

Salam Semua

Alhamdulillah.
Hujan turun membasahi bumi Tuhan lagi malam ini. Aku, seperti biasa bermalas-malasan di atas katil sambil melayan Twitter, Instagram. Facebook dah jarang sangat aku buka, blog ape lagi lah. Hawa sejuk masuk melalui ruang rongga di tingkat yang sedikit. Terasa macam duduk dalam aircond juge lah.

Entah kenapa tiba-tiba gatal menaip di blog semula yang telah aku abaikan sekian lama, mungkin terjangkit dengan Shukri yang katanya mahu kembali aktif. Atau mungkin juga aku rindukan aku semula yang dulu seperti aku rindu pada dia yang ...

Hahahaha
Hahahahaha
Hahahahahaha
Hahahahahahaha
Hahahahahahahaha




23 July, 2014

Oh Bintang


Dia, dialah
bintang yang menyerlah
diantara jutaan bintang
yang berserakan di langit ku

Pada hari yang suram
bintang itulah yang hadir
menjadi seri menghias
mengindahi langit ku

Dialah bintang diantara sejuta
yang indah yang teratas

Keindahan itu
membuatku memujanya
dalam sepi malam ku