14 August, 2013

alien: suatu malam raya

Sekali - sekala terbatuk - batuk.
Gatal tekak ini rasanya. Bila terbatuk badan bergoncang, tak selesa berbaring dengan keadaan begini. Ditambah pula hidung yang tersumbat. Menyesakkan.

Badan pun terasa sengal, menusuk di sendi. Bila tiba malam. Pergh!! Sejuk ya amat.

Bila begini, terasa nak berehat saja. Tapi, belum masanyalah.

Rambut aku pula dah semakin panjang ni. Manja pula. Syampu jenis apa entah yang rasi dengan rambut aku ni, rambut asyik kering je. Bila dah kering mula la menggelabah pakai minyak rambut yang ada Aloe Vera tu. Perlahan - layan dia jadi lembut kembali.

Huh. Lega.

Beberapa hari lagi akan kembali, kembali mencari masalah dan menyelesaikan masalah.

That's what I do for living now.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kepada yang masih mood raya, teruskanlah. Semoga hari raya ini menjadi hari raya yang indah buat kamu.

"Selamat Hari Raya, Maaf Segala Khilaf"






03 August, 2013

alien : Ogos ! Ogos! Ogos!

Sudah masuk Ogos!

Aku masih begini. Masih lagi tiada apa - apa. Tiada itu dan tiada ini. Masih lagi seadanya. Masih lagi berjalan tersangkut - sangkut.

Pohon yang ditanam masih belum lagi berbuah. Walau bunganya harum kelihatan, masih belum ditakdir menjadi buah.

Tidak serik - serik perosak menyerang. Lagi dan lagi. Setiap hari. Aku sendiri letih menahan ancaman mereka itu. Hampir saja aku mengangkat tangan menyerah.

Parang aku benamkan ke bumi.
Kaki ku pasak teguh lagi.

Berbekalkan keringat yang tumpah setiap hari. Aku mesti kuat. Mesti berjuang sebelum tumbang ke bumi.

26 July, 2013

alien : skrip hidup

Aku ini bukanlah seorang pakar jiwa. Aku juga bukan seorang yang pandai menyusun ayat memulakan kata. Aku juga bukanlah seorang yang ahli dalam menyampai nasihat.

Aku ini orang biasa-biasa, yang masih belajar makna hidup. Yang masih belajar untuk jadi manusia. Yang masih serba serbi lompong.

Mereka meminta.

Pada aku, adalah sedikit berat untuk aku melaksana. Bukanlah bermaksud untuk mengelak, melepas tanggungjawab. Bimbang tersilap kata, tersilap pandu jauh menyimpang dari arah asalnya.

Adik beradiknya ada.
Orang yang teristimewanya juga ada.
Jadi, aku berkeputusan untuk menjadi pemerhati dahulu. Mengunyah dan menghadam situasi dahulu. Andai diperlu, InsyaAllah aku sedia membantu yang termampu.

Untuk kini, biarlah mereka hadap dulu.

Semoga segalanya kembali baik-baik semula.