Hari ini meeting dengan satu client.
Yeh, satu company yg terlibat dalam industri tenaga hijau.
Green energy atau di Malaysia terkenal dengan nama Renewable Energy atau di sekitar pelusuk dunia lebih selesa menggunakan nama Sustainable Energy. Ketiga-tiga nama membawa maksud yang serupa iaitu tenaga yang boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh dihasilkan semula tidak seperti bahan bakar fossil iaitu petrol, gas dan kawan-kawannya.
Tapi, di sini aku nak berkongsi sesuatu yang lain. Tidak berkait dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui itu. Ianya tentang hidup, tentang gaya hidup atau lebih dikenali sebagai culture dalam bahasa Inggerisnya. Gaya hidup masyarakat yang mungkin orang macam aku belum dapat lihat dengan mata kasar aku sendiri.
Gaya hidup orang Arab Saudi dan orang Iran. Kesamaan antara mereka adalah agama. Agama yang dianuti mereka adalah agama Islam seperti rakyat melayu di Malaysia yang majoritinya Islam. Tetapi ada sebilangan kecil telah berpaling dari agama suci ini dan memilih jalan yang salah. Moga dibukakan pintu hati mereka.
Sesuatu yang kita tidak tahu mungkin.
Menurut wakil client tu, membuat perniagaan di Iran adalah sukar kerana terdapatnya sekatan dari US. Dan sekali kita buat bisnes dengan Iran adalah sukar untuk kita membuat bisness dengan negara lain di dunia kerana adanya US mencampuri urusan kita di kemudian hari. Tapi aku bukan nak bercerita tentang bisnes di Iran, tetapi gaya hidup mereka. Menurut wakil company tu yang pernah ke Iran, penduduk iran adalah penduduk yang beradab sopan dan menghormati. Mereka juga bertimbang rasa di antara sesama mereka. Ia adalah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati tambahnya. Tempat yang mengamalkan ajaran dan budaya Islam.
Walaupun serumpun iaitu berada di Semenanjung Arab.
Tingkah laku penduduk Arab Saudi adalah berbeza. Menurut wakil company tu lagi, penduduk Arab Saudi adalah kasar. Maaf, bukan hendak mengata. Aku cuma berkongsi cerita dari apa yang diberitahu oleh wakil company itu. Mereka tak segan-segan membuat jahat walau di tangan mereka memegang tasbih. Masya'Allah~.. Tingkah mereka berbeza dari penduduk Iran. Tapi aku percaya ada sebilangan dari mereka yang baik. Seperti pepatah "Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk". Mereka-mereka yang berperangai buruk inilah yang merosakkan pandangan orang lain kepada bangsa dan masyarakat mereka. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Jadi, tatkala kita bersiar-siar di ibu kota terutamanya di kawasan Bukit Bintang, KLCC dan sekitarnya. Pandangan mata kita mungkin akan terfokus kepada orang Arab yang memakai pakaian yang seperti pelancong dari Barat. Apakah?
Tapi itulah kenyataannya.. perkara ini juga terjadi di negara kita. Di mana ramai antara kita menutup aurat kerana arahan samada arahan sekolah atau peraturan di tempat kerja. Apabila tamat waktu sekolah atau kerja, masing-masing bebas memperlihatkan apa yang mahu ditontonkan tanpa rasa segan silu. Iskh iskh iskh..
Sungguh PELASTIK !!!!
Moga mereka diberi hidayah..
Amin ~
No comments:
Post a Comment