Stadium penuh sesak dengan penyokong Malaysia.
Bergema sorakan, bunyi-bunyian.
Bersama jeritan si peniaga air, burger, keropok, baju dan lain-lain. Bercampur-campur. Meriah. Itulah suasana di Stadium Bukit Jalil tadi; Malaysia vs Singapura yang berkesudahan seri dengan satu jaringan. Berdasarkan agregat Malaysia tewas 4 - 6 kepada Singapura.
Gol!!!!
Jaringan penyuntik semangat oleh Safee Sali menghidupkan semangat para penyokong dan pemain Malaysia. Bergema sorakan. Bergema bunyian. Penyokong bersorak gembira. Tapi kemudiannya, Singapura telah mencuri satu gol dan membuat penyokong Malaysia kelu; satu stadium terdiam, kecewa.
Yang menjadi persoalan kini,
adakah FAM memang sengaja menjual tiket berlebihan dari jumlah kapasiti stadium? apakah keadaan yang berlaku sebenarnya?
Ini kerana apa yang dapat aku lihat ramai antara penyokong termasuk aku terpaksa berdiri sesak dan berasak-asak di terowong masuk ke tempat duduk mahupun mengintai-intai ruang kosong di sekitar stadium semata-mata untuk melihat perlawanan itu; ramai yang bersidai di tepi tembok kerana tak tahan panas berhimpit-himpit.
Ye.
Aku lebih kecewa dengan keadaan itu.
2 comments:
banyak persoalan kan? tapi takpelah. dah lepas.
tetap bangga jadi penyokong team malaysia. :)
a`ah
tetap bangga!!
menurut sumber, tiket 85K
tu tak termasuk jemputan khas n illegal (masuk secara haram pakai kebel)
cis
Post a Comment