06 December, 2010

alien: Sirap Kahwin

SIRAP, sinonim kelihatan pada sesebuah majlis kenduri kendara.
Keindahan terbayang melihat berjug-jug air sirap mahupun oren tersusun di atas meja sebelum dihidang kepada para tamu yang hadir. Jarang kelihatan kenduri kendara menghidangkan berjug-jug air anggur, air limau mahupun air barli.



Dan permintaan untuk kedua - dua perasa ini dijangka meningkat secara mendadak pada bulan December ini. Acapkali tiba hujung tahun, permintaan kedua perisa ini akan meningkat selaras dengan kehadiran musim cuti sekolah. Situasi ini berlaku, berikutan dengan majlis perkahwinan mahupun majlis berkhatan yang dibuat di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, permintaan untuk perisa lain masih dalam kadar yang sama dan tiada peningkatan permintaan yang luar biasa.

Kadar penggunaan gula meningkat walaupun kerajaan telah menaikkan harga barang tersebut baru - baru ini. Ia tidak dapat dielakkan kerana ianya satu keperluan untuk penyediaan minuman atau memasak dalam sebuah majlis yang besar.

Fenomena ini membawa kegembiraan kepada Pak Tam atau Mak Limah selaku pemilik kedai runcit di kampung - kampung kerana peningkatan hasil jualan secara mendadak. Jualan beras, garam, tepung, kelapa dan beberapa lagi barang runcit meningkat secara mendadak apabila tibanya hujung tahun. Dapatlah mereka menambah tabungan untuk menunaikan haji.

Selain itu, tokey ayam dan daging pula sedikit tersenyum riang dan tidak menang tangan memenuhi permintaan pasaran yang meningkat pada tiap kali tiba akhir tahun, selain dari musim - musim perayaan.




05 December, 2010

alien: Segaris Harapan

Hari ini terasa senyap dalam diri
Cuma yang ada sunyi bersama angin dingin menemani
Aku cuba mencari apa maknanya dan apa ertinya
Tapi, yang ada hanyalah kosong tiada terisi
Aku bangun
Melemparkan pandangan ke sana
Tiada apa
Aku toleh ke arah sana pula
Juga, tiada apa

Aku duduk kembali
Berharap agar senyap akan berlalu pergi






04 December, 2010

alien: Sabar je la Sadik

Pemain Malaysia dilamar kelab Eropah.
Jurulatih tempatan menolak tawaran kelab Jepun.

Header ruangan sukan akhbar itu langsung tidak menarik baginya. Nafsunya langsung hilang dan mati. Dia melipat akhbar tersebut dan meletakkannya di atas meja dan mencapai gelas teh o aisnya. Dia menyedut air dalam gelasnya yang tinggal suku.

"Pak Li, kira !!" lantang dia memanggil tuan kedai selaras dengan rasa ribut yang melanda jiwanya. Dia mengeluarkan wang plastik bernilai RM5.00. Pagi itu dia hanya minum teh o ais saja sebagai alas perut tidak seperti hari kebiasaanya yang mana dia akan memakan 2 bungkus nasi lemak 50 sen di kedai Pak Li itu. Tetapi pagi itu, hanya kerana sms yang diterimanya tadi telah membunuh nafsunya untuk menikmati nasi lemak 50 sen di kedai Pak Li. Langsung hilang nafsunya terkubur begitu saja.

"Kejap, kejap.. !!" balas Pak dari dalam. Dia yang sedang menyiapkan bahan-bahan untuk membuat nasi kerabu terkocoh - kocoh keluar dari dapur.

"Ada pun.." Sadik mengeluh sendiri ketika melihat Pak Li yang sedang menuju ke arahnya. Beberapa pekerja Pak Li sedang mengemas dan menghias meja di hujung sana. Menurut mereka, Pak Semail telah menempah meja di sudut hujung itu untuk menjamu pekerja - pekerja di ladangnya sebentar lagi.



"Teh o ais ye, RM1.45 je .." sambil tersenyum Pak Li berkata dan menghulur resit bayaran kepadanya.

"Oh.."
"Erk.. apa ni Pak Li?" soal Sadik.

"Kenapanyeee..." balas Pak Li inginkan kepastian.
"Ni haa, semalam saya minum teh o ais cuma singgit pat posen je .. hari ni nape singgit pat puluh lime sen?" soalnya kembali.
"Yang tu pak cik nak laraskan dengan harga minuman bersusu .." jawab Pak Li selambe
"Cuba tengok tu haaa .." sambungnya lagi sambil menunjuk ke papan tanda.

Harga semua minuman bersusu RM1.90.

"Itu harga minuman bersusu bukan yang kosong bergula camni.." bentak Sadik tanda protess
"Oh, baru naik hari ni la.. papan tanda belum naik lagi" jawab Pak Li
"Tapi kenapee .." dia masih tidak puas hati dengan jawapan Pak Li itu


Pak Li berlalu pergi setelah memulangkan duit baki kepadanya
Dia terlupa seketika ribut yang melanda kerana mengenangkan air feberetnya telah dinaikkan harga






Itu semua kuasa Pak Li la Sadik !!!
Hohohoho