Suka tengok cerita hantu tak?
Aku suka la jugak, tapi aku lagi prefer cerita kelakar + aksi.
Animasi pun orait. Sapa nak belanja aku CD movie ke, tiket wayang ke.. sila la msg aku.
Hohohoho
Beberapa hari lepas. Aku boring. Takde ilham. So, aku jalan-jalan di Shopping Kompleks. Pandang kanan kiri, takut ade kenderaan berat yang dipandu laju...err macam nak melintas jalan pulak. Jadi, aku jalan la slow-slow.. cam beratur jugak la. Tapi takde la jem macam Federal Highway diwaktu orang pergi kerja atau balik kerja.
Masa aku jalan tu keadaan jadi macam suram-suram.. ada cahaya sikit.
Tiba-tiba gelap.. gelap gelita. Aku sorang dalam gelap. Dengar suara dari belakang.
Dalam samar-samar aku nampak ada bayang-bayang.. di hadapan aku.
Makin dekat.. makin dekat..
Jelas aku nampak..
Rambut panjang, muka pucat.. jari ada merah-merah..
Menyeringa... wuargh !!!
Seram~
Tapi aku Cool aje.. leks
Sambil sedut air Sprite.. Ahh~ layan...
Hohohoho
Apa?
Ni bukan kisah tipu..
Bukan pengalaman seram aku. Aku tak cakap pape pun kan. Hehehe..
Feel gak layan cerita seram sorang-sorang. Dalam wayang tu ada la beberapa kerat orang.
Bukan niat na layan sorang.. lagi best kalau layang ngn rakan yang sekepala kan. Tapi waktu tu aku perlu ruang untuk bersendiri.. jadi aku pun sendiri la.. Heh
"Haunted University"
Ni la cerita seram yang terbaru aku layan. Cerita dari Thailand.
Kisah hantu ganas, seram dan kelakar.
Best-best... cuba la layan. Ada berani layan sorang-sorang. Wuhuuuu~
Kenapa orang kita dan kisah hantu berkait rapat. Perkaitannya kukuh macam tembok konkrit, sukar na dirobohkan.Siap takut-takutkan anak kecil dengan kisah hantu yang menyeramkan. Kenapa tak ajar mereka doa-doa pelindung diri.. kan lagi baik. Ni la di namakan tipikal pemikiran melayu kot. Susah nak ubah mentaliti camni. Perlu masa...
Jangan la ajar anak anda atau adik anda takut dengan hantu ni. Kerana ia akan menyebabkan terbitnya perasaan takut yang sukar nak dibuang walau dah menginjak alam dewasa. Perasaan takut yang tertanam jauh di lubuk hati.. dalam sedalam-dalamnya..Walau dah hampir pudar masih berbekas. Berani dalam takut.
Kita wajib percaya kepada alam ghaib ni dan segala yang berkait dengannya. Tapi, manusia ni diciptakan Tuhan dengan hebat, kuat. Pegangan agama yang kuat akan menggentarkan Syaitan dan kawan-kawannya. Bila kita takut, ditambah pegangan agama goyah.. tu yang syaitan suka. Die hembus bisikan ke hati. Menyuburkan sisa-sisa ketakutan tadi. Bila dah berjaya, drg pun bersorak. Hasilnya, hidup kita akan di selubungi aura ketakutan. Hohohoho
Orang lama selalu cakap. Orang yang takut disukai oleh spesis-spesis jahat ni. Kenapa ye?
Kat youtube ada sedutan, uncle seekers kata hantu suka kepada mereka yg seksi. Apada, kompom la.. dah tentu. Kan org seksi dijadikan alat untuk menggoda manusia lain. Tapi tak semestinya orang seksi. Orang tak seksi dia pun kacau.. sebab apa? Tanya seekers la... mana aku tahu..
Tapi pada aku, hantu suka ngn bomoh ilmu sesat ni. Kan drg jadikan pendamping.. mintak nombor, tilik nasib.. santau orang..Ni semooo keje sesat.
Pastu fakta yang popular..
Hanya orang terpilih aje bole nampak. The choosen one. Kalau yang tak choosen tu nak tengok gak.. beli DVD.. jgn la ikut cakap org, sapu air kencing kat kening. Kurafat semoo tu, sesat.
Jika kita carik ia, jarang berjumpa..biasenya. Err, buat apa nak cari penyakit.. org gila pun x gila camni. Bertaubatlah. Jangan buat perkara sia-sia. Buang masa jer. Jangan la contoh org barat tu buat rancangan mencari Ghost. Hehehe.. Karang dah jumpe, tak cukup tanah nak lari beb..
Kesimpulannya, jalani hidup kita seperti biasa..
Jangan cari penyakit mencari perkara yang di luar daya pemikiran kita..
Bersyukur dengan nikmat yang ada..
Meminjam kata-kata yang famous...
JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI . . . . . MISTERI !!!!
2 comments:
eh..ku selalu je ajar anak2 buah takutkan hantu..sebab nak s0h tid0 awal..ha3
hohoho..
agak kejam la
Post a Comment