31 October, 2010

alien: ikan oh ikan

Tet Tet ..
Ada pesanan ringkas masuk

Tekan - tekan ..
'Weh, kat mana nak cari ikan puyu@betik yang banyak?. Jom serok. Nak buat ujikaji neh...'

Kawan aku kirim sms tersebut

Aku lost
Dah lama tak main parit, cemana aku nak tau parit mana banyak ikan puyu ye tak
Kalau zaman kanak - kanak dulu tau la
Depan rumah aku je ikan sepat dengan ikan puyu meriah
Sekeluarga besar ikan geng si sepat dengan puyu

Kalau lepas hujan, parit jadi jernih
Nampak la ikan tersebut berenang riang ria
Serok je gerenti dapat la
Pastu masuk kan dalam akuarium
Ambik sekali rumpai dia buat hias dan makanan ikan
Hehehe
Nak ikan haruan, keli .. pergi ke parit seberang
Parit seberang dalam dan lebar
Parit depan umah aku cetek je

Hari minggu biasa aku tengok ramai mancing haruan kat parit besar
Harga market haruan ni mahal, sebab tu jadi buruan
Lagipun haruan ni elok sembuhkan luka - luka dalaman
Sebb tu lah, orang perempuan lepas bersalin digalakkan makan ikan haruan neh
Tapi, takde pulak aku nampak orang sebok - sebok cari ikan sepat dengan ikan puyu neh
Hohoho

Aku reply
'Parit dah tak meriah cam dulu lah. Pekata ko carik kat kedai'

Tak kan aku nak suggest kat dia carik kat bendang, sedangkan kampung aku takde bendang.
Tapi memang betul lah. Parit sekarang dah tak meriah macam zaman aku kanak - kanak dulu.



Untuk sesiapa yg tidak mengenali si ikan puyu dan si sepat ni, sila rujuk gambar di bawah. Untuk maklumat lanjut, cari je kat google atau tanya la Jabatan Perikanan. Mudah je kan.



 Ikan Puyu yang kawan aku nak dalam kuantiti yang banyak



Ikan Sepat yang memeriahkan parit cetek depan rumah aku. 
Boleh juga dijumpai di kedai berhampiran dalam bentuk ikan kering.





10 comments:

Anonymous said...

tingat zaman budak2 dulu..aku pon penah brkubang lam parit nk cari ikan nih..parit kg sebelah sbb kt kg aku xde parit...pastu bakar..best fuhh

alien said...

best kan
budak zman skang da kurang aktiviti camni
sibuk men alat elektronik je

Anonymous said...

tak kenal ikan sepat... ikan puyu... kenal ikan nemo je.

h4ni3 said...

ujikaji mende la yg dia nak buat tu
kat parit skrg berudu dgn jentik2 banyak la. hahaha

Jef Hadi said...

gua tau tangkap belut je. kah kah kah. itu pun dah lupalupa ingat teknik dia. haha.

juMa said...

haha..budak2 kg dlu memang berani.msuk parit pon xkisah.thanks membei komen di blog.amat dhargai. ;)

ZR said...

kecik2 zmn plg meriah...skrg nie..sg blkg umah pun dah kering

alien said...

ateeka amer:
hehehe
ikan cantik semo orang kenal

h4ni3:
katanya ujikaji protein
ntah, budak sains ni pelik2
kui4

sastraboy":
keh keh keh
minggu depan kene training tangkap belut weh camni

juMa:
tu la
kalau pas hujan je 'ciblon' aka berkubang kat parit
budak skang mana de

Kazaztan Team:
yeh
zaman kecik2 dulu memang meriah

theorangelily said...

ooo.. budak sains pelik2 ye anas...

alien said...

boleh di kelasifikasikan sbgai pelik
hehehe