25 June, 2010

ALIEN: Menerawang

Dulu aku suka melukis.. tapi bila pegang kertas dan pensel, ilham tidak datang.
Tapi bila ilham datang semangat melukis pulak tiada. Err
Suka melukis pemandangan.. 
Kadang-kadang lukis gambar potret kot yang selalu tak jadi bila sampai bab tang mata hidung dan mulut, maka terhasil lah orang tiada muka.. gambar komik Hong Kong pun penah.. 
Melukis untuk menenangkan jiwa sewaktu belajar dulu.

Tiba-tiba, aku minat menulis kata-kata puitis
Bukan lah kata-kata jiwang
Lebih kepada tentang alam.. kisah tentang kehidupan.. 
Orang kebanyakan cakap, sastera la kot.. entahlah. Sasterakah aku?
Sasterawan dalam Malaysia pun aku tak berapa tahu.. erm..

Dari penulisan tu datang ilham untuk menulis manuskrip pulak
Ada beberapa idea yang belum terzahir lagi
Ditambah semangat mengadap laptop yang menipis
Err.. memang sukar menjadi penulis ni kan. 
Komitmen perlu tinggi dan mantap

Aku tengok list post aku da cecah 200 kot
Semua kisah mengarut 
Kah2
Tiada kata-kata puitis pun.. kalau ada sikit je kot
Tiada lukisan hasil tangan aku pun
Semua mengarut
Ish..ish.. ish..

ALIEN say: Sesat ke Tempat Sepi

Hari ini aku cek website Nuffnang setelah sekian lamanya aku tak cek.
Ada la dekat sebulan dua lamanya.

Belek punya belek akaun Nuffnang aku tu.
Oh, ada jugak pelawat yang singgah ke blog aku yg sepi ni.
Ada yang sesat.. lenkali bawak GPS atau peta la..
Ada yang follow.. tu terima kasih
Ada yang tinggal jejak.. macam kisah jejak kasih pulak
Ada yang komen entry.. nasib baik tak pakai pos.. mau drg cas aku duit setem kang
Ada yang saja singgah.. sori la, dalam alam maya takde kuih muih mahupun air la
Macam-macam.. terima kasih singgah..

I got most of visitor from United States (US).
Second from Malaysia. My home country.

Taktau pehal, orang US suka sesat ke blog aku yang sepi ini.
Takde pun kisah-kisah hikayat yang boleh dijadikan filem Blockbuster Hollywood pun..
Takde pun kisah konspirasi yang boleh membangkitkan deria fikir pun..
Takde pun kisah thrill yang boleh melajukan degupan jantung lantas membangkitkan adrenalin pun..
Tiada semua tu.. Hohoho

To US people, when you read my blog post and you find its difficult to understand. Please open dictionary.. or else refer to Google translate. Even the meaning bit differ from real meaning, at least you got some Ideas. Hehehe..
Same applied to people come from outside Malaysian.. you also can refer to Google translate. Is easy to use, just type and choose which language you prefer.. and the job done.. but not too accurate.. Hehehe
There got most of language in the world.. no worry.

Mari ramai-ramai sesat ke dalam tempat yang sepi ini..
Mari !!!

ALIEN say: Hari Pantas Berlalu

Hari ini hari Jumaat.
Esok Sabtu dan lusa Ahad sebelum kembali ke hari Isnin semula.

Cepat dan pantas masa berlalu. Terasa baru semalam melangkah ke tahun baru tiba-tiba bulan Ramadhan akan menjelang tiba.

Pagi ini aku bangun dari tidur dan merasakan Isnin baru je berlalu semalam. Ish2
Semalam pula aku rasakan berada di waktu petang Jumaat. Feeling petang terasa seperti petang Jumaat yang biasa aku lalui.

Aura-aura demam hampir menghinggapi aku dalam dua hari ini.
Tercari-cari panadol dalam bekas di atas meja dapur, tiada. Malas nak ke kedai membeli stok panadol.
Tahankan saja. Nasihat orang dulu-dulu cakap, biarlah antibodi badan kita lawan dulu. Kalau dah rasa macam tak mampu baru pergi jumpa Doktor. Kalau sakit sikit telan ubat, cucuk ubat. Lama-kelamaan antibodi kita jadi lemah kerana badan kita perlu bantuan untuk lawan penyakit. Antibodi ni macam askar dalam badan la kan. Nak kasi kuat jangan manjakan dia selalu. Huhuhu

Keadaan masih terkawal.

Semalam aku ke Serdang bersama bos.
Jadi assistant projek proposal kena turun padang sekali, senang nak betulkan kertas kerja dekat office client.
Tapi tu la, tiada pembetulan.. so aku jadi pemantau je. Bos yg brief client tu. Keh2
Bos kata nak hantar aku ke kelas AutoCAD, kalau company dapat projek yang kitorang tender tu... erk..
Fikiran aku cakap: Biar masa yang menentukan..
Bukan tidak yakin dengan kemampuan diri.. ye ar, aku kan takde basic engineering.. huhuhu
Cuma berkira-kira untuk move out if ada option lain.
Biar masa yang menjadi penentu > ayat popular dalam drama melayu.. hehehe

Hari ini masuk 4 hari aku tak berlari.
Malam ni kena berlari untuk mengejar masa yang pantas berlalu.
Berapa lajukah aku untuk mengejar masa itu?
Iskh2...