20 October, 2010

alien: perutusan untuk warga Melaka

"Assalamualaikum,
Salam sejahtera dan selamat pagi semua ...
Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan tahniah kepada negeri Melaka kerana menjadi negeri maju pada 2010. Yang mana pengistiharan itu akan di berlaku pada jam 20:10, pada tarikh 20.10, pada tahun 2010. 
Tahniah sekali lagi..."

Semalam aku berada di Melaka kejap je.
Gambar Ketua Menteri Melaka dah sedia terpampang di simpang - simpang utama jalan untuk sambutan itu.
Dengan tema pengistiharan "Melaka Maju 2010".
Para kontraktor pula bertungkus lumus mengindahkan jalan-jalan utama; menanam bunga, meletak lampu - lampu .. poster, bendera dan sebagainya.
Meriah .. lah

Banyak kawasan industri dah diwujudkan kat Melaka sejak aku tamat belajar di sana yang mana industri itu serba sebanyak membantu untuk menjana ekonomi Melaka. Di samping sektor pelancongan yang banyak menarik pelancong baik dari dalam atau luar negara untuk mengunjung Melaka. Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati hingga wujudnya frasa "Melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia ...". hatta rombongan sekolah pun meletakkan Melaka antara tempat yang wajib dilawati. Hehehe.

Apa - apa pun tahniah lah untuk orang Melaka.



6 comments:

redza said...

tahniah org melaka

h4ni3 said...

maju pemikiran, maju pembangunan, maju teknologi, maju segalanya

Selamat!! :)

Jef Hadi said...

sampai gua kadang bosan ikut sekolah. asyik situ je dia pegi.

mana?

a famosa. jadah?

gadisBunga™ said...

ok. dah lama tak melawat melaka. nanti nak pi tgk apa pulak bezanya lepas dah jadi negeri maju ni..

mimizuzuhaha said...

asam pedas & ikan bakar kat melaka sedap

alien said...

redza:
aku jawap bagi pihak mereka:
sama - sama ye..
hehehe

h4ni3:
maju moral skali weh
hohoho

sastraboy:
situ ada harta karun weh
mana tau ko jumpe jongkong emas dulu kala
Hhohoho

gadisBunga:
sila lah lawat
byk kawasan industri da naek

mimizuzuhaha:
umbai~
umbai~
kekeke
cucur udang alor gajah