03 March, 2011

alien: sebelum tawaran tamat

Petang ni nak potong rambut.. kumpul rambut tu, jual !!
Agak - agak ada tak yang berminat mahu membeli..
Alah, sedangkan rambut si Bieber boleh dilelong dengan harga USD$ 40,668!
Rambut aku mesti up lagi harga dia kan..

Siapa yang nak bida harga boleh la sms ye dengan kadar yang segera.
Bidaan melalui emel pun diterima.
Ayuh !!




alien: wau yang bebas



gambar dari PhotoMalaya


"... angin, bawalah aku terbang bebas bersamamu ..."





Sedikit info:
Wau atau layang-layang adalah warisan budaya Malaysia.
Terdapat pelbagai jenis wau antaranya wau burung, wau pari .. dan yang paling popular adalah wau bulan. Keindahan wau bulan yang unik telah diabadikan pada wang syiling 50 sen di negara kita. Selain menjadi logo kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Mitos permainan Wau:
Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau" (dipetik dari wikipedia).

Kisah lanjut sini.
Sini website Daftar Warisan.

Nice kan mitos dia ..
Funny but interesting ..

Aku belum pernah main wau bulan.
Layang - layang biasa tu pernah lah main di satu masa dahulu.
Di kampung aku ni permainan layang - layang ikut musim, tapi biasa kita boleh nampak orang main layang - layang di pantai. Di taman dekat Selayang pun ada satu port main layang - layang, diorang main tak ikut musim sebab situ kawasan berangin.

Kepada yang belum tahu.
Layang - layang sekarang dah canggih, tak pakai buluh dah.
Pakai besi pun boleh terbang..

Itu yang kita panggil .. teknologi ~
Hehe

Nak tengok layang - layang atau wau yang unik dan cantik?
Tunggu lah ketibaan "Pesta Wau" ye
Macam-macam jenis ada, dari yang simple hingga yang complicated
Dari yang kecil hingga yang besar 
Ada harga yang cecah ribu - ribu pun ada beb !!

Cool ~
Uniknya wau atau layang-layang ni ..
Satu dunia pun bermain permainan ini ..
Permainan yang bersifat global ..


02 March, 2011

alien: tamatlah kisah fantasi


Sesudah Interlok.
Kini Rayyan Fantasi.
Kemudian.. belum tahu lagi.

Rayyan Fantasi, sebuah kisah Fantasi Thriller.
Kisah misteri. Kisah permbunuhan. Tidak sarat dengan kisah percintaan.
Santai~

Sedikit sinopsis:
Rayyan Fantasi mengisahkan tentang seorang anak muda yang bernama Aiddin, berasal dari daerah pergunungan Kundasang, yang mana rahsia susur galurnya dengan sengaja dirahsiakan oleh ayahnya Ibrahim. Ketika melanjutkan pelajaran di UKM, dia telah bertemu dengan Feena dan jatuh cinta. Kemudian...mereka pun bertunang. Dalam usia seawal 20-an itu, Aiddin tidak menyedari sesuatu telah merubah kehidupannya. Dia kerap pengsan. Setelah mendapat rawatan, doktor mengesahkan Aiddin menghidap barah otak tahap empat dan diramal hanya mampu hidup dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Pada bulan terakhir kehidupannya, Aiddin mengimpikan untuk mendaki gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana tetapi dia hilang semasa menuruni gunung itu. Kehilangannya sangat menggemparkan. Usaha mencari dan menyelamat dilakukan dengan giat namun Aiddin tidak juga ditemui. Hari demi hari, bulan bertukar tahun...dan lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dari kawasan hutan pergunungan. Sejak itu...berlaku beberapa siri pembunuhan ngeri. Aiddin pula kerap mendengar bisikan perempuan.