02 July, 2010

ALIEN say: Run Alien Run

Kempen marilah berlari.
Ada ke kempen camtu, salah tafsir kang ramai pulak yang kahwin lari.
Tu belum masuk yang lari dari rumah. Yang langgar lari pulak kene asing kategori.Yang lari dari kelas, lari dari sekolah.
Uish, macam-macam lari ni. 
Macam agak berbahaya je kalau salah guna.
Ehehe..

Bulan lepas aku ada baca artikel bahawa berlari ini boleh menyebabkan ketagihan.
Aku baca kat harian metro ke kosmos. 
Tak pasti lah. Sebab yang aku baca tu hard copy bukan dari internet.
So aku cuba la carik balik fakta-fakta tersebut dari Google.
Tak jumpe lah pulak kan. 

Tapi takpe, seingat apa yang aku baca la.
Berlari ni bagus untuk cardio. Dia kuatkan otot kaki dan menguatkan jantung la.
Boleh juga dijadikan sebagai alat untuk melepaskan tekanan kerja atau kehidupan harian.
Tu bhgian yang positif yang aku ingt la.

Yang negatif pulak, artikel tu tulis.
Semasa berlari otak akan merangsang hormon apatah nama dia yang akan menyebabkan ketagihan.
Jadi, once dah berlari mungkin seseorang akan ketagih untuk berlari dan lari dan lari dan lari..
Tapi yang ni larian bersenam, bukan berlari untuk merompak bank atau meragut.

Erm, kalau jumpe artikel tu. Aku try post la kat sini.

Papehal pun, hari ni nak lari 2km plak. Insya`Allah.
Bagi korang tak jauh kan. Korang kan pakar berlari.
Atlet katakan..

Sebut berlari-lari, teringat aku kisah Forest Gum..
Dialog yg menjadi ingatan semua penonton Forest Gum

"Run Forest... Run !!!"

Kih2..kih2..

Tahun depan try masuk marathon pulak ah.

2 comments:

Firol said...

ketagih benda baik no hal ...jangan ketagih dadah sudah laaa

alien said...

betul tu..
ketagih dadah merosak masa depan