24 July, 2010

ALIEN : Getah Sekerap tanak Kunyah Sekali ke?

Haramkan chewing gum di tempat awam. Kalau nak makan gak, makan kat rumah je. 
Setuju aku dengan cara Singapura untuk menjamin kebersihan bandar mereka. Tapi rakyat kita pun "pembersih" jugak. Campak sampah merata. Alasan mereka, kalau lantai bersih nanti tukang sapu takde kerja.. apa punya alasan la. 

Aku bukan la anti kepada pemakan chewing gum ni, aku pun ada makan jugak. Tapi getah yg aku kunyah tu takde la sampai menyusahkan orang lain. Sapa makan chewing gum buang merata, elok dikenakan hukuman makan getah sekerap selama 14 hari. Confirm tekak kembang bile dengar perkataan getah @ gum.. hatta perkataan tayar pun boleh membuat perut mereka memulas-mulas. Tu belum sebut getah pemadam, mau muntah hijau agaknye kot..

Itulah dugaan hari Jumat yang panas terik. 
Kalau minggu lepas aku berdepan dengan pemblok dable trable. Minggu ni dugaan dari chewing gum sapa tah makan. Buang rata-rata seb baik tak lekat kat baju. Susah na tanggal ooo...

Seperti kebiasaan, lepas solat Jumaat aku akan singgah di bank atau pejabat pos untuk menguruskan hal yang berkaitan.

Aku pun macam biasa la, 
Vroom vroom ke bank. Parking motor kat tepi jalan bersebelahan motor-motor lain.

Aku turun dan berdiri di sebelah motor sambil menggeliat.. huargh~

Tiba-tiba sesuatu menarik perhatianku, sesuatu yang berwarna putih dan elastik macam getah.
"Ah, sudah..."

Sisa Chewing gum yang memanjang melekat di besi pemegang pada tempat duduk.
"Aish~ " Aku garu kepala memikirkan bila kejadian itu berlaku.

Semasa bertolak dari masjid tadi, elok sejahtera je kondisi luaran motor aku ni. Tiada bendasing yg ikut bersama aku menuju ke bank. Aku jadi musykil.

Aku memerhati sekeliling motor untuk mencari punca. Dan, aku terperasaan.. tepi kasut aku terkena palitan chewing gum yg dibuang merata-rata oleh mereka yang tak bermoral. Bukan itu aje. . bila aku angkat tapak kaki sebelah kanan, elok je segumpal chewing gum tu melekat pada tapak kasut aku. 
Sabar.. orang Malaysia memang camni, suka buang sampah merata dan tak fikir apa kesan perbuatan mereka itu.

Tapi aku heran.. bila aku pijak sisa gula getah tu?
Bila pulak gula getah tu memanjang dan melekat di pemegang besi motor aku?
Kalau orang baling, camne bole melekat kat tapak kasut aku?

Elok je aku vroom vroom dengan penuh gaya sekali . . tiba-tiba terus jadi tak cool~

Iskh2...
Aku dah lama xkunyah mende tu, biasa aku beli Halls jer..lagi layan..

Apapun, syukur la tak melekat kat baju atau seluar..
Kalau tidak haru jugak ooo.. tersiksa nanti

No comments: