04 June, 2010

ALIEN say: Hati Kena Baik

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Hari Jumaat hari yang ceria dan berkat.
Hari-hari lain pun berkat juga cuma hari jumaat ni orang  cakap extra la berkatnye.
Penghulu segala hari kan.

Orang cakap hari jumaat hati kena baik, hari-hari lain pun hati kena baik la.
Kita buat baik, pada masa depan orang lain akan buat baik kat kita.
Itu tatacara hidup la. Kita buat jahat akan dibalas, kita buat baik akan diberi ganjaran.
Orang selalu cakap itu hukum karma.

Tapi hati aku sikit suam la hari ni.
Tadi pergi sembahyang Jumaat, tak jauh dari Office.
Tiap minggu ke situ naik moto, kalau cuti aku sembahyang kat kampung le.



Aku pun parking la moto kat bwk pokok kat celah kereta, mudah nak keluar lagipun redup.
Lepas selesai sembahyang aku pun jalan ke moto, na me'lunch'kan diri sebelum masuk Office.
Alih-alih ada moto Nouvo kaler merah kasi halang laluan keluar moto aku.
Cis..
Aku agak brader tu mesti pakai letak je sebab da lambat datang masjid.
Kalau aku brader tu, mesti laju-laju aku pegi kat motor lepas selesai sembahyang.
Yelah, da tau kita block laluan org kan.. tak kan buat derk je kan..

Hish, aku cool je.
Hari jumaat hari kena baik.
Aku berdiri bawah pokok tu depan moto, berlakon macam aku tunggu kawan untuk masuk dalam kereta
Dekat lima minit baru muncul kelibat brader tu jalan dengan muka tak bersalah
Dia start moto pastu belah.
Haiyaaaa...

2 bulan lepas moto aku penah kena block, tapi pakcik tu cakap gak
"Moto kamu ke?, maaf le"
Bersopan aje..

Brader..brader..

Atas jalan balik office.
Duuuuup...!!
Plastik cawan air melayang keluar dari sebuah kereta dan jatuh berdebuk kat tepi jalan
Erm, macam-macam kempen kebersihan dah dibuat
Tapi tak jalan
Mesej sampai kepada umum, tapi tak melekat kat jiwa mereka
Aduhh...
Nasib baik tak kene aku
Kalau tidak kereta tu aku campak masuk dalam longkang

Tapi takpe
Hari-hari hati kena baik

3 comments:

FarhanaLicious said...

budi bahasa budaya kita, memang dah lama tak dipraktikkan. haih

meo188 said...

salam bro... ape cite :?

alien said...

farhanalicious: mmg lama. dah macam pupus

meo188: sihat2 je, lama xdgr kisah kau