11 February, 2010

ALIEN say: Tried to Conquer the Earth

Hahahahaha..
Hohohohoho..
Hihihihihi...

Walla~
Funny.. 

Lets start this post with some good feeling..
Happy feeling.. Let laugh together..
Let laugh loud.. 

Hoiye.. hoiye...
Happy Chinese New Year to all who celebrate it.. especially Chinese people.. around the world. 
Let wear red cloth.
Year of tiger.. brave animal, fierce..
Hope this year would bring something to those celebrate it..

Ok. 
End of Happy part.


Lets move to something serious, not too serious actually.. something that concern me.. something that should we as people do.. something that would upset others.

My friend..
She/He argued with one of her/his friends.
She/He feel really upset
Look for me for an advice. Also to express her/his unsatisfied feeling towards her/his friend.
I`m pleased to hear it and give a piece of my advice. Even though I`m not a qualified advisor for this matter. Heh
But I`m a good advisor.. some of my friend said. Not me. Hauhauhuuhauahaa

.....
.........

Jadi, 
Dia pun memulakan bicara. Melalui YM. Sambil aku bermain FB dan membaca novel serta mendengar music.
Multi-tasking. Heh
Otak aku kena bekerja lebih. Bekerja utk susun ayat menasihati kawan aku. Fokus kepada daya kretiviti penulis. Menghayati bait-bait lagu serta mata melilau menafsir komen-komen rakan-rakan FB. Sejak akhir-akhir ni aku jarang menonton TV. Hanya membaca akhbar untuk mendapatkan berita tentang isu semasa. Tapi, sekiranya filem lakonan P Ramlee.. yg lawak-lawak aku tak pernah miss tengok kat TV2. Hehehe

Ada petua mengatakan, dalam sehari perlu sekurang2nya 15 minit untuk bergelak tawa. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit beb. Baik untuk kesihatan badan dan baik untuk membentuk mood ceria dalam diri kita.

Cuba try, korang berduka nestapa selama beberapa minit. Apa korang rasa. Rasa tak best kan. Rasa macam bodoh pun ada kan.. Heh. Jadi sekurang-kurangnya luangkan masa 15 minit untuk bergembira untuk kesejahteraan di masa hadapan. Hidup kene ceria. Senyum selalu.. pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Ketua Kampung Jinjang. Hohoho

Ok. 
Tentang kawan aku tu..
Die rasa bengang ngn kata-kata seorang rakannya yg juga melalui YM.
Rakannya bermegah diri. Merasakan dirinya tergolong dalam golongan elit. Rakannya itu menghina.. teruk sangat tu.. err, merendah-rendah kannya. Seperti dia golongan picisan yang tidak berpelajaran. Padahal org yang tak lulus SPM pun boleh berjaya dalam hidup. 


Pepatah melayu pun ada mengajar.
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" 


Pepatah mat rempit spoil lak
"Di mana ada kemahuan, di situ ada high way.."

Tambahan kawan aku lagi. Kawan dia berbangga, err bukan.. kereks la.. lagi best bahasa dia kan.. kerana dapat berkhidmat dalam salah sebuah Syarikat gergasi di Malaysia merangkap dunia. Lantas rakan die pun berhidung tinggi dan memandang kecil kawan aku ni. Hohohoho. Pada aku, bukan kampeni die.. bakpe die nak kereks.. lain la cam Tony Fernandes ke.. bole la kereks kerana menjadi pesaing kepada MAS yg pada masa dahulu menjadi gergasi udara di Malaysia. Hohoho. Jgn marah ye CEO MAS.. contoh je ni. Tapi encik Tony tak de kerek pulak kan.. biase je.. 


Lebih kurang macam tu la kisah pergaduhan mereka. Aku dah cube memendekkan kisah mereka sambil aku olah untuk jadikan tauladan kepada pembaca yang membaca atau yang sesat ke dalam blog gelap aku ni. Ruang angkasa kan gelap.. sepadan la ngn Alien. Siap title tu hijau menyala.. cam darah Alien.. hohoho

Jadi begitulah kisahnya. Manusia yang kereks kerana kejayaan yang kecil. 
Tuhan baru duga dengan kejayaan, kesenangan. Lupa diri. Lupa asal usul. Tu la yang terjadi pada senario masa kini. Senario = keadaan. Aku bukan merujuk kepada kumpulan Senario ye.. Heh.
Bukan aku nak cakap aku bagus. Hehehe
Bukan aku nak cakap aku iri hati. Hehehe.. ada la sikit jeles.. jeles ngn dengki lain ye.. 


Semua tu hanya ujian kepada kita. Kita diuji dengan pelbagai cara. Dalam pelbagai aspek. Diuji dgn ilmu, harta, kehidupan.. macam-macam.. tgk sekitar korang. Perhatikan dan korang akan sedar semua tu. 

Kita sbgai manusia kena selalu pandang bumi. Takut terpijak paku ke.. sisa-sisa najis ke.. hohohoho


Down to earth.
Merendah diri maksudnya. Jangan lupa diri kelak merana sengsara.


Dalam setiap rezeki kita dapat, ada bahagian untuk mereka yang lain. Bukan hak mutlak kita. Segala kesenangan kita tu bukan hak mutlak kita. Segala kejayaan tu bukan hak mutlak kita. Buka minda tu. Ada bahagian unutk fakir miskin..anak yatim..org yang memerlukan..golongan tidak mampu dan lain-lain lagi. Sebab itu kita dianjurkan untuk bersedekah, diwajibkan berzakat.. kerana untuk berkongsi bahagia dan rezeki kepada meraka yang lain. 
Errr, da macam sesi muhasabah diri.. Hohohoho


Perlu ingat. Jika kita membahagiakan orang lain, kebahagiaan akan datang kepada kita. Cuma kita tidak tahu bila.. sekarang atau di alam sana.. Perlu sabar. Kunci dia..

Hehehehehe..

Lebih kurang macam ni la apa hujah-hujah aku kasi nak bagi kawan aku tu comfort.
Takde la die stress sgt kan.


Dan hari ini dia memaklumkan kepada aku dia sudah dapat kerja setelah menganggur 4 bulan kot. Alhamdulillah, Tak lama la sangat. Ada yang menganggur dekat setahun baru kerja. Ujian semua tu kan.. Jadi manusia kalau tak menempuh ujian tak best la. Baik jadi Alien.. err, jangan.. jadi la benda lain selain Alien.. Aku selaku wakil bangsa Alien tak benarkan korang sertai kami, nanti dah tak misteri kalau ramai Alien. Hehehehe

Pergh,
Dah berjela aku bertaip+celoteh..
Panjang kisah kali ini.. mesti bosan dan mengantuk sapa-sapa yang baca..
Tapi, tu la tujuan kisah kali ini.. boleh jadi Bedtime Story kepada sesiapa yang nak tidur. 
Bagus dibaca di waktu malam untuk mengundang rasa mengantuk.


Dan.
Tunggu kisah aku yang akan datang, kali ini lebih pendek kot.
Boleh dimuatkan dalam kisah pendek untuk kanak-kanak pra-sekolah.
Hehehe

2 comments:

sharamli said...

nak pakai pink je la..ha3

alien said...

hohoho
semalam pakai maroon g soping beli barang dapur