Satu hari dalam perjalanan balik ke rumah..
Aku mendongak ke atas.
Sewaktu berhenti di Lampu Traffik.
Bukan memandang lampu merah tu, melihat awan.. Putih dan tebal..
Terfikir aku sejenak. Lantas neuron-neuron dalam otak aku bertindak balas untuk menghasilkan sesuatu dari proses itu. Maka terhasil lah idea yang pelik-pelik.. Hehehe
Pernah tak korang terfikir...
Hujan turun dari langit.
Menitis dalam bentuk titisan yang akhirnya berkumpul semula ditanah menjadi satu takungan air.. mengalir ke sungai, laut..
Titisan kecil.
Pernah ke korang terfikir, hujan tidak turun melalui titisan. Tetapi segumpal awan selamba membuat jatuhan bebas ke bumi. Apa akan jadi?
Cuba korang tumpahkan secawan air dari ketinggian 3 kaki dari kawan pasir.. tatkala sekawan semut sedang berjalan berbaris menuju ke arah sarangnya.. apa akan jadi?
Bertempiaran lari...ada yg lemas didalam air tu.. bentuk muka bumi berubah..
Jadi kalau ia terjadi di dunia kita.. pasti banyak bencana, rumah hancur. Manusia hanyut.. kesan-kesan lekukan akibat hentaman air juga pasti terlihat disini sana..
Pernah korang terfikir..
Ibu mengandung selama 9 bulan.. lama jugak tu.
Kenapa?
Sebab nak memberi persediaan kepada sesebuah keluarga tu. Bersedia secara mental, fizikal, ekonomi dan lain-lain. Yeah, untuk persediaan.. Perancangan..
Berpandukan contoh diatas.. hehehe
Dapat disimpulkan di sini..
Segala yang terjadi di sekeliling kita terjadi dengan satu proses yang ada sebab di sebaliknya.
Ada sebab terjadi sesuatu perkara.
Ada proses yang terlibat dalam sesuatu perkara. Sama ada proses yang singkat dan mudah atau panjang dan sukar atau diantaranya.. Proses..
Ada sebab mengapa ia berlaku demikian.
Jadi sama-sama la kita berfikir tentang alam dan kejadian alam ni pada hari Jumaat yang mulia ini.
Heehehehe
No comments:
Post a Comment