08 July, 2010

ALIEN say: Sukar untuk aku menerimanya

Sampai sekarang sukar untuk aku percaya perkara itu.
Sukar untuk aku menerima. Berfikir sekali memang.. iskh2. Fikir dua kali.. lagi la haru. Masuk kali ketiga dah malas fikir, dah memang terjadi macam tu kan.. kene terima jugak lah.

Ini bukan kes Paul si sotong atau kisah Piala Dunia yang macam drama air mata di kaca television tu. Ini kisah benar terjadi, walau aku bukan saksi.. tapi ini kisah benar terjadi di satu lokasi yg terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan awam. Tapi tempat kejadian memang aku kenal, betul-betul kenal. Bezanya aku tidak berada di sana.

Ini bukan khabar angin atau cakap kosong orang kebanyakan. Ia juga bukan satu propaganda atau dongengan semata, ia benar sebenar-benarnya.

Tapi aku masih sukar untuk menerima.. iskh2
Kenapa!!!
Aku tak faham lah...

Kenapa peragut meragut menaiki basikal?

Basikal yang macam ni> klik sini
Budak dalam gambar tu tak terlibat, sila tengok basikal saje..

Kejadian berlaku semalam. Peragut yang menaiki basikal berjaya ditangkap oleh geng geng bermotor kapcai dan anggota polis undercover. Menurut saksi, basikal itu kepunyaan adik nya. Iskh2.. Dah kena tangkap, memalukan keluarga dan menyusahkan masyarakat jer.

Apa kes meragut naik basikal?
Desperate nak duit ke? Kerja la mana-mana.. asalkan Halal..
Uish.. ni bukan zaman Jepun menjajah la, naik basikal attack Malaya.
Koman-koman pun naik la motor, baru la terjadi kejar mengejar yg sengit.. iskh2, naik basikal budak sekolah tak payah kayuh pun dah kantoii..

Aku masih tak faham fikiran peragut tu dengan memilih basikal sebagai medium untuk memudahkan perlarian setelah meragut hak orang lain. Mental kot peragut tu.. tak pun gian meragut, motosikal takde.. basikal pun bole asalkan beroda dua kot.. iskh2
Mesti kena bahan kat balai dengan Encik - Encik polis serta tahanan lain..

Tapi kenapa basikal ??!!!
Kenapa??

2 comments:

farwalis said...

tolong lepaskan dia. dia hanya nak popular tu. dia buat lawak je tu wehhhhhh

alien said...

hahaha...
mental weh
kang otak xsihat kang
kesian~