09 August, 2011

alien: mati hidup semula

Seken chan..
[sebut sebagai Second Chance bukan Sekinchan]

Seken chan atau peluang kedua. Adakah releven di fikiran kalian?
Mengambil istilah 'tidak semua manusia sempurna'. Tiap orang pasti pernah membuat kesilapan. Sama ada kesilapan kecil atau kesilapan besar; ia tetap dipanggil kesilapan. Tua, muda.. lelaki, perempuan.. tak terkecuali, semua termasuk dalam definisi 'tidak semua manusia sempurna'.

Dengan anugerah akal fikiran yang diciptakan khas untuk manusia. Sepatutnya kita dapat memperbaiki kelemahan yang menyebabkan kesilapan itu secara berperingkat - peringkat. Tingkah laku dan perbuatan hanya dapat diubah dengan perlahan - lahan atau melalui kebiasaan yang sedikit - sedikit. Seringkali perubahan mendadak tidak memberi impak yang dalam menusuk ke jiwa; tidak memberi pelajaran untuk diri pada masa mendatang.

Seken chan

Manusia yang bijak, sepatutnya memandang kesilapan orang lain itu sebagai satu pelajaran untuk dirinya dan pengajaran untuk orang yang melakukan kesilapan itu. Tidak semua mereka yang membuat kesilapan itu tergolong dari mereka yang tidak baik. Jangan kerana hanya satu kesilapan yang mereka buat telah menutup semua kebaikan yang selama ini mereka curahkan; walau itulah hakikat kehidupan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Berilah mereka ruang untuk memperbaiki keadaan kerana mereka tidak sempurna. Bantu mereka, fahami mereka. Andai mereka bersikap menolak tandanya mereka tidak pernah belajar dari kesilapan diri mereka; maka jauhilah mereka. Jangan menyusahkan diri kalian menarik mereka dari tepi jurang itu, takut kalian terjerumus masuk sama.

Ya, memberi maaf itu mudah semudah kita bercakap  A - B - C. Tapi, proses untuk melupakan itu paling sukar. Selalunya mereka akan kata 'time will heal our wounds'. Masa. Soalnya berapa lama yang diambil untuk itu. Tiada tempoh masa yang tertentu. Mungkin ada yang secepat sehari dua, ada yang berminggu atau bulan, atau ada yang mengambil masa bertahun.. masa yang akan menentukan dan kalian sendiri yang menentukan cepat atau lambatnya proses itu. Konsepnya, perlahan - lahan.

Roda selalu berputar. Jadi, selalu perlu beringat. Mungkin pada masa mendatang kita berada di tempat mereka. Mungkin saja dan tidak mustahil itu berlaku.

Berilah maaf kerana maaf akan membuat kita gembira. Juga menjadikan kita rasa senang. Hidup hanya sekali, jadi jangan bebankan diri dengan silap mereka yang lain pada diri kita. Beri ruang untuk mereka berubah dan menjadi lebih baik dari hari ini secara perlahan - lahan.

Jadi pendapat kalian?

A. Beri mereka ruang
B. Tiada istilah Peluang Kedua
C. Lain-lain (Sila komen)



- sekadar pendapat saja, tiada merujuk kepada individu atau kumpulan atau yang masih ada dan yang telah pergi.





12 comments:

sharamli said...

saya tengah hitamkan ruang jawapan A

uncle gedek said...

semua orang berhak mendapat Seken chan yang dedua kali...

huh?

ZR said...

saya bulat jawapan A...tp...tp.. kalu dah 2-3 kali perkara yg sama berlaku..nahi seken chan....

bujal X said...

aku bagi peluang kedua tapi ketiga punya boleh kamu pergi jahanam? keh keh~

ahmad said...

kebodohan ialah kelakuan yang dicipta untuk diulang, selalunya secara sengaja

tapi aku tetap setuju dgn A

Anak Wak Mail said...

bagi peluang kat dia,,fikirkan kalau kita berada di tempat mereka..=)

wahida said...

saya pernah simpan dendam yg lama pada org yg pernah aniaya saya...skrg dendam tu dah takde sbb saya dah maafkan pun..

tapi luka tu tetap ada dan tak boleh lupa sampai bila2...

salam kenal..

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

xsemua org boleh memaafkan tanpa menyimpan sekelumit igtan thdp kejadian tu

aku bulatkan jwpn A, tp xbermakna aku akan lupe apa yg die pnh buat..so akan lbh berjaga jaga lepas ni

Selamber Rock said...

A tetap jadi pilihan..kalau benda yg sama berulang jugak akan jadi B...dan boleh berubah kepada C (yg mungkin boleh mengakibatkan putusnya silaturrahim)

mirachantek said...

saya tick jawapan A

Daddylicious said...

kadang2 bukan seken chen tapi bila ...itu yg penting..

alien said...

BigDaddyz:
yap..

mirachantek:
ok. A

KoQ:
ikut keadaan semasa kan

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ
a`ah.. hal2 nak melupakan tu mmg part yg sukar

wahida:
salam kenal juga..
um, luka boleh sembuh tapi ambil masa

Anak Wak Mail:
em. yah.

nasyrun:
ye, aku tau ko akan pilih A

bujal X:
ahha~
tiada istilah peluang ke tige.. kan

Kazaztan Team:
tht rite!

gedek!
a`ah
evry1 deserve it

sharamli:
mana2
tak nampak pun