06 February, 2010

ALIEN : Aku keliru Apek ??

Gila kuat !!!
Bukan merujuk kepada tenaganya
Bukan merujuk kepada cara dia makan
Tapi, suara dia . . . 

Dia cakap camni "Salamekom !!!" selamba dia jerit depan aku
Macam la aku jauh sebatu dari tempat dia. Tapi aku paham. Aku buat selambe je dan membalas "Morning !!!" dengan nada yang mendatar. Huhuhuhu

Sebenarnya aku dah agak dia akan bercakap dengan gaya yang kuat. Cuma aku tak sangka dia akan menegur aku. Takpe, aku maafkan. Dia bukan la sihat sangat pun.

Dalam bahasa Inggeris cakap, unsound mind. 
Dalam bahasa Melayu yang sopan, fikiran tidak sihat.
Bahasa pasar cakap, kureeeeng.
Pendek kata, dia seorang yang tidak betul. Kurang siuman la. 

Bukan niat aku jawab jawab salam dia dengan ucapan bahasa asing. Bahasa Inggeris bahasa asing jugak la kan.. hehehe. Sebab nya dia beragama lain. Jadi tidak wajib aku balas salam dia kan. Sbb tu aku balas dengan bahasa asing.

Kisah dia camni, aku pusing pusing pusing sambil berlari anak + jalan.. 
Tiba-tiba aku dengar suara.. suara yang kuat..
Ni bukan cerita suspen, so tak payah rasa berdebar-debar ye. Kehkehkeh

"Morning !!!"
"Samlekom !!!"
Suara itu dari arah depan. Aku nampak seorang apek. Pakaian die ok je. Tak menampakkan die seorang yg unsound mind seperti telahan aku pada permulaan cerita ni. Heh.

Sampai sebelah aku je, tatkala bertembung die pun menegur dengan kuat. "Samlekom !!!"..
Dengan muka serius selambe apek tu tegur aku. Muka cam takde perasaan.
Aku balas la "Morning... !!!" 
So, aku teruskan la aktiviti aku.. Lepas tu aku dengar lagi suara apek tu kat belakang aku.
Aku toleh, semua orang yg dia jumpa akan die tegur. Mesra alam apek ni kot. Hahaha

Dah pusing sampai pening + loya + muntah . . tipu je tu.
Aku lepak atas motor sambil meneguk air mati atau air jarang. Plain water la..
Pastu aku nampak apek tu lagi. 
Kali ni apek tu menegur sekumpulan budak cina sedang membuat 'market research' pasal kesihatan kot.
Drg bercakap2 dalam bahasa mandarin kot, ke kantonis. Tah, aku pun tak berapa pasti walau aku penah belajar bahasa mandarin 2 tahun yang lepas. Tak fasih pun. Yang aku tahu.. wo er le.. kekeke

Apek tu macam bercakap dalam nada serius + tegas + marah.
Budak-budak tu melayan sambil ketawa. Hohohoho...

Aku keliru beb.. apek ni sound mind ke unsound mind.. Tapi aku tengok reaksi mereka yang ditegur, muka mereka seperti takut-takut . . ni yang aku keliru beb.. aku keliru . .

Aku keliru menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju 
Rasa resah ku kian celaru 
Dengan ilham ku tempuh

Ternyanyi pulak.. Biar la apek tu. Asalkan die bahagia dalam dunia dia . .
Hehehe...
Kisah seorang apek di pagi hari.
 

2 comments:

sharamli said...

xpe la...maafkan apek tu..hu3

alien said...

hohoho.. saya maafkan