19 July, 2011

alien: sebuah kisah lalu 2

Dia kemudian mendarat dan berdiri di depan kawannya yang jatuh itu. Dengan senyuman sinis di wajahnya. Dia hanya melihat-lihat dan asyik tersenyum melihat kawannya yang tergeletak itu.

"Apa dia tahu tentang sakit.."
"Apa yang dia tahu.."

Dia masih seperti tadi. Berdiri dan senyum. Mungkin menunggu rayuan dari kawannnya meminta tolong. Pasti. Tapi dia tidak tahu yang kawannya itu tidak sesekali akan meminta tolong darinya. Dari dia yang sebenarnya telah menolaknya jatuh terhempas ke tanah.

Dia masih lagi di situ tidak tahu yang kawannya itu tahu dia yang menyebabkan kawannya itu jatuh. Dia tidak tahu. Kawannya bukan tidak mahu memberitahu. Bukan. Cuma tidak mahu perhubungan mereka bertukar menjadi seteru pada masa itu. Masa ketika tidak berdaya dan lemah. Justeru mudah saja dia akan menang andai berlaku perkelahian. Dengan memilih jalan damai, kawannya itu berfikir untuk menghindari orang sebegitu.

Berkerut muka kawannya itu menahan sakit. Memaksa kakinya untuk melangkah dan melangkah pergi. Menjauhi dia yang masih senyum itu. Yang masih tidak tahu bahawa kawannya telah tahu.


1 comment:

Anak Wak Mail said...

wahh..sambungan cerita hari tu ek..!haha..