Selamat bertunang:
Encik Raja Azwan dan Julia
Kisah berlaku pada Ahad yang lalu, iaitu 4 Julai 2010. Aku, Cikgu Apai dan Sars si pekerja swasta yang berdedikasi menyertai rombongan pertunangan salah seorang bekas rakan serumah iaitu Azwan si pekerja yang cemerlang di Sungai Besar. Tapi aku, apai dan sars gerak asing. Tak gerak sekali dengan keluarga Azwan.
Manakala Najib si juru cakap SIRIM tidak dapat hadir dan menyertai rombongan. Cikgu dan pekerja swasta suspek beliau berdating dengan gadis. Dalam kes ini aku tidak terlibat. Kehkehkeh. Biarkan la, masing-masing dah besau-besau.. dah keroje.. dah bulih dah nak ikut jejak langkah si pekerja cemerlang ni.
Encik Femaw tokey sayoor plak bizi melayan pelawat yang hadir ke ladang sayurnya. Tak cukup tangan katanya, tu yg tak folow tu. Mana nak melayan pelawat lagi, nak melayan pemborong lagi. Pekerja beliau cuti pada hari itu. Yelah, hari sabtu setengah hari.. Ahad Public Holiday.. Isnin boleh lah.. Hehehe
Apa pun, si pekerja cemerlang dah selamat di tunangkan. Bukan oleh kadi sebab ni majlis tunang je bukan nikah.
Jadi semoga cepat-cepat la salam dengan kadi ye, jangan tangguh-tangguh. Orang cakap tak elok tunang lama-lama, berat dugaannya. Jangan tanya aku betul ke tidak sbb aku belum mengalaminya tau.
Well.. dah selamat sorang.
Next !!!
No comments:
Post a Comment