27 February, 2010

ALIEN: Iblis yang Cool

Yeah..
Lakonan yang menjadi dari encik Azhan Rani. Mantap bro~
Brade ni yang jadi Ketua Syaitan dalam teater ANTARA. 

Aku cakap kat encik Azhan ni.
"Mantap r bro.. best2." sambil aku buat thumb up kat die.
"Tapi, penat ah.." sambil tergelak-gelak die membalas.

Bagus r ko bro.
Penat-penat, peminat tetap diutamakan. Tunjuk muka. Hek2
Even ko xde duk kat meja artis untuk sign2. Ko lepak sebelah pintu kuar pun orait wat.
Pastu ktrg belah jauh skit dari dia.
Ramai terjah die.

25 February, 2010

ALIEN: ialah John Travolta


Cuba korang tengok gambar atas tu, bukan yang berdarah-darah tu. Blog aku ni bukan menggalakkan keganasan, jadi abaikan la brader yang berdarah palsu tu ye. Tumpukan mata korang kat abang botak tu. Bukan Faizal B Ismail tu. Tu yang kat gambar tu, Encik John. John Travolta. Dalam filem terbaru die From Paris With Love. 

Cool kan beliau..
Botak~


Tengok.. beliau yang botak memegang senjata. Pergh, terserlah kejahatan beliau ke keheroan?
Entah, aku belum belek-belek sinopsis kisah lakonan Encik John ni.
Karang-karang la. Aku suka lakonan die. Jadi penjahat, penjahat yang cool. Jadi hero, kompom la cool kan.
Sesuai la dengan aku. 
Zaman dulu-dulu aku di gelar Mr Cool.
Cool kan.
Botak~ 


Lagi.. Peluk senjata macam bantal peluk oi.
Kalau aku botak gak, pastu pakai contact lens. Muke aku saling tak tumpah macam Encik John la jugak.
Jangan jeles ok. Aku boleh berubah jadi sesiapa je. Heh, kata spy underground kan.
Cume tang perut kene ejas sikit. Heh
Eh, Encik John pun boroi sikit ape. Betul tak Encik John.



Leks je aku cerita kisah Encik John ni. Macam la dia sedara mara aku, jiran aku ke. 
Tapi dia cool la dalam filem. Macam aku dalam mode berlakon. Heh
Kenapa, aku kasi keluarkan kisah Encik John yang botak? 

Sebab aku dah feeling-feeling macam nak botak gak 2 minggu lepas. Mudah. Tak payah sikat rambut. Bukan malas. Nak jimatkan duit minyak rambut la. Pastu tak payah nak mengelap rambut yang basah. Dah tentu air akan laju turun dan kering dalam sekelip mata. Wah lawei!!!

Tapi masih berbelah bagi. Nak kasi licin ke. Kasi pendek setengah atau suku inci.

Fikir-fikir.
Fikir lagi.

*Gambar diambil dari carian Google

ALIEN say: Jom Belanja Aku Barang Sebaju

Cecah je angka 26hb tiap bulan. Ramai orang yang dah kerja tersenyum riang. Dalam kepala otak masing-masing dah fikir macam-macam. Ada yang fikir berapa ringgit nak simpan bulan ni. Berapa ringgit nak labur. Bagus la tu kan..

Ada jugak yang fikir, nak shopping mana. Nak beli kasut apa, baju apa. Padahal baru seminggu lepas bershopping. Eh, bagus la tu. Shopping ni pun antara terapi untuk meredakan tekanan kerja kan. Heh. Kepada yang poket tebal boleh la amalkan selalu kan. Aku pun selalu shopping ape. Shopping air tin kat kedai Tujuh Sebelas. Cool ~

Ada jugak yang berkira-kira nak belanja kawan. Open table, makan besar bersama keluarga. Bagus-bagus, merapatkan pertalian saudara. Semakin erat, semakin sayang.

Tapi tu semua orang lain. Bagi aku hujung bulan tak menjanjikan apa-apa. 
Bukan la aku tidak memerlukan duit. Duit perlu untuk beli minyak yang mahal. Terbakar jadi asap, macam rokok. Heh, tah pape metaphore aku kan. Perlu la duit tu. Tapi aku hanya mampu tersenyum riang tatkala melihat orang ramai berpusu-pusu beratur di mesin ATM. Takde la pulak drg berebut-rebut macam naik LRT atau Bas tatkala waktu puncak kan. Hehe

ALIEN: Makhluk yang halus dan Antara

Makhluk halus aka organisma membuat onar di dalam perut aku. Rasa panas je. 
Drg tengah berparti ke ape?
Buat fire-camp. Menyanyi sambil mengelilingi api..
"Hoooga.... Hoogaaa..." 

Aku dah menghantar 2 batalion askar untuk memerangi makhluk halus yang membuat onar di dalam sistem perut aku. Aku dah arahkan mereka memadam dan mencegah sebarang kebakaran yang bakal atau sudah terjadi. Misi drg adalah "Seek and Destroy". Tiada kompromi langsung. Tiada belas. Hantar maklumat ke pangkalan data untuk dianalisis agar sistem badan dapat membendung kejahatan makhluk halus pada peringkat awal. 

Mungkin, beberapa batalion bakteria baik diperlukan sebelum sistem badan aku dapat dipulihkan sepenuhnya. 

Hari ni agak kurang, berbanding pada beberapa hari lepas. Macam ada kebakaran dalam perut. Seram weh.. err. Sihat-sihat, dalam perut panas. Hui..

ALIEN say: Perlumbaan Tikus

Aku dah tulis surat untuk pecat org beb. Secara rasmi, menamatkan kontrak pekerja.
Tapi bukan keputusan aku la, aku cuma makhluk picisan kat kampeni tu.
Aku hanya menurut arahan pihak pengurusan je. 

Pasni bole la aku try feeling jadi cam citer apprentice tu.. bukan jadi Donald Trump. Bukan org kanan mahupun kiri. Aku hanya watak picisan yang banyak peranan di kampeni tu... Jadi aku sesuai menjadi penjaga lif sambil menjadi Penjaga pintu tower tu. Watak sampingan je. Cool ape..

Tapi tak salah kita bermimpi untuk jadi hebat macam para ilmuan, para jutawan, para karyawan.. para wan wan semua tu.. 

"Cacing nak jadi Naga.."

14 February, 2010

ALIEN : Hari Yang Ceria Akhirnya

Sebegitulah tajuk dia. Hari yang ceria akhirnya. Macam filem. Penamat yang gembira. Permulaan yang sedih. Hahaha
Hari yang aku buntu. Buhsan taktau nak buat apa.
Nak pergi meraikan Chinese New Year. Tak tau nak singgah rumah sapa. Umah client semo aku tak tau. Heh
Rajin pulak aku pergi rumah drg. Drg tak ajak pun. Hehehe

Akhirnya aku membawa diri ke Shah Alam jumpa kawan aku kejap. 
Shah Alam membawa ke Klang ke Sijangkang. Panas. Kalau aku cokelat.. dah cair beb. 
Kalau aku mempunyai Perusahaan Ikan Masin atau Gereh dalam bahasa jawanya.. pasti aku tersenyum gembira.
Ikan-ikan yang dijemur akan cepat kering dan tidak rosak. Hoh. Gembira.. rezeki..
Kalau hujan sukar untuk menjemur ikan-ikan. Produktiviti pun menurun. Sebab perusahaan aku bergantung kepada cuaca. Kalau hujan pengeringan ikan akan lambat dan hasil tidak berkualiti. Heh.

ALIEN : Time Freeze

Sekian lama baru aku tersedar sesuatu.
Padahal hari-hari online. Mengadap laptop aku yang dah usang. Prosessor AMD Turion (1.8ghz) versi tahun 2006. Dah 4 tahun la laptop ni. Ngan kapasiti hardisk yang aku tak upgrade. Standart hardisk 60GB je. Penuh dengan gambar-gambar kenangan. Lagu-lagu. Eseimen zaman belajar dulu. Di tambah dengan material-material yang berkaitan.. dan space yang tinggal seperti kapasiti sebatang pen drive.. 4GB camtu. Hehe.

Tapi, aku bukan nak bercerita tentang kisah laptop aku yang usang dan berjasa ni.
Ia betul-betul mengenai masa yang terhenti. Masa yang tak berganjak.

Tengok gambar di bawah,

12 February, 2010

ALIEN : Malas Itu Indah

Teacher's Pet -  Malas



Bila ku pejamkan mata
Segalanya menghampiri
Terlayar rasa semalam
Termanggu sejenak

Malasnya ku melangkah ke sana
Mencari sempadan kehidupan
yang selalu hilang sebelumnya
di sebalik suatu kenyataan 


sesungguhnya malas itu indah
tanpa ku terlibat dengan dosa dosa
dalam berusaha mencari sesuatu


kekurangan di sini
sudah cukup buatku
apa yang ku genggam itulah harapan


kelebihan yang datang
adalah kesyukuran
selagi dapat menyentuh ketenangan
sehingga terasa di jiwa
nikmatnya...

________________________________________
Lagu ni penuh pengertian..
Puitis..
Mampu menaikkan semangat dalam jiwa ku.


"Malas Itu Indah"

ALIEN : Terfikir

Satu hari dalam perjalanan balik ke rumah..

Aku mendongak ke atas.
Sewaktu berhenti di Lampu Traffik.
Bukan memandang lampu merah tu, melihat awan.. Putih dan tebal..

Terfikir aku sejenak. Lantas neuron-neuron dalam otak aku bertindak balas untuk menghasilkan sesuatu dari proses itu. Maka terhasil lah idea yang pelik-pelik.. Hehehe

Pernah tak korang terfikir...

Hujan turun dari langit.
Menitis dalam bentuk titisan yang akhirnya berkumpul semula ditanah menjadi satu takungan air.. mengalir ke sungai, laut.. 
Titisan kecil. 
Pernah ke korang terfikir, hujan tidak turun melalui titisan. Tetapi segumpal awan selamba membuat jatuhan bebas ke bumi. Apa akan jadi? 
Cuba korang tumpahkan secawan air dari ketinggian 3 kaki dari kawan pasir.. tatkala sekawan semut sedang berjalan berbaris menuju ke arah sarangnya.. apa akan jadi?
Bertempiaran lari...ada yg lemas didalam air tu.. bentuk muka bumi berubah..
Jadi kalau ia terjadi di dunia kita.. pasti banyak bencana, rumah hancur. Manusia hanyut.. kesan-kesan lekukan akibat hentaman air juga pasti terlihat disini sana..

Pernah korang terfikir..
Ibu mengandung selama 9 bulan.. lama jugak tu. 
Kenapa?
Sebab nak memberi persediaan kepada sesebuah keluarga tu. Bersedia secara mental, fizikal, ekonomi dan lain-lain. Yeah, untuk persediaan.. Perancangan..

Berpandukan contoh diatas.. hehehe
Dapat disimpulkan di sini.. 
Segala yang terjadi di sekeliling kita terjadi dengan satu proses yang ada sebab di sebaliknya.
Ada sebab terjadi sesuatu perkara.
Ada proses yang terlibat dalam sesuatu perkara. Sama ada proses yang singkat dan mudah atau panjang dan sukar atau diantaranya.. Proses..

Ada sebab mengapa ia berlaku demikian.
Jadi sama-sama la kita berfikir tentang alam dan kejadian alam ni pada hari Jumaat yang mulia ini.
Heehehehe

11 February, 2010

ALIEN say: Tried to Conquer the Earth

Hahahahaha..
Hohohohoho..
Hihihihihi...

Walla~
Funny.. 

Lets start this post with some good feeling..
Happy feeling.. Let laugh together..
Let laugh loud.. 

Hoiye.. hoiye...
Happy Chinese New Year to all who celebrate it.. especially Chinese people.. around the world. 
Let wear red cloth.
Year of tiger.. brave animal, fierce..
Hope this year would bring something to those celebrate it..

Ok. 
End of Happy part.

10 February, 2010

ALIEN say: Akhirnya.. aku memilihnya

Pernah tak korang alami.. bukan Dejavu. Bukan mimpi seram. Bukan juga kena marah mak ayah. Bukan juga pergaduhan antara balak-awek atas sebab yang kecil yang tidak munasabah. Bukan..


Mimpi ngeri pun bukan.. 
Sebab waktu tu terang, cerah, berangin sepoi-sepoi bahasa.. Ramai orang lalu-lalang kat sebelah aku..
Siap bunyi bising lagi. Mustahil la aku mimpi kan..

Tak mungkin juga aku berada di 'alam lain'.
Tak mungkin.. sbb bahasa pertuturan mereka yang lalu disebelah aku.. bahasa melayu ada.. cina ada.. india ada..
Sahih la aku kat dunia realiti kan.

09 February, 2010

ALIEN : Saw Something....

Suka tengok cerita hantu tak?
Aku suka la jugak, tapi aku lagi prefer cerita kelakar + aksi.
Animasi pun orait. Sapa nak belanja aku CD movie ke, tiket wayang ke.. sila la msg aku.
Hohohoho

Beberapa hari lepas. Aku boring. Takde ilham. So, aku jalan-jalan di Shopping Kompleks. Pandang kanan kiri, takut ade kenderaan berat yang dipandu laju...err macam nak melintas jalan pulak. Jadi, aku jalan la slow-slow.. cam beratur jugak la. Tapi takde la jem macam Federal Highway diwaktu orang pergi kerja atau balik kerja. 

Masa aku jalan tu keadaan jadi macam suram-suram.. ada cahaya sikit. 
Tiba-tiba gelap.. gelap gelita. Aku sorang dalam gelap. Dengar suara dari belakang.

07 February, 2010

ALIEN : Cik limah ke mahkamah

I see you in Court !!
Jumpa kat mahkamah...
Aku akan bawak kes ni ke mahkamah..
Kita selesaikan di mahkamah..

Salah sikit.. mahkamah
Silap sikit.. mahkamah
Kurang sikit.. mahkamah
Pantang ada peluang.. saman.. mahkamah

Sekarang ni kalau boleh semua kes nak dibawak ke mahkamah. Dari kes pijak semut sampai kes lapah ikan paus. Dari kisah dalaman ke luaran semua dah terdedah la kalau ke mahkamah ni. Fakta yang salah ditokok tambah menjadi cerita benar. Kisah yang benar seboleh-bolehnya di sangkal menjadi kisah yang salah.  

Sanggup menunggu kes dibicara asalkan diri puas hati. Sanggup lihat yang tertuduh sengsara menanggung beban atas kesilapan kecil yang dilakukan atau tidak pernah dilakukan. Kerana dendam.. Dikuasai perasaan negatif, akal fikiran diletak tepi hanya menurut kata hati. Akal yang waras tidak mampu membendung perasaan yang membuak-buak dan meluap.. perasaan marah dan dendam. 

Mana hilangnya budi bahasa dalam diri jiwa rakyat kita. Penat cikgu sekolah mengajar. 
Sia-sia iklan "Budi Bahasa... Budaya Kita" kiranya rakyat sendiri tidak mempunyai budi bahasa dalam diri mereka. Iklan tu dah macam perbuatan mencurah air ke daun keladi. Tidak meninggalkan kesan, tidak berjaya mendidik. Rugi la beb..

06 February, 2010

ALIEN : Aku keliru Apek ??

Gila kuat !!!
Bukan merujuk kepada tenaganya
Bukan merujuk kepada cara dia makan
Tapi, suara dia . . . 

Dia cakap camni "Salamekom !!!" selamba dia jerit depan aku
Macam la aku jauh sebatu dari tempat dia. Tapi aku paham. Aku buat selambe je dan membalas "Morning !!!" dengan nada yang mendatar. Huhuhuhu

Sebenarnya aku dah agak dia akan bercakap dengan gaya yang kuat. Cuma aku tak sangka dia akan menegur aku. Takpe, aku maafkan. Dia bukan la sihat sangat pun.

Dalam bahasa Inggeris cakap, unsound mind. 
Dalam bahasa Melayu yang sopan, fikiran tidak sihat.
Bahasa pasar cakap, kureeeeng.
Pendek kata, dia seorang yang tidak betul. Kurang siuman la. 

Bukan niat aku jawab jawab salam dia dengan ucapan bahasa asing. Bahasa Inggeris bahasa asing jugak la kan.. hehehe. Sebab nya dia beragama lain. Jadi tidak wajib aku balas salam dia kan. Sbb tu aku balas dengan bahasa asing.

Kisah dia camni, aku pusing pusing pusing sambil berlari anak + jalan.. 
Tiba-tiba aku dengar suara.. suara yang kuat..
Ni bukan cerita suspen, so tak payah rasa berdebar-debar ye. Kehkehkeh

"Morning !!!"
"Samlekom !!!"
Suara itu dari arah depan. Aku nampak seorang apek. Pakaian die ok je. Tak menampakkan die seorang yg unsound mind seperti telahan aku pada permulaan cerita ni. Heh.

Sampai sebelah aku je, tatkala bertembung die pun menegur dengan kuat. "Samlekom !!!"..
Dengan muka serius selambe apek tu tegur aku. Muka cam takde perasaan.
Aku balas la "Morning... !!!" 
So, aku teruskan la aktiviti aku.. Lepas tu aku dengar lagi suara apek tu kat belakang aku.
Aku toleh, semua orang yg dia jumpa akan die tegur. Mesra alam apek ni kot. Hahaha

Dah pusing sampai pening + loya + muntah . . tipu je tu.
Aku lepak atas motor sambil meneguk air mati atau air jarang. Plain water la..
Pastu aku nampak apek tu lagi. 
Kali ni apek tu menegur sekumpulan budak cina sedang membuat 'market research' pasal kesihatan kot.
Drg bercakap2 dalam bahasa mandarin kot, ke kantonis. Tah, aku pun tak berapa pasti walau aku penah belajar bahasa mandarin 2 tahun yang lepas. Tak fasih pun. Yang aku tahu.. wo er le.. kekeke

Apek tu macam bercakap dalam nada serius + tegas + marah.
Budak-budak tu melayan sambil ketawa. Hohohoho...

Aku keliru beb.. apek ni sound mind ke unsound mind.. Tapi aku tengok reaksi mereka yang ditegur, muka mereka seperti takut-takut . . ni yang aku keliru beb.. aku keliru . .

Aku keliru menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju 
Rasa resah ku kian celaru 
Dengan ilham ku tempuh

Ternyanyi pulak.. Biar la apek tu. Asalkan die bahagia dalam dunia dia . .
Hehehe...
Kisah seorang apek di pagi hari.
 

04 February, 2010

ALIEN say: Monologue

Bila langit mendung 
Seraya suasana menjadi gelap
Bersama awam hitam mengiringi bersama hembusan angin sejuk
Gerun perasaan tatkala merenung ke arah langit

Awan mendung, seperti lautan beku yg bergerak sebelum berubah menjadi air hujan. Bertan-tan air terapung di ruang angkasa bumi. Ajaib. Terkumpul menjadi satu. Air dari laut, sungai, lopak, lombong... bersatu di udara membentuk awan yang pelbagai bentuk. 

Aku rasa macam menjadi seekor ikan kecil yg tidak berdaya ketika hujan lebat menggila membasahi bumi. Seperti lautan yg bergelora sewaktu daya dikenakan. Daya hentakan yang kuat yg mampu merubah haluan laut dalam yg tenang. Gempa bumi dasar laut barangkali. 

Ramai yang menyertai aku mencari perlindungan ketika itu. Pejalan kaki, pengguna setia kemudahan awam walau mereka seringkali merungut tentang kelemahan pengangkutan tersebut. Lambat, tersekat di kesesakan lalu lintas, terpaksa bersesak. Memegang sekaki payung tidak cukup bagi menjamin mereka selamat dari keadaan hujan yang ditambah angin kencang. 

Walau memakai baju hujan, aku juga terpaksa berhenti mengambil udara. Memanaskan badan serta melonggarkan sendi-sendi yang menjadi beku di tiup angin sejuk. Juga untuk keselamatan, itu yang utama.

Di kala itu aku terfikir.. 
Apa akan jadi esok. 
Apa akan jadi lusa.

Jika esok dan lusa mengambil masa yang lama. 
Apa akan jadi selang beberapa minit, saat atau detik nanti. 

Seperti cuaca, sukar untuk kita duga. Menurut laporan kaji cuaca, cuaca akan cerah sepanjang minggu. Tapi apa yang terjadi, selang beberapa jam.. hujan turun dengan lebat. Terpaksa membatalkan rencana yang telah dirancang. 

Aku terdiam sejenak, memikirkan persoalan masa hadapan.
Pelbagai perkara muncul di kotak fikiran, pelbagai.. bermacam-macam.. ada suka, ada duka.. sedih, gembira.. Ohh

Aku merapatkan mata seketika..
Diam

Aku tersenyum lantas membuka mata, aku bersyukur.. 
Biarpun aku hanya ikan kecil di lautan.
Biarpun aku tersesat di hutan yg amat tebal.
Biar...

Alhamdulillah..
Aku masih bernyawa. Aku ada DIA. Tempat untuk mengadu...