25 June, 2010

ALIEN say: Hari Pantas Berlalu

Hari ini hari Jumaat.
Esok Sabtu dan lusa Ahad sebelum kembali ke hari Isnin semula.

Cepat dan pantas masa berlalu. Terasa baru semalam melangkah ke tahun baru tiba-tiba bulan Ramadhan akan menjelang tiba.

Pagi ini aku bangun dari tidur dan merasakan Isnin baru je berlalu semalam. Ish2
Semalam pula aku rasakan berada di waktu petang Jumaat. Feeling petang terasa seperti petang Jumaat yang biasa aku lalui.

Aura-aura demam hampir menghinggapi aku dalam dua hari ini.
Tercari-cari panadol dalam bekas di atas meja dapur, tiada. Malas nak ke kedai membeli stok panadol.
Tahankan saja. Nasihat orang dulu-dulu cakap, biarlah antibodi badan kita lawan dulu. Kalau dah rasa macam tak mampu baru pergi jumpa Doktor. Kalau sakit sikit telan ubat, cucuk ubat. Lama-kelamaan antibodi kita jadi lemah kerana badan kita perlu bantuan untuk lawan penyakit. Antibodi ni macam askar dalam badan la kan. Nak kasi kuat jangan manjakan dia selalu. Huhuhu

Keadaan masih terkawal.

Semalam aku ke Serdang bersama bos.
Jadi assistant projek proposal kena turun padang sekali, senang nak betulkan kertas kerja dekat office client.
Tapi tu la, tiada pembetulan.. so aku jadi pemantau je. Bos yg brief client tu. Keh2
Bos kata nak hantar aku ke kelas AutoCAD, kalau company dapat projek yang kitorang tender tu... erk..
Fikiran aku cakap: Biar masa yang menentukan..
Bukan tidak yakin dengan kemampuan diri.. ye ar, aku kan takde basic engineering.. huhuhu
Cuma berkira-kira untuk move out if ada option lain.
Biar masa yang menjadi penentu > ayat popular dalam drama melayu.. hehehe

Hari ini masuk 4 hari aku tak berlari.
Malam ni kena berlari untuk mengejar masa yang pantas berlalu.
Berapa lajukah aku untuk mengejar masa itu?
Iskh2...

No comments: