25 February, 2010

ALIEN: Makhluk yang halus dan Antara

Makhluk halus aka organisma membuat onar di dalam perut aku. Rasa panas je. 
Drg tengah berparti ke ape?
Buat fire-camp. Menyanyi sambil mengelilingi api..
"Hoooga.... Hoogaaa..." 

Aku dah menghantar 2 batalion askar untuk memerangi makhluk halus yang membuat onar di dalam sistem perut aku. Aku dah arahkan mereka memadam dan mencegah sebarang kebakaran yang bakal atau sudah terjadi. Misi drg adalah "Seek and Destroy". Tiada kompromi langsung. Tiada belas. Hantar maklumat ke pangkalan data untuk dianalisis agar sistem badan dapat membendung kejahatan makhluk halus pada peringkat awal. 

Mungkin, beberapa batalion bakteria baik diperlukan sebelum sistem badan aku dapat dipulihkan sepenuhnya. 

Hari ni agak kurang, berbanding pada beberapa hari lepas. Macam ada kebakaran dalam perut. Seram weh.. err. Sihat-sihat, dalam perut panas. Hui..


2 hari lepas, anak perempuan rakan sekerja aku dimasukkan ke hospital. Kes Denggi. Menurut rakan sekerja aku yang tinggal di PJ, kawasan tu agak teruk. Nyamuk banyak weh. Jom bakar sampah kasi nyamuk terbang jauh-jauh. Heh. Kasi asap tebal kaw-kaw cam pembakaran jerami kat Utara tu. Tujuan drg na kasi suburkan tanah. 

Tapi, jerami tu boleh buah makanan ternakan. Boleh jugak diguna sebagai sumber bahan api untuk menjana Tenaga Elektrik. Aku tahu secara teori macamana untuk menghasilkan pelan dan memproses janakuasa elektrik dari sumber bahan terbuang.. dari sampah sarap, tanda kelapa sawit yang kosong, jerami, kayu dan lain-lain bahan yang berpotensi untuk menggantikan bahan api fossil dan arang batu yang mahal di pasaran. 

Tapi, secara teknikal aku masih tidak tahu sebab aku bukan seorang engineer. Heh. Kerana ia memerlukan mesin-mesin yang bersesuaian dengan daya dan voltan yang terlibat dalam proses tersebut. Silap perkiraan akan menjadikan risiko yang rendah menjadi tinggi. Aku bukanlah 'Tikus membaiki labu'..

Berbalik kepada denggi.
Kes denggi dah teruk ooo.. lagi bahaya dari kes H1N1. Tiada penawar untuk denggi lagi. Virus ni berevolusi. Menurut pakar, susah nak mencari penawar bagi penyakit yang disebabkan virus.Betul kan?
Hemm... 

Betul ke manusia nie hebat?
Sapa ngaku die hebat adalah seorang yang tak hebat dan tak sedar diri. Manusia ni makhluk yang lemah la beb. Lemah sgt. 

Bukti...
Takut dengan virus berbahaya yang akan menyebabkan kematian... denggi, H1N1..
Tak mampu berdepan dengan perubahan cuaca dan bencana.. taufan, gempa bumi, tsunami..
Hawa nafsu baru suntik hasutan sikit, dah tewas... dengan wang ringgit, makanan... lain-lain pikir sendiri.

Cukup la 3.. kalau banyak sangat, nampak macam gile low class manusia ni. Hek2...
Manusia ni hebat, saja nak bagi korang muhasabah.. nanti xde la kereks..

Manusia ni dicipta sebagai khalifah di bumi. Mentadbir alam.
Mempunyai akal fikiran yang boleh berfikir dan mengeluarkan idea yang bernas.

Hebat kan. Cuma jangan salah guna kehebatan tu. 
Tuhan marah nanti.
Kita kan digalakkan berpesan-pesan antara satu sama lain.

_______________________________________________

Istana Budaya. 26 feb hingga 28 feb 2010
Arahan Eirma Fatimah.

Selepas Natrah. Antara ni akan menjadi persembahan teater kedua aku layan di Istana Budaya. Kedua-duanya hasil Eirma Fatimah.Bezanya Natrah adalah persembahan teater berdasarkan perjalanan sejarah seorang wanita bernama Natrah@Maria; mengenai konflik budaya dan agama. Sila google sendiri. Heh. Manakala Antara adalah teater muzikal. Akan diulas perjalanan cerita nya pada entry mendatang. 

Menurut pembacaan aku di akhbar, ia mengenai kisah dosa pahala. Something like that. Tak boleh ulas panjang-panjang sebab belum tengok. Teater muzikal ni seiring dengan sambutan Maulidur Rasul. Mari meramaikan majlis. Jom beramai-ramai terjah Istana Budaya beb... kasi terjah !!!
*Petikan dari kosmo.
*Petikan dari hmetro.

Susah bila dah ada kaki nak layan teater ni. 
Pantang ade citer menarik. Nak terjah je. Dah addict dengan persembahan teater. Hak.

Bulan April kakak ipar ajak layan teater "Mimpi". Persembahan pelajar UiTM.
Di Istana Budaya juga. Tapi ianya di pentaskan die dewan kedua bukan dewan utama.
Hari tu ada tengok sekali imbas review Mimpi ni. Nice. Agak menarik. Berbaloi untuk dilayan. Tapi macam Antara tu, belum tengok.. jadi aku xle la ulas. Heh.

Layan filem di TV berbeza feel die dengan layan filem di panggung. Begitu juga menghayati persembahan teater. Pasti berbeza rasa dan kesannya. Bagi aku teater lagi puas di tonton. Bilangan hari tayangan yang sedikit singkat menjadikan ianya sesuatu yang istimewa. Persembahan 'live' yang sukar memerlukan para pelakon memberi komitmen yang tinggi dan memerlukan kerja keras dari mereka. ini yang menjadikan teater tu satu produk yang istimewa yang perlu di tonton oleh semua. Sedikit pendapat dari aku yang masih hijau. Heh

Kalau tidak silap aku, di RTM1 ke RTM2.. pada setiap hari ahad. Ada berlangsung teater bangsawan yang telah dirakam. Meh tengok. Aku layan "Tun Mamat" hari tu. Heh. Manakala "Sinbad" aku tak tengok.. 

Apalagi..
JOM TERJAH  teater !!!!


No comments: