13 October, 2010

alien: separa sedar

Semalam Selangor vs Kelantan.
Dengarnya ada yang meninggal akibat sesak nafas atau bergaduh.
Entahlah ..
Hanya tuhan saja yang tahu, sebab aku tidak berada di tempat kejadian.
Kelihatan scene bolasepak kita semakin meng'ganas' ..
Ini adalah gejala yang tidak berapa sihat, perlu dielakkan.

Pengguna jalan raya kita juga menunjukkan sikap yang rakus.
Memandu dengan laju, tidak berhemah dan membahayakan pengguna yang lain.
Banyak kes kemalangan berlaku di sana - sini, baik pada musim perayaan .. hari cuti .. hari minggu mahupun hari biasa. Tapi, pengguna jalan raya di Malaysia semacam menutup mata dan tidak mahu mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku yang tercetak di dada akhbar.. tersiar di tV mahupun tersebar di Internet.
Bila mereka akan sedar?


Ohoi~


Terasa melayang - layang je hari ni.
Bukan sebab pengambilan dadah... erk !! ubat yg di beri doktor, sebab hari ini aku tidak menelan sebarang jenis ubat termasuklah panadol atau upharmol.
Mungkin efek virus - virus durjana yg belum tewas.

Terasa hari ini juga slow and steady seirama dengan keadaan aku yg masih dalam keadaan separa sedar.
Harapnya esok kembali menjadi normal semula.
Hohohoho






7 comments:

h4ni3 said...

separa sedar takpe
jangan 'tak sedar diri'
hehe ;)

mirachantek said...

haha jangan tak sedar2 dah la

Fnd Rocka said...

Aku minat bola..tp tak cukup samseng nak pergi stadium..sebb sana gaanas.huu.terutamanya yg mlibatkan game kelantan..

Fnd Rocka said...

Tp arwah tu meninggal sebab sesak nafas..bukan sebb keganasan.al fatihah.

alien said...

h4ni3:
erk...
dah sedar2
hehe

mirachantek:
huhuhu..
hari ni dah sedar dah

fndrocka:
aku pun tak cukup samseng
hohoho
main ragbi pun tak ganas cam main bola kan..

mimizuzuhaha said...

pegi lah tido ke rehat ka..mana tau sok sehat dah leh main layang2

alien said...

huhuhu
16 & 17 ni ada pertunjukan layang-layang kat kemuning kalau tak silap lah
semalam macam terperasan kat banner