30 June, 2010

ALIEN : Cereka Masa Depan

Petang semalam ketika gerimis di waktu senja.
Aku berbicara dengan Sars (nama samaran). Bukan penyakit Sars tu, ni nama samaran je.
Iras-iras nama pena la.

Tatkala menunggu ketibaan kawan aku yang sorang lagi.
Terpacul soalan dari sars ni.
"Amacam plan? kata nak bukak Futsal Centre sama-sama"
Aku pun membalas
"Kata nak work on paper work.. dah masing-masing senyap"
"Kos tinggi tu.." aku menambah.
"A'ah.. mau cecah RM 500k jugak, sbb kawan aku penah cerita" balas sars kembali.
"Apa kata bukak restoran style mamak?" dia mencadangkan
"Ada satu kedai mamak area tempat keje aku nak tolak dalam RM100k...complete set siap pekerja dia sekali.." dia menambah

Memang dah mencongak dalam jiwa untuk buka perniagaan sendiri, cuma masih berkira-kira untuk menceburi bidang perniagaan yang sesuai.

Ada jugak kawan sekolah lama nak form partnership untuk bisness consultant secara kecil-kecilan.
Mungkin tahun depan akan bermula agresif?
Masih dalam perancangan dan pertimbangan.
Perlu kaji potensi dan peluang. Jika outcome bagus, why not give a shot kan.

Dalam diri dah meronta-ronta nak merasa hasil kejayaan sendiri.
Lagi pun sampai bila kita nak berkhidmat untuk kejayaan orang lain, perlu juga usaha untuk kejayaan diri kan.
Insya`Allah..

ALIEN berceloteh : Lipas tiada kaki

Recently tu cakap bahasa Inggeris.
Baru-baru ini pula cakap bahasa Melayu.

Jadi aku rasa macam menjadi lipas kudung pulak akhir-akhir ini.
Bukan kehendak aku, tekanan kerja yang datang ibarat pasang surut air.
Boleh lemas jugaklah kalau air pasang. Tapi bila air surut, macam-macam boleh kita dapat.
Korek selut jumpa kerang, siput.. ikan pun ada.
Iskh2..

Aku dah mengharungi air pasang ni, skang tengah tunggu air surut beransur-ansur.
Letih la kalau hari-hari balik lewat, esok masuk awal.

Ada juga aku cuba bina rakit untuk ke bahagian yang lain.
Tapi bahan-bahan belum cukup.
Terpaksa mengharungi pasang surut air yang aku sendiri pun tak tahu berapa lama aku dapat tahan.

Letih kalau kerja ini asyik dikerjakan.
Ada kawan aku sorang tu asyik cerita kisah masalah dia, aku penat nak paham masalah dia.
Kadang aku cuba lari dari dia untuk meregangkan otak aku yang sarat ni. Bukan la lari macam marathon tu.
Makna lari ialah mengelak dengan memberi alasan la, untuk refresh balik minda kan.
Kita perlu juga masa untuk diri sendirikan.. rehatkan diri, buat apa kita suka kan..

Pada aku, bukan aku tanak kongsi masalah aku kat dia pulak, dah dia pun bermasalah malas la aku nak tambah masalah dia kan.
Keh-keh.. baik aku selesaikan masalah aku sendiri.

Ada masalah gelak.. senyum
Kadang baca komik main PS tengok tV..
Kasi rehat sikit otak, asyik bekerja selesaikan masalah org lain je.
Kang terkehel otak susah la aku.. hehehe

Tapi skang ni aku tengah pikir satu masalah jugak.. tentang masa depan..
Fikir.. fikir..

ALIEN : Terbang ke Jepun

Finally, Japan out of world cup.
Defeated by Paraguay by penalty.

Overall, match quite ok.

Jepun:
Tiada percubaan terus untuk Freekick yang aku harapkan dari Honda dan Endo. Mungkin kerana pertahanan Paraguay yang begitu ramai yang bertahan menyukarkan sepakan terus untuk Freekick.
Ada beberapa gerakan cantik dari para pemain jepun, tetapi tiada penyudahan yang berkesan.
Kelincahan serangan jepun berjaya ditangkis oleh ketegapan pertahanan lawan. Sesekali mereka terlepas bola tatkala berlari untuk counter attack.. ceh

Paraguay
Bermain dengan slow dan steady. Sesekali melancarkan serangan yg agak berbahaya tetapi dapat di selamatkan oleh Kawashima dan Tulio.
Mereka menggunakan kelebihan fizikal untuk menyekat gerakan lawan mereka dan ternyata mereka berjaya.
Mereka berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya setelah sepakan Komano menggegar palang gol ketika penentuan sepakan penalti.

Pada aku game agak slow la..
Dapat bola kat Paraguay je jadi slow, mata aku lama-lama jadi kuyu. Huhuhu
Bila Jepun counter dengan laju baru aku bersemangat, tapi tu la.. sangkut dek kekangan yang mantap dari pemain Paraguay dan kesilapan pemain jepun sendiri. Ouh...
Mereka tidak berjaya mengulangi prestasi kejayaan mengalahkan Denmark.

Untuk rekod, dengan tertewasnya Jepun.ini bermakna pasukan dari benua Asia belum lagi berjaya menewaskan pasukan dari Amerika Selatan untuk setakat ini.. Iskh2..

Oh, website yahoo sport kata pasukan England dah selamat tiba di kampung halaman.
Bola itu bulat.. at least England dapat bertanding di pentas dunia.

Malaysia bila lagi?

Malaysia Boleh !!!
Malaysia Boleh !!!

Come on team Malaysia !!!
Bangkit la...
Bersama mencipta kegemilangan yang kian lama sudah malap !!!

28 June, 2010

ALIEN : Status FB Yang Mengarut

Aku pasti ramai antara pengguna FB giat dan gigih mengupdate status mereka tatkala menyaksikan World Cup match antara German dan England yang berkesudahan 4 gol untuk German dan 1 gol saje untuk England.

Dan tatkala gol Frank Lampard yang masuk ke gawang dan melantun keluar kembali dan tidak disaksikan oleh penjaga garisan, ketika itu meriah sungguh pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati kepada linesman aka pengadil perlawanan. Tak lepas laptop atau HP atau PDA atau BB atau iPhone di tangan. Sambil meng'comment' status rakan-rakan sambil mengupdate status sendiri. Kutuk pengadil.. kutuk Rooney, James kompom lagi teruk kena.. Kutuk sikit takpe, ada gak yg emo.. siap mencarut la hape la. Iskh2

What a game..
German main cantik jugak..laju
Tak terkejar oleh taipan aku di PDA menggunakan stylus..
PDA biase2 je.. bukan cap ayam, bukan juga HP mahupun HTC.. tak mampu lagi.

Aku ada update gak status, tapi tidak serakus peminat di luar sana yang rata-ratanya penyokong England. Aku tak tengok full match. Tapi sempat la tengok 2 gol yang telah melenyapkan semangat juang England yang berjaya merobek maruah mereka lantas menjatuhkan reputasi Fabio Capello.. menangis fan England, terdiam kaku lesu mereka menyaksikan pasukan mereka bermain macam budak sekolah. Manakala German bermain seperti main bola di waktu petang.. riadah. Hek

Sambil mata aku tengok PDA.. sambil jeling-jeling kat match depan mata. Sambil-sambil membahan rakan-rakan yang mengharap kejaiban oleh Heskey.. err.. Rooney, Lampard dan Gerrard yang mana keajaiban tidak berlaku.. Aku bayangkan Walcott lari laju membawa bola melepasi defend dan meng'ayam'kan neuer sambil mengkuis bola ke gawang.. tapi apakan daya Walcott digugurkan oleh  Capello kan.. Huhuhu

Apapun di harap penyokong England tidak membakar stadium la kan.. mahupun men'vandalism'kan harta awam di Afrika tu yer.. tak memasal FA England yang kene saman. Jangan la pulak esok tayar kenderaan semua kat atas ye..
Hehehehe

Wakil tunggal asia: Jepun bakal beraksi setelah Korea Selatan kalah kepada Uruguay.
Moga Honda dan Endo bakal menggegar Afrika.
Go Nippon !!!!


25 June, 2010

ALIEN: Menerawang

Dulu aku suka melukis.. tapi bila pegang kertas dan pensel, ilham tidak datang.
Tapi bila ilham datang semangat melukis pulak tiada. Err
Suka melukis pemandangan.. 
Kadang-kadang lukis gambar potret kot yang selalu tak jadi bila sampai bab tang mata hidung dan mulut, maka terhasil lah orang tiada muka.. gambar komik Hong Kong pun penah.. 
Melukis untuk menenangkan jiwa sewaktu belajar dulu.

Tiba-tiba, aku minat menulis kata-kata puitis
Bukan lah kata-kata jiwang
Lebih kepada tentang alam.. kisah tentang kehidupan.. 
Orang kebanyakan cakap, sastera la kot.. entahlah. Sasterakah aku?
Sasterawan dalam Malaysia pun aku tak berapa tahu.. erm..

Dari penulisan tu datang ilham untuk menulis manuskrip pulak
Ada beberapa idea yang belum terzahir lagi
Ditambah semangat mengadap laptop yang menipis
Err.. memang sukar menjadi penulis ni kan. 
Komitmen perlu tinggi dan mantap

Aku tengok list post aku da cecah 200 kot
Semua kisah mengarut 
Kah2
Tiada kata-kata puitis pun.. kalau ada sikit je kot
Tiada lukisan hasil tangan aku pun
Semua mengarut
Ish..ish.. ish..

ALIEN say: Sesat ke Tempat Sepi

Hari ini aku cek website Nuffnang setelah sekian lamanya aku tak cek.
Ada la dekat sebulan dua lamanya.

Belek punya belek akaun Nuffnang aku tu.
Oh, ada jugak pelawat yang singgah ke blog aku yg sepi ni.
Ada yang sesat.. lenkali bawak GPS atau peta la..
Ada yang follow.. tu terima kasih
Ada yang tinggal jejak.. macam kisah jejak kasih pulak
Ada yang komen entry.. nasib baik tak pakai pos.. mau drg cas aku duit setem kang
Ada yang saja singgah.. sori la, dalam alam maya takde kuih muih mahupun air la
Macam-macam.. terima kasih singgah..

I got most of visitor from United States (US).
Second from Malaysia. My home country.

Taktau pehal, orang US suka sesat ke blog aku yang sepi ini.
Takde pun kisah-kisah hikayat yang boleh dijadikan filem Blockbuster Hollywood pun..
Takde pun kisah konspirasi yang boleh membangkitkan deria fikir pun..
Takde pun kisah thrill yang boleh melajukan degupan jantung lantas membangkitkan adrenalin pun..
Tiada semua tu.. Hohoho

To US people, when you read my blog post and you find its difficult to understand. Please open dictionary.. or else refer to Google translate. Even the meaning bit differ from real meaning, at least you got some Ideas. Hehehe..
Same applied to people come from outside Malaysian.. you also can refer to Google translate. Is easy to use, just type and choose which language you prefer.. and the job done.. but not too accurate.. Hehehe
There got most of language in the world.. no worry.

Mari ramai-ramai sesat ke dalam tempat yang sepi ini..
Mari !!!

ALIEN say: Hari Pantas Berlalu

Hari ini hari Jumaat.
Esok Sabtu dan lusa Ahad sebelum kembali ke hari Isnin semula.

Cepat dan pantas masa berlalu. Terasa baru semalam melangkah ke tahun baru tiba-tiba bulan Ramadhan akan menjelang tiba.

Pagi ini aku bangun dari tidur dan merasakan Isnin baru je berlalu semalam. Ish2
Semalam pula aku rasakan berada di waktu petang Jumaat. Feeling petang terasa seperti petang Jumaat yang biasa aku lalui.

Aura-aura demam hampir menghinggapi aku dalam dua hari ini.
Tercari-cari panadol dalam bekas di atas meja dapur, tiada. Malas nak ke kedai membeli stok panadol.
Tahankan saja. Nasihat orang dulu-dulu cakap, biarlah antibodi badan kita lawan dulu. Kalau dah rasa macam tak mampu baru pergi jumpa Doktor. Kalau sakit sikit telan ubat, cucuk ubat. Lama-kelamaan antibodi kita jadi lemah kerana badan kita perlu bantuan untuk lawan penyakit. Antibodi ni macam askar dalam badan la kan. Nak kasi kuat jangan manjakan dia selalu. Huhuhu

Keadaan masih terkawal.

Semalam aku ke Serdang bersama bos.
Jadi assistant projek proposal kena turun padang sekali, senang nak betulkan kertas kerja dekat office client.
Tapi tu la, tiada pembetulan.. so aku jadi pemantau je. Bos yg brief client tu. Keh2
Bos kata nak hantar aku ke kelas AutoCAD, kalau company dapat projek yang kitorang tender tu... erk..
Fikiran aku cakap: Biar masa yang menentukan..
Bukan tidak yakin dengan kemampuan diri.. ye ar, aku kan takde basic engineering.. huhuhu
Cuma berkira-kira untuk move out if ada option lain.
Biar masa yang menjadi penentu > ayat popular dalam drama melayu.. hehehe

Hari ini masuk 4 hari aku tak berlari.
Malam ni kena berlari untuk mengejar masa yang pantas berlalu.
Berapa lajukah aku untuk mengejar masa itu?
Iskh2...

04 June, 2010

ALIEN say: Hati Kena Baik

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Hari Jumaat hari yang ceria dan berkat.
Hari-hari lain pun berkat juga cuma hari jumaat ni orang  cakap extra la berkatnye.
Penghulu segala hari kan.

Orang cakap hari jumaat hati kena baik, hari-hari lain pun hati kena baik la.
Kita buat baik, pada masa depan orang lain akan buat baik kat kita.
Itu tatacara hidup la. Kita buat jahat akan dibalas, kita buat baik akan diberi ganjaran.
Orang selalu cakap itu hukum karma.

Tapi hati aku sikit suam la hari ni.
Tadi pergi sembahyang Jumaat, tak jauh dari Office.
Tiap minggu ke situ naik moto, kalau cuti aku sembahyang kat kampung le.

01 June, 2010

Alien kata : Jom Kahwin Ramai-Ramai

Selamat Pengantin Baru kepada kawan - kawan sekolah 
yang menjadi Raja Sehari pada hari Ahad yg lepas, 30 Mei 2010

Kepada:

Azizi B Mohd Husin dan pasangan
(kawan sekolah rendah)

Norzawani Anis dan pasangan
(kawan sekolah rendah/menengah)

Nurul Aida Maria dan pasangan
(kawan sekolah rendah/menengah)

Nurhamiza dan pasangan
(kawan sekolah rendah/menengah)

Mohd Fazrul dan pasangan
(senior sebilik diploma Melaka)

Semoga berbahagia dan berkekalan hendaknya
Amin ~

Kepada kawan - kawan yang lain tu, kalau dah berkenan cepat - cepat 
hantar rombongan meminang. Perkara baik tak baik lengah - lengahkan.

Hohohoho.

p/s: tiada gambar kerana aku tak bawak kamera.. nak curik dari FB, xde yg upload lagi.. hehehe

ALIEN say: They Not Strong as They Think

Mereka ingat mereka kuat
Mereka ingat mereka gagah
Mereke ingat mereka perkasa

Mereka salah

Mereka yang kuat adalah mereka yang dapat menahan diri dari sifat marah
Mereka yang berani adalah mereka yang sanggup mati demi menegakkan Islam

Semoga rakyat Palestine dikuatkan iman mereka
Bersabar dan berdoa agar dipermudahkan ujian yang melanda mereka
Amin ~