14 February, 2011

alien: bukan anak aku

Anak buah yg baru mencecah umur 1 bulan
Gambar bawah ni masa dia baru lahir
Baru lahir dah pandai main mata ooo ~


".. ngumpat erk ~.." 
rasanya tu kot yang dia cakap dalam hati dia.
Ngeh3


-Muhamad Faiq Al-Tamis-
Anak kepada abang aku






10 February, 2011

alien: tweet tweet

Ahahahaha 

Dua tahun diperam disimpan
Kali ini baru dikeluarkan kepada umum


Mari - marilah menjadi follower burung biru aku
Klik kat button tu
Nak cara susah roll page kebawah sikit
Pastu perhatikan sebelah kanan
Ada button twitter bawah FB banner
Haaaaaa~
Klik situ pun boleh


"You follow me, I follow you"




09 February, 2011

alien: hidup si rama .. rama - rama

Apa yang nak jadi esok ?
Apa yang jadi beberapa saat kemudian ?
Kenapa hari yang berlalu berlaku demikian ?
Kenapa terjadinya peristiwa begitu ?

Kenapa aku bukan dia ?

Dan macam - macam lagi persoalan timbul dalam akal waras tentang hidup
Dan persoalan itu mungkin ada yang terjawab atau terbiar hilang begitu saja
Macam kejadian alam ini sendiri, penuh dengan misteri
Akal manusia belum tentu dapat merungkai segala misteri dan persoalan itu
Kerana kemampuan ilmu kita terbatas
Walau bagaimana handal kita berusaha tidak akan terdaya mengetahuinya
Memang RAHSIA dan MISTERI

"Ada hikmah pada segala kejadian .."
Begitukan selalu orang tuturkan

Hikmah yang bagaimana ?
Kita sendiri tidak tahu
Bila kita dikurniakan hikmah itu pun kita tidak tahu
Kerana ia sememangnya misteri dan rahsia

Begitukan ..



Baru indah hidup ini
Hohoho 



".. sedangkan ulat beluncas pun tidak dapat meneka samada dia ditakdirkan untuk menjadi Rama-Rama .. "

 Gambar dipinjam dari Google.
















 

Iskh ~
Tadi, dari sebelah surau aku nampak Aidil ... ke ... Zakuan ?