Kok kok kok~
Kok kok kok~
Dua kali ayam jantan berkokok.
Kipas di syiling berputar perlahan.
Lampu mentol berwarna kuning memancar suram.
Jarum jam berdetik kedengaran jelas; malam kian sunyi.
Cengkerik riang berbunyi berbalas-balas.
Kapal terbang melintasi ruang angkasa di atas rumah, memadam sebentar nyanyian riang cengkerik. Sebut tentang cengkerik. Pesan orang tua dulu, sekiranya cengkerik riang berbunyi pada waktu malam. Tandanya pagi esok akan cerah. Tidak hujan, kalau ada pun mungkin langit hanya mendung.
Tangan kanan menggaru pangkal betis; gatal digigit si nyamuk yang rakus mencari darah. Cuba mencari kelibat nyamuk, tapi tidak berhasil. Kebelakangan ini, fizikal nyamuk - nyamuk agak luar biasa. Saiznya lebih besar dari biasa. Entah kenapa. Agaknya anak - anak nyamuk makan vitamin atau makanan supplement untuk tumbesaran yang sihat macam iklan yang selalu di tV tu kan. Appeton, Weight Gain dan lain - lain yang sekumpulan dengannya.
Kelepap!!
Tamparan ke lengan kanan. Cis. Nyamuk sempat mengelak.
Cicak berbunyi di balik almari. Pasti dia gembira berjaya menangkap serangga untuk santapannya malam ini. Serangga itukah nyamuk. Tak pasti. Boleh jadi belalang, kupu - kupu atau kumbang. Apa juga pun, pemburuan dia berhasil malam ini. Serangga untuknya melangsungkan hidup pada hari esok andai dia tidak mati disembur racun serangga.
Baring menelentang. Pandangan mata ke atas langit - langit bilik.
Jam berdetik dengan jelas seperti tadi. Cengkerik masih lagi riang berbunyi.
Si cicak berbunyi lagi. Murah rezeki dia malam ini.
Masih memandang ke langit - langit.
Mata semakin berat dan telah tertutup sepenuhnya.
Kini suasana gelap dengan tertutupnya mata.
Tapi indera lain masih bebas; telinga masih mendengar bunyi cengkerik, jam dan cicak. Hidung masih cergas menjadi laluan masuk keluar udara. Reseptor rasa kadang - kadang mengesan hinggapan nyamuk yang masih bekerja mencari darah. Sesekali tangan mengibas - ngibas menghalau nyamuk. Perasaan mengantuk langsung mematikan perasaan untuk membunuh nyamuk yang membuat onar. Mulut sedikit terbuka, menguap. Sesekali lidah membasahkan bibir yang kering.
Malam semakin larut.
Sedikit - sedikit laluan ke alam mimpi terbuka, menarik - narik fikiran dan khayalan ke sana. Menikmati indah kehidupan fantasi yang memberi ruang melakonkan watak dalam naratif cerita yang terjana dengan tidak terjangka. Boleh saja menjadi protagonis, antagonis.. ruang itu memberi tanpa ada peluang memprotes. Hanya yang ada menurut. Tahu - tahu saja sudah ada di ruang itu melakonkan watak yang diberi. Apalagi, jadi bingung seketika kerana tidak tahu pucuk pangkal bermula cerita.
Semakin hanyut dan hanyut di dalam ruang itu sama seperti malam yang makin larut.
Ah. Tersentak. Ditarik keluar secara paksa dari set lakonan alam itu.
Persetan! bisik hati sedikit marah.
Si nyamuk cuba mengintai belas kasih di pinggir telinga.
Bicaranya pelik, berbeza dengan manusia; sudah pastilah!
Mengibas - ngibaskan tangan, menghalau nyamuk pergi.
Tiada nafsu mahu membunuh nyamuk. Rasa mengantuk dan kemabukan kepada mimpi mematikan rasa itu.
Teruskan tidur lagi. Berharap akan diberi set yang tadi.
Set yang kena di hati.
Heroin yang seperti Anjelina Jolie, Cindy Crawford, Jennifer Aniston ..
Tiada hero, jangan ditanya kenapa.
Dan adanya robot yang awesome .. ROBOTJOX !! robot dengan teknologi manusia biasa. Old skool yang Futuristik. Ingin berada dalam scene robot lawan robot ini. Menggantikan tempat Achilles.
Gadis - gadis?
Ah. biarkan saja heroin yang seperti Anjelina Jolie, Cindy Crawford, Jennifer Aniston itu tadi bersantai - santai di sana. Kalau kamu mahu mereka di mimpi kamu, silakan cepat. Bukan apa, takut mereka mati terhempap robot yang sedang berlawan .. tapi jangan ambil robotjox itu. Biarkan di situ. Jangan disentuh.
Malam semakin malam, semakin pagi.
Dalam fikiran.
Tertanya - tanya. Bila agaknya Hollywood mahu me'remake' filem ini.
Lupakan sejenak robot - alien yang mahu kuasai bumi.
Michael Bay?
Anyone?
Kok kok kok~
Kok kok kok~
Kok kok kok~
Ayam berkokok lagi.
Berrrrrrkkkkooookkoook laaaa....giiii.
ZzzzZZZzzzZZz..
20 comments:
tido je keje ko kan!haha..:P
aku yakin alien kalau wujud pun, dia bukan lah dalam bentuk robot..haha
Anak Wak Mail:
gile ta tido..
dekat tige pagi time tu ooo
Daddy Ziyyad:
keh2..
dulu masa kecik sanggup tahan ngntuk tengok ROBOTJOX..
juadah berbuka aku gulai ayam today. lol
Zzzzzzzzzzz
(normal tu....)
ni kes lambat tido la ni??
mirachantek:
LOL
gedek!
yeh, memahami
h4ni3:
salah satu puncanya
yah! robotjox ftw!!
aku tak baca lagi entri kau tapi lepas aku nampak robotjox aku terus komen haha.
ok masa utk baca
ko gila!!
robotjox adlah satu obsesi aku masa kecil dahulu
hehehe
haha
[masih tak baca lagi]
cet!
jgn marah kapitan. aku mmg selalu kena ambil mood utk baca cerita pjg2, even cerita aku sendiri hehe
normal la tu..
aku pun kadang camtu gak..
tgk mana2 perkataan yg outstanding je..
kui4
hehe [mahu baca sekarang]
kita mmg bukan pengarah mimpi
kalau kita pengarah mimpi, alamat tak bangun la dari tidur kan
ya. betul. dan takde butang rekod. nak juga aku tgk balik makwe hot yg gesel ke aku time mimpi tadi
haha. ok bulan puasa, tutup cerita
ok.
case close.
Nasib baik abang aku ada bele pemukul lalat elektrik, kerja meletupkan nyamuk atau serangga menjadi mudah..
1st time aku tengok Robot Jox tu Alien, ketinggalan pulak rasa hehehe. Style jugak diaoang buat robot2 tu walau nampak sangat keras.. tu tahun bila ek?
entah la taun berapa..
rasanya time aku darjah satu iaitu 1992 kot..
hehehe
Post a Comment