mahu ke kanan atau ke kiri. Kedua pilihan akan ada akibat.
Pasti ada yang terasa.
"Made your choice now Idiot!!" |
"Di kiri berduri, di kanan pun berduri,
arah mana harus aku tujui"
Kalau sebelum ini, tahun - tahun yang lalu aku tidak menyangka ia akan berlaku dan ia telah berlaku kini. Adakah aku telah bersedia untuknya? roda telah berputar. Antara dua jalan tu; mana satu yang aku tempuh akan merubahkan sesuatu. Merubah pecahan - pecahan yang menyokong laluan hidup aku selama ini. Pecahan yang menjadi sebahagian kisah dan sejarah dunia aku. Pecahan yang kian longgar, menanti derai.
".. atau, perlukah aku menunggu di situ.
menanti sesuatu merempuh; mati"
Boleh saja aku menggerakkan kaki terus; meredah hutan belukar di depan, bukan menuju kiri atau kanan. Rebah, luka, jatuh sendiri. Sejuk, panas, berlapar dahaga. Biarlah aku sendiri; aku dan diri aku sendiri mencari dan mengumpul pecahan baru dari dunia yang pada suatu masa dulu yang pernah bersama aku; selamat datang kawan lama. "Aku datang kembali padamu.. seperti masa lalu". Tapi, aku sendiri ragu akan diri. Masih kuatkah aku untuk mengembara dalam dunia itu seperti dulu. Aku sendiri telah penat sejak kembaraan dulu; mencari-cari pecahan yang menanti derai kini.
"Kawan, memang silap aku,
memang semuanya datang dari aku,
aku yang khilaf..."
Dengan rendah hati, maafkanlah aku.