Sebegitulah tajuk dia. Hari yang ceria akhirnya. Macam filem. Penamat yang gembira. Permulaan yang sedih. Hahaha
Hari yang aku buntu. Buhsan taktau nak buat apa.
Nak pergi meraikan Chinese New Year. Tak tau nak singgah rumah sapa. Umah client semo aku tak tau. Heh
Rajin pulak aku pergi rumah drg. Drg tak ajak pun. Hehehe
Akhirnya aku membawa diri ke Shah Alam jumpa kawan aku kejap.
Shah Alam membawa ke Klang ke Sijangkang. Panas. Kalau aku cokelat.. dah cair beb.
Kalau aku mempunyai Perusahaan Ikan Masin atau Gereh dalam bahasa jawanya.. pasti aku tersenyum gembira.
Ikan-ikan yang dijemur akan cepat kering dan tidak rosak. Hoh. Gembira.. rezeki..
Kalau hujan sukar untuk menjemur ikan-ikan. Produktiviti pun menurun. Sebab perusahaan aku bergantung kepada cuaca. Kalau hujan pengeringan ikan akan lambat dan hasil tidak berkualiti. Heh.
Tetiba aku teringat ada jemputan kenduri kahwin di Kampung aku.
Mesej dari Ustaz Pisot mengajak untuk ke majlis bersama-sama pada jam 12.30petang..
Aku tengok jam, pukul 11.45 pagi.. Aku membalas mesej tersebut dan mencadangkan untuk kesana pada jam 1.30 petang. Pada fikiranku kiranya dia tidak setuju, aku akan bergerak ke Puchong untuk menghabiskan masa di sana.
Dia bersetuju, lalu aku bergegas meredah panas terik.
Berpeluh. Aku putar kawalan air cond ke penunjuk 2..
Ceh!!! ayat cam novel. Kekeke
Balik majlis.
Rakan aku keciwa sebab tidak dapat berjumpa mempelai.
Sebb mempelai sibuk di touch up ngn mak andam. Jurukamera sibuk nak snap gambar.
Jadi, kirim salam pada ayah mempelai sahaja.
Tidak terus balik ke rumah, melepak di warung ABC bersama Pisot si Ustaz, Akbar kawan orangelily, Orangelily nama samaran si kawan sekolah, Isuzu_aizu bukan nama sebenar yang juga rakan sekolah, Iwa si tunang orang dan Ina si Cikgu Sekolah Menengah.
Tah pape drg merepek dan bergosip. Macam-macam kisah keluar sambil makan ABC dan Cendol.
Cerita perihal zaman kanak-kanak. Cerita pasal budak sekolah.. err Ustaz jumpa Cikgu.. normal la topik die..
Gosip2.. update terkini kisah kawan2...Hohoho
Sambil hirup ABC.. sejuk~
Sedap gak la cendol pakcik tu. Kalau mangkuk lebar sikit pastu letak aiskrim ngn coklat cecair tu.. pergh~ mesti terbaik macam ABC kat Shah Alam. Kekeke.
Sedap makan ABC di hari yang panas terik.
Thanks kepada Isuzu_Aizu bukan nama sebenar, kerana membelanja kami semorang.
Thanks kerana kemerapuan korang berjaya menjadikan hari aku yang bosan menjadi hari yang ceria.
Hak hak. Hak hak.
Masing-masing dengan gelagat masing-masing. Macam masa dulu. Perangai macam budak-budak. Padahal masing-masing umur dah nak cecah suku abad. Tua ~ .. bila la korang nak berubah. Hahaha
Dalam ramai-ramai...
Aku je yang Cool..
Hehehe
7 comments:
cite zaman2 dulu memang best...
cite zaman2 dulu memang best...
cite zaman2 dulu memang best...
ohoooo dia je la yang cool . bluekksss :P
kalo aku cokelat.. dah cair beb.
i like statemnt tu.hehe
mmg panas btui skng..
myjaehee:
yeh, statement dari seorang yg cool
kekeke
salam bro...gelak tawa bawa bahagia namun jgn sampai yg berduka kelak sudah
Post a Comment