10 July, 2010

ALIEN : Rahsia Sotong Terbongkar

Kisah si sotong berjaya menarik perhatian peminat bola sepak seantero dunia. Seekor sotong kurita yang mampu meneka team mana yang akan berjaya di Piala Dunia. Sotong yang berasal dari England katanya tapi kini menjadi warga Jerman. "Paul" namanya, rata-rata peminat Piala Dunia tahu kisa sotong ni. Jadi tak perlu lah kiranya aku bermukaddimah panjang.

Apa yang menarik disini, malam semalam aku terdengar perbualan seorang remaja lelaki dengan seorang remaja perempuan di Subway yang berdekatan tempat kerja aku tentang si Paul ni. Dan si lelaki ni pun memberitahu rahsia si Paul kepada wanita itu, nak tahu apa rahsianya? Sila baca yg berikutnya ye..

Apa aku buat situ? Aku bukan lah seorang wartawan untuk cari berita hangat dan sensasi ye.
Lagipun kewartawanan bukan bidang aku. Jauh sekali untuk aku ke situ untuk membuang masa, masa itu emas beb. Lagipun aku berada di situ pada suatu masa yang sesuai untuk terdengar kisah mereka. Bukan niat aku untuk mendengar, tapi kalau dah suara drg satu Subway yang sederhana keluasannya boleh dengar.. camne? ye tak.. jadi terpaksa la dengar jugak. Hehehe.

Tujuan aku berada di situ adalah untuk men'dinner'kan diri sambil menunggu hujan reda untuk berangkat ke Putrajaya; rumah abang aku. Sambil-sambil aku selak buku Malaysia at Random yang menarik, buku yang ringkas yang mengandungi fakta menarik tentang Malaysia yang kadang kala kita sendiri terlepas pandang. Aku tahu pasal buku ni dari Encik Firol melalui Blognya: Konotasi.

Sedang aku enak membaca sambil melihat-lihat jam tangan.
Bermula la dialog penting mereka setelah berbasa - basi tentang world cup.
(Dialog di adjust oleh aku tapi tak lari dari tujuan asal)

Perempuan:  Sotong predict Spain menang Piala Dunia..
Lelaki: Sotong tu tipu.. aku tau trick dia
Perempuan: Tipu apa, semua match Jerman die predict betul apa
Lelaki: Sebenarnya sotong tu suka kuning.. kan Jerman bendera die ada kuning
Perempuan: ........
Lelaki: Nelayan cakap, sotong suka warna kuning yang terang
Perempuan: Abis, lawan Serbia camne bole kalah?
Lelaki: Bendera Serbia kan banyak lagi kuning dari Jerman kan...

Aku: Erk, bendera Serbia ada kuning ke? (dalam hati)

Seorang makcik: You all crita tentang octopus ka? Everywhere people talking about this ooo
Perempuan: Yeah aunty..
Seorang makcik: I`m very fascinated with the octopus ooo.. amazing..
Lelaki: Actually, Octopus tu suka kuning aunty..
(Kemudian makcik tu pergi)

Perempuan: Spain vs Jerman.. kenapa Spain menang?
Lelaki: Kuning Spain lagi banyak dan menarik dari Jerman, pastu sotong tu pilih Spain. Mentaliti pemain jerman down.
Perempuan: Tak kan camtu pun boleh down
Lelaki: Yelah, dah sotong tu pilih Spain..selama ni sotong sokong jerman kan.. then, bila match tu sotong sokong Spain. Jadi drg pun main ragu-ragu sebab tu kalah

Aku: Errr...(masih dalam hati)

Lelaki: Nelayan cakap sotong suka kuning.. ko tengok orang candat sotong, kenapa dia pakai lampu kuning?
Perempuan: Sebab sotong suka warna lampu tu.

Aku: Entahlah, masing-masing ada pendapat sendiri (dalam hati lagi)

Itulah serba ringkas tentang perbualan mereka tentang si Paul ni. Betul atau tidak bukan aku yang menentukan. Kadang kala kejadian atau peristiwa dalam dunia ini akan lebih menarik kalau ianya terbiar misteri dan tidak terungkai. Menjadikan ianya lebih bermakna. Hehehe

Apapun, suara mereka yang agak kuat menggangu fokus pembacaan aku. Ceh..
Tapi betul ke si Paul suka kuning? atau keputusan perlawanan antara Jerman telah di tetapkan mengikut Paul, dan team yang kalah akan dibayar?

Pelbagai andaian..
Mungkinkah Paul ni jelmaan syaitan? Hok..
Tapi kita tak boleh la terima percaya camtu je, bahaya oo. Boleh merosakkan akidah nanti.

Yang aku percaya pasal sotong ni satu perkara je..
Sedap di makan ~
Hahahaha

4 comments:

makwe joni said...

yep...sotong goreng tepung mmg seddddddaaaaaaaaaap dimakan

alien said...

yeh, memang setuju~
rangup giless

farwalis said...

ohhh kalau macam tu bendera malaysia kena tukar weh.

'jalur kuning'

alien said...

mana bulih
buruk nanti
tak lawa