Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID
Dipinjam dari sini: Peludah Warna
14 comments:
dalam maksudnye...
ramai yg takut dgn kaler kuning skrang nih
dem~aku baca dalam suara a samad said~feeling abis!
a samad said - legend!
ohhh
agak-agak kalo aku pakai baju spongebob kena dakwa sokong perhimpunan tu tak?
hoho
dulu kuning bukan warna popular...
pergh..this poem is really meaningful.
nak tunggu janggut dan misai panjang & putih macam beliau, baru feel baca sajak ni! haha
best jugak. hee
salam
kuning itu satu warna dalam kehidupan
isu kaler kuning ini hangat sekarang...
wah
nice la a.samad said punya sajak nih
Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis
erk..siyes tak paham!
Post a Comment